WAJAH Dania berkalih memandang ke arah suara yang menyeru nama penuhnya itu. Matanya kembali menoleh wajah Mayra di hadapan sebelum dengan perlahan-lahan, dia menurunkan tangannya. Sebal hatinya. Hero dah datang nak selamatkan heroin lah tu! Drama sangat.
"Dania!" Mia pantas mendapatkan Dania setelah agak lama dia menunggu. Dengar saja bunyi tamparan, laju dia kembali ke tempat Dania dan Mayra itu.
Rasa pedih di bibir membuatkan Dania meraba bibirnya. Dania mengaduh kecil. "Ya Allah, Dania... Berdarah bibir kau ni! Pergi klinik jom." Mia menarik tangan Dania mahu beredar namun Dania menepisnya lembut.
"Tak apa, Mia. Tak payah." Dania melihat jarinya yang tercalit darah dari bibirnya. Dia tersenyum sinis. Kuat jugak tangan minah ni.
"Kenapa ni?" soal Danial apabila dia sudah mendekati mereka bertiga. Mayra terus memegang lengan Danial.
"Dia tampar I dulu, Danial. Lepas tu, dia tuduh I pisau cukur lah, apa lah..." adu Mayra. Danial memandang wajah Mayra di sebelahnya. Kemudian, dia berkalih memandang Dania pula. Kalau nak dibandingkan, Dania ni kena lagi teruk.
Dania memandang Mayra tak puas hati. Wah, wah... Bukan main pandai minah galah ni manipulate! Konon aku sorang yang jahat. Kurang lemak betul.
"Encik Danial Arshad, lain kali tolong nasihat sikit girlfriend Encik Danial ni supaya beradab sikit dengan orang. Dan sopan sikit perangai tu. Jangan sampai tak ada orang berkenan dekat dia. Jom, Mia. Ciao." Dania menarik tangan Mia lalu mereka akhirnya beredar dari situ.
Danial memerhati kelibat mereka berdua yang makin menghilang, sebelum wajah Mayra dipandang. "Better you baliklah, Mayra. I banyak kerja."
Mayra berkerut pelik. "But why?"
"Balik jelah. I tak ada masa nak layan you." Danial melangkah ke arah lif. Butang lif ditekan, pintu itu terbuka lalu dia terus masuk ke dalam tanpa mengendahkan Mayra yang berkali-kali memanggil namanya. Rimas.
Tangannya diseluk ke dalam poket. Tiba-tiba, dia baru teringat tujuan dia turun ke bawah tadi. Helaan nafas berat dilepaskan.
*****
"DANIA..."
"Hm?" Wajah Mia yang sedang memandu itu dipandang. Sesekali Mia berkerling memandangnya.
"Kau okey?" Soalan Mia itu mengundang tawa Dania. Soalan pun... Baru lepas kena lempang. Okey ke?
"Entahlah, Mia. Apa yang aku tahu, aku rasa puas. Puas gila dapat sembur perempuan tak sedar diri tu. Apa dia ingat aku lembik, tak boleh nak lawan dia? Excuse me... This is Dania Aqira okay..."
"Itulah. Eh, dia ingat dia tu siapa hah? Suka-suka nak lempang anak orang."
Dania ketawa. "Angin kus-kus datang kut. Tak pun sawan dah datang."
Mia memandang wajah Dania lagi. Pipi yang jelas merah dengan bibir yang berdarah itu merisaukannya. "Dania... Jomlah pergi klinik. Risaulah..."
Dania menyentuh bibirnya seketika. Dia menggeleng. "Aku okeylah, Mia. Tak apa dekat rumah ada first aid. Sikit aje ni."
"Sikit? Berdarah tu Dania Aqira oi!"
Dania ketawa lagi. Cemas betul muka Mia. Lengan Mia disentuhnya. "Tak apa... Tahulah aku nak buat apa nanti. Kau jangan risau, okey?"
"Hmm..." Mia memutar stereng kereta. "Esok pergi kelas ke tak ni?"
"Not sure yet. Aku rasa aku pergi. Nantilah aku bagitahu. Tapi, aku akan pastikan aku pergi."
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...