BAB 15

1.6K 62 1
                                    

BUNYI loceng sekolah berdering nyaring menandakan masuknya waktu rehat 2 iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5. Kebanyakan pelajar sudah menyimpan segala buku dan alat tulis untuk ke kantin bagi mengisi perut setelah agak tepu dengan pelajaran yang baru masuk ke dalam otak masing-masing.

"Dania, Mia.. Aku dengan Nadya turun dulu eh. Perut ni tiba-tiba sakit pulak." tutur Bella tergesa-gesa.

"Hah, ni mesti tak breakfast, kan?" bebel Mia, seperti biasa.

"Tak sempatlahh.. Kau pun tahu kan aku jenis yang tak tinggal breakfast. Dah lah gerak dulu eh." Bella terus berlalu pergi bersama Nadya. Mia tergeleng melihat kerenah sahabatnya.

Memang menjadi rutin mereka, Bella dan Nadya yang bukan pengawas akan turun bersama Dania dan Mia yang merupakan pengawas sekolah. Cumanya, Bella dan Nadya ke kantin sementara Dania dan Mia ke tempat yang telah ditugaskan buat mereka.

Dania mengeluarkan buku catatan bagi merekod kesalahan pelajar kemudian menutup zip begnya. Tanpa sedar, ada seseorang menghampirinya.

"Awak.."

Dania menoleh. Cepat-cepat dia memalingkan muka semula. Hanya Mia yang kekal memandang wajahnya.

"Err.. jom. Turun sekali. Awak tugas dekat mana?"

"Qira tugas dengan saya, hari ni." jawab Mia pantas. Dari melibat reaksi Dania, dia sudah tahu ada yang tidak kena.

"Ohh.. Emm tak apa lah kalau macam tu. Saya turun dulu, eh. Hari ni nak kena round blok. Kau orang jangan turun lambat, tau." Arief akhirnya meminta diri dari situ. Sebenarnya, dia agak terasa apabila Dania tidak membalas kata-katanya. Hmm, angin kus-kus kut.

"Jom." Dania akhirnya mengajak Mia keluar dari kelas itu. Mereka sama-sama membuka langkah.

"Err.. Dania."

"Yes?" Sambil berjalan, Dania memandang wajah Mia.

"Nak tanya sikit, boleh?"

"Apa dia?"

"Kau okey ke tak?"

"Okey lah. Kenapa?"

"Bukan apa. Tadi kau tak layan pun si Arief tu. Biasanya bukan main excited lagi. Ingatkan kau sakit ke apa.." Dania mengeluh.

"Tak lah. Aku okey aje. Cuma... entahlah.." Dania pun tak tahu sebenarnya nak cakap apa.

"Kau ada masalah ke? Share lah dengan aku. Macam tak biasa pulak kau ni.." Mia cuba memujuk. Tak sampai hatinya melihat wajah sahabatnya yang selalunya happy-go-lucky, tiba-tiba tak ada mood macam ni.

"Tak lah, Mia. Aku okey aje.." Dania cuba mengukir senyum. Sekadar menutup gelodak di hatinya.

"Betul?" tanya Mia sekali lagi. Dania tergelak pula melihat sahabatnya yang sudah cemberut.

"Ye lah, sayangg.. Dah jom kita start." Sebagai Timbalan Ketua Pelajar dan Setiausaha Badan Pengawas, mereka sama-sama mula bergerak ke sekitar kawasan sekolah bagi memulakan tugasan meronda.

*****

DANIA menjaga kawasan tangga di blok akademik sekolah seorang diri hari ini. Mia ditempatkan di kawasan kantin pula. Lega jugak lah tak dapat kantin. Ye lah, kantin sekolah sarat dengan pelajar-pelajar rehat 2 macam tin sardin, tak termasuk dengan bising dan riuhnya masing-masing. Macam bukan masuk kantin, tapi masuk pasar borong. R & R pun lagi senyap daripada kantin sekolah ni.

Arief yang baru selesai meronda blok akademik, ingin menuju ke tangga ternampak kelibat buah hatinya dari jauh. Ingin dia meneruskan langkah tetapi...

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now