BAB 28

1.5K 57 0
                                    

DANIA bergerak mengiring sebelum dahinya terasa sejuk, seperti diletakkan sesuatu. Dia menyentuh dahinya. Eh, ada tuala? Siapa pulak yang letak tuala ni? Matanya perlahan dicelikkan sebelum dia berbaring menelentang semula. Tangan kirinya digerakkan apabila dia terasa ada 'objek' di sebelahnya. Kepala dipalingkan ke kiri. Wajah di sebelahnya cuba diamati.

Danial? Dah kenapa pulak tiba-tiba dia tidur sini ni? Mimpi ke apa? Ke berjalan sambil tidur lepas tu masuk bilik orang?

Tiba-tiba disentuh tuala di dahinya. Dia tersenyum nipis. Dia tahu, dalam diam Danial menjaganya walaupun layanannya tidak berapa ditunjukkan. Dia mengiring ke kiri, menghadap wajah Danial. Seraut wajah kacak itu diamati, dari mata turun ke hidung kemudian turun ke bibir. Ya, Danial memang kacak. Memang mampu membuat jiwanya tak keruan. Tetapi sayang, lelaki itu bukan miliknya. Secara zahirnya, mungkin.

"Terima kasih sebab jaga saya." ucap Dania lalu matanya dipejamkan. Menyambung lena yang terganggu tadi, mengharap agar ada mimpi indah yang menjengah.

*****

DANIAL turun ke bawah setelah membersihkan diri. Dania yang masih tidur di dalam bilik tidak dikejutkan. Membiarkan isterinya itu berehat. Sepaket nescafé diambil dari kabinet kemudian dibancuh. Telefon miliknya yang berbunyi di atas kitchen island pantas dicapainya.

"Assalamualaikum, Danial." Suara di sebelah sana menyapa.

"Waalaikumussalam, Nadz. Hah, ada apa call aku ni?"

"Kau ambik cuti ke hari ni?"

"Ha'ah. Adik aku demam so aku ambiklah cuti nak jaga dia."

"Adik kau yang mana satu ni?" Danial mencekak pinggang.

"Hai, banyak sangat ke adik yang aku ada? Dania lah, siapa lagi..."

"Ohhh... lupa, lupa."

"Kenapa?" soal Danial hairan.

"Tak ada lah, kau tak ada cakap apa-apa dengan aku. Pagi ni tiba-tiba aje Hani masuk bilik aku bagi fail kau. Itu yang aku pelik." Terus tangan Danial naik menepuk dahi.

"Allah, sorry bro. Aku lupa. Aku bagitahu Hani aje yang aku on leave. Lupa nak cakap dekat kau."

"Alah, tak apa lah. Benda kecik aje pun. So, macam biasa lah, kan?" Memang sekiranya Danial mengambil cuti atau tiba-tiba ada kecemasan, Danial akan menyerahkan beberapa tugasnya kepada Nadzmi. Kawan dari zaman sekolah dulu, kemudian universiti sehingga sekarang.

"Ha'ah macam biasa lah. Tak ada benda sangat pun sebenarnya. Kalau ada apa-apa, kau call aku."

"Hah, lagi satu-"

"Ya, ya... Aku tahu. Nanti aku belanja kau makan. Tak payah nak ingatkan aku." Nadzmi sudah tergelak besar. Danial macam tahu-tahu aje apa yang dia nak katakan.

"Yes! Ini yang best ni bila berkawan dengan CEO."

"Amboi, amboi kau... Mentang-mentang kau member aku, kau nak ambik kesempatan, eh?"

"Eleh, kau apa kurangnya? Mentang-mentanglah aku ni member kau, kau boleh sesuka hati nak ambik cuti, kan?"

"Aku cuti bukan saja-saja, okey."

"Apa-apalah. Esok kau cuti jugak ke?"

"Tengok dulu macam mana. Aku masuk kut esok."

"Hm, okeylah aku nak buat kerja ni. Bye." Terus panggilan itu dimatikan.

"Woi, Nadz... Kurang asam punya manusia." Danial memasukkan telefon itu ke dalam kocek seluarnya sebelum kembali membancuh nescafé. Siap membancuh, dia membiarkan mug itu di situ lalu bergerak mengambil mangkuk. Bubur yang telah dipanaskan dicedok ke dalam mangkuk sebelum mangkuk itu diletakkan ke atas dulang. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh Dania turun dari tangga menuju ke dapur.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now