DANIA mencapai tudung sekolah yang berwarna biru seraya menyarungkannya. Setelah membetulkan kedudukan tudung itu, Dania mencapai beg sekolah Coach berwarna hitam keemasannya untuk bersiap ke sekolah. Pintu biliknya dikatup rapat sebelum langkah kakinya diatur menuju ke tangga.
Hatinya bernyanyi riang, seolah-olah dia bakal menerima wang tunai berjumlah besar. Entah kenapa, seperti ada aura bahagia yang amat merasuknya pagi itu.
"Dan bila, kau hadir bagai satu misteri.. aaa.. ternyata, diriku bagai sudah dijampi..."
"Dekat sekolah kau tu ada pertandingan menyanyi ke sampai nak kena menyanyi bagai kat dalam rumah ni?" suara lelaki itu sememangnya tidak memberikan kesenangan kepadanya. Kerana setiap kali lelaki itu bersuara, terbit satu perasaan yang memang dia langsung tak suka.
Menyampah.
Lelaki itu tidak boleh melihat hidupnya senang langsung. Ada saja kata-katanya yang menyakitkan hati. Orang indon cakap, nyebelin. Tapi, dia juga punya satu prinsip untuk terus hidup bahagia.
Just do what makes me happy!
Oleh sebab itu, dia masih boleh kekal tersenyum dan tertawa tanpa sedikit pun terkesan dengan perbuatan Danial. Ah, hidup aku. Bukan hidup dia!
Dania terus beredar ke dapur. Seperti kebiasaannya, dia mengambil dua atau tiga paket Oat Crunch Dark Chocolate. Makan tu aje dah kenyang gila!
Kemudian langkahnya dibawa menuju ke pintu rumah banglo tersebut. Tetapi dia dihalang oleh Danial.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau."
Dania memandang ke kiri dan kanan. Tiada orang. Hanya dia dan Danial.
"Nak cakap dengan Ieya ke?" tanyanya, buat-buat tak tahu.
"Eh tak lah. Ni hah nak sembang jap dengan pintu ni lama giler tak jumpa. Langsir ni pun. Tu, rak kasut tu pun sama."
Dania membuat rolling eyes. Ulang sekali lagi. MENYAMPAH!
"Dah tau ada dua orang manusia kat sini lagi nak tanya. Cakap dengan kau lah!"
"Ooo.. Ingat dah tak sudi nak cakap dengan orang. Hah apa dia cepat la. Orang lambat nanti." Dania berpeluk tubuh.
"Aku nak bagitahu, Pak Hamid hari ni cuti so pandai-pandai la kau pergi sekolah hari ni eh. Jalan kaki ke naik Grab ke teksi ke basikal ke kereta ke. Ok, bye."
Danial terus berlalu dari situ. Dia kembali menghempaskan punggungnya ke atas sofa empuk berwarna hitam di ruang tamu.
Dania terpaku seketika. Si Kim Jong-un ni biar betul. Takkan nak suruh aku pergi sendiri. Hesy kalau dah Jong-un tu Jong-un lah! Malanglah siapa kahwin dengan dia. Silap-silap nak hantar pergi ofis pun tak nak agaknya. Memang kena reject buat suami lah mamat ni. Kalau aku ada lesen memandu, memang dah lama aku sampai sekolah!
Datuk Sri Ashraf baru sahaja turun untuk ke pejabat. Dia memandang Dania pelik.
"Ieya, tak pergi sekolah lagi ke?"
"Aaa... Ieya tengah fikir macam mana nak pergi sekolah ni. Pak Hamid kan cuti." Datuk Sri Ashraf terus memandang Danial.
"Danny, papa suruh Danny hantarkan Ieya pergi sekolah kan?"
"Tapi pa.."
"No excuses, brother. Ieya, Abang Danial hantar." Wajah Dania terus berubah riak. Gila apa nak naik kereta dengan si Jong-un tu? Mahu kena sembur kejap lagi!
"Eh takpe la pa. Ieya boleh naik Grab aje. Tak payah susahkan Abang Danial dia kan baru balik semalam. Mesti jet-legged lagi."
"Dania Aqira. I won't let you go to school with anyone else like strangers even with the taxi driver. Papa tak suka. Biar Abang Danial hantar. Papa dah lambat ni." Kalau papanya sudah memutus arahan, maka tidak boleh bantah!
Oh my Gosh, Dania Aqira. You're in a big trouble right now!
*****
DANIA lega apabila akhirnya dia terlepas daripada 'seksaan'. Dia pantas menanggalkan seatbelt sebelum Danial menoleh ke arahnya.
"Hei budak. Kau dengar sini elok-elok eh. Kau jangan ingat yang aku akan hantar kau selama-lamanya tau tak. Aku bukannya driver kau yang kena hantar and jemput kau hari-hari. Bear that in your mind."
"I'll be surely remember that, Encik Danial Arshad. Sampai mati saya ingat. By the way, terima kasih la atas jasa dan budi baik Encik Danial Arshad sebab sudi hantar saya ke sekolah dengan selamat. Assalamualaikum.." Dania terus melangkah keluar dari perut kereta BMW 10 Series, menuju ke dalam kawasan sekolahnya.
Danial menjawab salam Dania di dalam hati. Entah mengapa, setiap kali melihat riak dan suara tenang Dania, dia jadi benci. Riak tenang itu seolah-olah air jirusan yang ingin memadamkan api amarahnya terhadap Dania. Namun, sedaya-upaya dia menepis riak tenang itu daripada terus terbayang di layar matanya.
Sungguh, dia sangat meluat! Baginya, perempuan itu hanya berpura-pura baik bagi menutup kesalahannya.
Ah! Dia cuba menepis segala bayangan wajah tenang Dania. Jangan stop benci dia, Danial. Kau memang bencikan dia. Sangat.
Danial memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah itu.
*****
DANIAL bersenang-senang melayan game Clash of Clans di iPhone 6s miliknya. Datin Sri Amirah yang baru pulang dari butiknya, mengambil tempat di sisi anak terunanya yang satu itu.
"Danny.. Danny tak pergi jemput Ieya ke?"
"Hmm baru pukul berapa ma.." Datin Sri Amirah menghela nafasnya. Berat.
"Kenapa, ma?" Danial memandang mamanya.
"Mama nak cakap something, boleh?"
"Apa dia?"
"Mama harap, benda yang lepas, Danny tak payah nak ingat lagi dah, ya? Danny maafkanlah Ieya tu. Dia tak salah apa pun. Mama tak nak la anak-anak mama bergaduh lagi. Lagipun dah empat tahun Danny macam ni dengan dia.."
Danial terus menutup skrin iPhone 6s nya.
"Danny tak faham, kenapa mama asyik nak menangkan dia? Danny ni anak mama tau."
"Bukan mama nak menangkan dia, sayang. Mama sayang dua-dua. Dua-dua anak mama. Cuma, mama tak nak lah Danny terus bermasam muka dengan Ieya macam ni. Dia tak salah apa pun."
"Tak salah mama cakap? Dia tu perosak. Dia rosakkan semuanya. Dia tak boleh tengok Danny bahagia!"
"Danny.. apa cakap macam ni. Mama tak suka tau. Mama tak pernah ajar Danny berdendam dengan sesiapa. Lagi satu, dia bukan perosak. Dia cuma nak selamatkan Danny. Dia cuba nak tengok abang dia bahagia aje. Dah-dah la tu, sayang. Dah empat tahun kan takkan Danny still tak boleh nak maafkan dia?" Datin Sri Amirah cuba melembutkan hati anak bujangnya itu.
"Empat tahun ke sepuluh tahun ke takkan ubah apa-apa, ma. Hati Danny ni, masih berdarah." Danial bangkit dari situ. Muak dia mendengar nama perempuan itu.
Datin Sri Amirah hanya mampu menghela nafas beratnya. Ya Allah, lembutkanlah hati lelaki anakku.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...