DANIA termenung. Syed Arief sudah hilang entah ke mana, meninggalkannya berseorangan di sini hampir dua jam. Hari makin lama makin menginjak ke waktu malam. Wajahnya sudah serabut dengan sisa air mata di pipi dan rambut yang melekat pada wajah.
Mengingatkan Danial, Mak Jah, mama dan papa, rakan-rakannya, Bella di bilik belakang... Mata yang sudah berhenti mengeluarkan air mata itu kembali bertakung. Ugutan dan ancaman Syed Arief bermain-main di fikiran. Lelaki itu sepertinya betul-betul mahu dia mati hari ini. Esak tangisnya kembali berlagu. Segala kenangan bersama Syed Arief kembali berputar di ingatan.
"Qira."
"Apa lagi, Syed Arief Izman?" Dania menongkatkan kepala dengan kedua-dua belah tangannya di atas meja. Matanya diliarkan sekeliling. Waktu petang begini, suasana sedikit sunyi memandangkan pelajar petang sedang belajar, cuma sedikit bising dengan beberapa atlet bola jaring dan bola baling sekolah sedang menjalankan latihan masing-masing. Cuaca hanya cerah seperti biasa, tidak menunjukkan tanda-tanda mahu hujan.
"Saya nak awak janji satu benda dengan saya boleh?"
Dania berkerut. "Janji? Tolong ajar awak ke?"
Syed Arief menggeleng. "Bukan. Janji satu benda lagi dengan saya." Bicaranya kedengaran serius.
"Okey... apa dia?"
"Janji jangan tinggalkan saya. Boleh?"
Dania mengalihkan tangannya dari meja. "Maksud awak?" Kata-kata Syed Arief cuba difahami agar tidak tersalah tafsir.
"Tahun depan SPM. Lepas tu, mungkin kita ada haluan masing-masing. Saya takut kalau awak lupakan saya..."
"Arief, Arief. Kenapa tiba-tiba awak cakap macam ni?" Syed Arief mengeluh.
"Tak ada apa la. Saya terfikir aje. Mana tahu. Kita tak boleh nak agak masa depan. Kalau boleh, memang saya nak ikat awak, Qira. Saya tak main-main. Tapi saya tak nak terburu-buru." Dania menghela nafas. Cuba dihadam setiap butir bicara yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya ini. Mengenali Syed Arief Izman selama tiga tahun, dia tahu sama ada lelaki itu serius ataupun tidak. Lelaki yang punya prinsip hidup itu, dia tahu setiap tindakan yang dilakukannya dan tidak akan sesekali berbuat perkara yang bodoh.
"Janji dengan saya, jangan tinggalkan saya. Boleh, Dania Aqira?" Wajah penuh mengharap itu dipandang. Bibirnya melorek senyum, cukup manis dan cukup ikhlas.
"Saya janji, Syed Arief Izman."
**
"Awakk!!"Tiba-tiba, Dania disergah daripada belakang. Terkejut dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja muncul seseorang di sisinya.
"Buat apa tu?"
"Astaghfirullahaladzim, awak! Terkejut la. Bagi la salam dulu lain kali. Hishh..."
"Okey-okey, sorry awak. Assalamualaikum, Cik Dania Aqira."
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Syed Arief Izman." Syed Arief hanya tersengih. Suka apabila Dania menyebut nama penuhnya.
"Awak buat apa tu?" Syed Arief memandang buku rujukan yang dipegang oleh Dania.
"Wow, study sambil bertugas? Rajinnya.." Dania tersenyum apabila dipuji oleh kekasih pujaan hati. Erk, tunggu SPM habis dulu lah!
"Tak adalah, awak. Biasa-biasa aje. Sambil-sambil isi masa lapang. Lagipun buat apa nak bazirkan masa dengan duduk tercongok kat sini macam mak guard tak bergaji kan. Plus, usaha kan tangga kejayaan. So, walaupun jaga pagar kat tangga ni, kita sendiri kena la pandai-pandai usaha untuk mendaki tangga agar sampai ke puncak kejayaan. SPM kan dah nak dekat. Trial pulak minggu depan." Dania kembali menatap buku rujukannya seusai menyudahkan madah.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...