"FINALLY! Ya Allah, leganya trial dah habis!" sorak Bella sebaik dia dan sahabat-sahabatnya melangkah keluar dari dewan peperiksaan awam sekolah mereka. Muka-muka pelajar Science stream sudah mempamerkan reaksi lega dan teruja yang amat. Macam lah dah habis SPM gayanya.
"Lega dah habis trial macam lega dah habis SPM, kan?" soal Dania. Pecah tawa keempat-empat mereka.
"Sabar, sabar. SPM 4 bulan aje lagi. Lepas tu, merdeka lah puas-puas." tukas Nadya mendapat anggukan daripada tiga yang lain.
"Chill, my babes. Jangan fikir pasal merdeka lagi. Fikir pasal nak buat yang terbaik aje untuk SPM nanti. Remember, do the best to be the best of the best. Right?"
"Right!" Kata-kata perangsang yang ditiupkan Mia disahut penuh semangat oleh sahabat-sahabatnya. Kaki mereka berempat dibawa menuju ke pagar utama sekolah. Buat apa? Balik lah apa lagi.
"Dania Aqira!"
Suara garau yang melaung nama salah seorang daripada mereka memberhentikan langkah kaki yang diatur. Serentak mereka menoleh ke belakang. Syed Arief Izman sedang berlari-lari anak mengejar langkah mereka.
"Yes, Arief?" sahut Dania lembut. Kekasih hatilah katakan. Eh, kekasih lagi ke? Hmm, Tuhan aje yang tahu.
"Saya cuma nak tanya, awak balik dengan siapa hari ni?"
"Ooh, saya balik dengan abang saya. Dia dah cakap pukul 1 sharp dia tunggu dekat luar. Lagipun ada hal family." Syed Arief Izman mengangguk faham.
"Ooh, okey. Hah, fizik tadi macam mana?" soal Syed Arief Izman kepada Dania. Lagi tiga serangkai hanya diam membisu kerana sememangnya tahu pertanyaan itu bukan ditujukan kepada mereka. Ceh, buat dia orang tu macam tunggul besi aje dekat situ si Arief ni.
"Hmm, boleh lah. Cakap susah, nanti susah hati pulak. Kalau cakap senang, nanti terlalu senang hati pun tak boleh jugak. So what can I say is so-so." balas Dania. Syed Arief Izman mengangguk sekali lagi.
"Hmm, okey lah. Saya balik dulu erk. Assalamualaikum." Salam Syed Arief Izman dijawab sebelum mereka berpecah dan kembali mengorak langkah kaki untuk pulang ke rumah masing-masing. Namun, mata Syed Arief Izman tidak lepas daripada menghantar kelibat mereka, terutama sekali Dania yang kian menghilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh kecil seraya menghalakan kaki ke blok bilik-bilik khas untuk ke bilik pengawas.
"Wow, so sweet.." usik Bella.
"Kann... AqiRief. Aww macam FattZura!" tokok Nadya yang sememangnya mengambil berat tentang isu-isu semasa. Heh, isu semasa lah sangat! Pembetulan, isu semasa dunia hiburan. Hah, baru betul.
"Hah, kau orang jangan nak memandai-mandai eh. Huh, sekarang ni kita nak fokus kat SPM. Kalau kau orang duk jadi matchmaker mana nak fokusnya. Jangan nak serabutkan otak aku fikir pasal benda ni ehh." Ambik. Dania dah bersuara. Ye la, bercinta memang bercinta. Chop! Jangan ada yang kata Dania ni bercouple eh.. Nope, memang dia dengan Arief ni boleh dikategorikan sebagai belangkas tetapi.. bukan sampai tahap couple! Ulang suara, bukan sampai tahap COUPLE! Faham? Okey sambung. Mereka memang lah bercinta, tetapi masing-masing tetap fokus untuk kejar satu impian, iaitu straight A's SPM. Itu takkan pernah dilupa. Jadi, tak ada istilah AqiRief ke FattZura ke apa ke. Jangan nak memandai!
"Ye la, ye la." kata Bella dan Nadya serentak.
Sampai di hadapan pagar utama sekolah, Nadya dan Bella pulang bersama kerana rumah mereka berdua berdekatan saja.
"Kau balik dengan abang kau eh, hari ni?" tanya Mia, sekadar memastikan. Bukan dia tak dengar perbualan Dania dengan Syed Arief Izman tadi.
"Ha'ah.. Entah kenapa tiba-tiba baik aku pun tak tahu lah. Sebelum-sebelum ni kan mama aku yang jemput dan hantar. Tak tahu lah sama ada dia terlupa makan ubat ke atau terlebih makan ubat. Tiba-tiba baik nak hantar aku pergi sekolah dan jemput balik. Haishh, sungguh aku tak faham dengan si Kim Jong-un tu. Misteri betul." luah Dania geram diselitkan kutukan buat abang angkatnya itu. Eh kejap, abang angkat atau bakal suami? Haishh, itu lagi satu bala!
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...