GERANGAN seorang lelaki lengkap berlitup hoodie sweater berwarna hitam melangkah masuk ke dalam hospital. Bagai sudah tahu arah mana hendak dituju, dia terus mengatur kaki ke tempat itu. Tiada siapa yang perasan akan dirinya memandangkan semua orang di situ sibuk dengan urusan masing-masing. Dia kekal tunduk, langkah kakinya diteruskan sehingga dia tiba di hadapan sebuah wad.
Pintu dikuak lalu dia menapak perlahan-lahan ke arah seorang pesakit yang sedang tidur. Setapak demi setapak dan dia akhirnya berdiri di sebelah katil pesakit tersebut. Hoodie yang menutup rambutnya langsung tidak dibuka, sebaliknya dia hanya merenung wajah putih bersih si dia yang melelapkan mata. Tersungging senyuman sinis di bibirnya.
"Nyenyaknya kau tidur, Qira." Terlepas ketawa sinis kecil dari celah bibirnya. "Jangan ingat yang kau akan terlepas kali ni, Dania Aqira. Aku takkan biarkan kau hidup." Pisau belati dari celah poket sweater nya dibawa keluar lalu diangkat tinggi, sepertinya sudah bersedia untuk menikam Dania.
"Ahhh!!!" Jeritan dari seorang jururawat perempuan yang kebetulan masuk menyedarkan Dania. Pandangan matanya bertemu dengan sebilah pisau yang diangkat tinggi ingin dituju ke arahnya. Dania menjerit. Lelaki tersebut terus mencampakkan pisau tersebut lalu dengan pantas berlari keluar dari bilik wad tersebut.
Dania menutup wajahnya dengan selimut hospital sambil meraung sekuat hati. Tubuhnya menggigil ketakutan. Jururawat perempuan yang masuk tadi mendekati Dania untuk menenangkannya. Namun Dania menjerit supaya menjauhinya. Seluruh tubuhnya menggeletar kuat.
Danial baru pulang dari kantin hospital dan terus saja berjalan menuju ke bilik wad Dania. Tiba-tiba kelibat seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari melintasinya. Danial memandang pelik namun tidak dihiraukannya lantas meneruskan langkah kaki ke wad Dania. Semakin dia menghampiri, telinganya menangkap bunyi jeritan. Dahinya berkerut halus.
"Takkan Dania kut?" Makin laju langkah kakinya apabila dia melihat dua tiga orang jururawat berlari masuk ke dalam wad yang menempatkan Dania. Jantungnya mula berdegup pantas. Ya Allah, janganlah terjadi apa-apa kepada isteriku Ya Allah.
Sebaik dia memasuki ruangan tersebut, matanya membuntang melihat Dania yang meraung sedang ditenangkan oleh beberapa orang jururawat manakala seorang doktor perempuan turut berada di situ. Dia meluru ke arah isterinya itu lalu dia menggantikan tempat jururawat tadi.
"Pergi! Pergi!"
Danial terkejut apabila Dania tiba-tiba menolak dirinya dan meneriak menyuruhnya pergi. Tubuh isterinya itu terus dipeluk kuat.
"Shh sayang, sayang! Abang ni! Abang ni. Abang ada sini. Shh... Abang ada sini, sayang."
Menyedari bahawa Danial betul-betul berada di sebelahnya, Dania menangis seraya memeluk suaminya itu lebih erat. Bertambah-tambah kerutan di dahi Danial apabila merasakan yang tubuh isterinya itu menggeletar. Danial memandang salah seorang jururawat yang berada di situ.
"Kenapa dengan isteri saya? Kenapa dia tiba-tiba macam ni?"
Seorang jururawat memandang Danial takut-takut. "T-tadi... Tadi ada orang cuba nak bunuh Puan Dania."
"Apa?! Macam mana boleh jadi macam tu? Macam mana kauorang buat kerja ni hah?!" Habis dimarahnya jururawat tersebut. Emosinya jadi tak terkawal.
"Encik Danial, kami betul-betul minta maaf tapi kami memang tak tahu macam mana orang tu boleh masuk ke sini dan nak apa-apakan Puan Dania. Kebetulan saya masuk sebab nak periksa Puan Dania, tiba-tiba je lelaki tu ada dekat sini."Danial memejam mata. Dia sedar dia terlepas kata. Sudah tentu mereka ini tidak tahu apa-apa, mereka bukannya pengawal peribadi Dania yang ada bersama dengannya 24 jam.
"Sorry... saya.. Saya minta maaf, saya tak sepatutnya marah. Tak apa, tak apa awak boleh pergi. Biar saya tenangkan isteri saya."
"Tak apa, Encik Danial. Kami faham. Kami keluar dulu." Doktor yang masuk tadi bersuara lalu mereka melangkah keluar dari bilik wad tersebut. Danial menepuk dan menggosok perlahan badan Dania yang masih menggigil itu.
"Shh, abang ada sini sayang. I'm sorry... Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang sorang-sorang. Maafkan abang, sayang."*****
"ASSALAMUALAIKUM. Welcome home, sayang." Danial membuka pintu rumah seluas mungkin dan membantu Dania yang perlahan-lahan melangkah masuk. Dania tersenyum kecil. Mak Jah keluar dari dapur untuk menyambut kepulangannya.
"Sayang Mak Jah ni dah balik dah! Mak Jah minta maaf la sebab tak datang lawat Ieya dekat hospital. Nak luruh jantung Mak Jah bila dengar Ieya masuk wad tau."
"Takpe, Mak Jah. Ieya tak kisah. Bukannya lama Ieya duduk sana. Ni Ieya dah balik dah pun."
"Barang-barang Dania semua dah siap ke Mak Jah?" Danial bertanya sambil sebelah tangannya menutup pintu.
"Dah, Danial. Semua Mak Jah dah sediakan. Walaupun cuma gugur tapi Ieya masih kena pantang betul-betul. Mak Jah jaga Ieya ya?"
Dania senyum seraya memegang tangan Mak Jah. "Terima kasih, Mak Jah."
"Tak payah terima kasih sayang, dah memang tanggungjawab Mak Jah. Ieya kan anak Mak Jah. Okeylah Mak Jah pergi dapur dulu, nak siapkan makanan Ieya. Nanti Mak Jah naik." kata Mak Jah lalu melangkah ke arah dapur.
Dania menapak perlahan-lahan ke arah tangga. Sampai di hadapan anak tangga pertama, Danial memegang lengan Dania membuatkan Dania tertoleh memandangnya. Tanpa membuang masa, Danial meletakkan sebelah tangannya di belakang leher Dania dan sebelah lagi di belakang lutut isterinya lalu dicempung mudah.
"Abang buat apa ni?"
"Angkat sayang la. Takkan abang nak bagi sayang naik tangga." Penuh berhati-hati Danial menapak naik satu per satu anak-anak tangga sehingga tiba di bilik mereka. Dania diletakkan penuh cermat di atas katil. Kemudian, dia bergerak ke arah bilik pakaian untuk mengemas barang Dania.
"Abang tak kerja ke hari ni?"
"Abang ambik cuti seminggu nak jaga sayang. Nadzmi lah yang ganti abang dekat ofis tu."
"Hmm, kesian dekat dia. Kalau abang ada apa-apa hal, mesti dia yang kena ganti abang kan? Ieya rasa abang kena naikkan gaji dia la."
Danial tergelak. "Wuish, sayang dah berpakat dengan Amar ke ni? Sama-sama nak suruh abang naikkan gaji dia pulak."
"Takde lah Ieya gurau je. Tapi betullah, Nadzmi banyak ganti abang bila-bila abang ada hal lain yang abang nak kena settle kan? Ieya cuma kesian jelah dekat dia tapi Ieya tahu dia tak pernah complain apa-apa."Danial menyusun baju-baju Dania sebelum ditutup pintu almari itu. "Sebenarnya, abang ada terfikir nak hantar Nadz pergi branch kita yang dekat Johor tu. Dekat sana nanti dia boleh lead tapi kalau dia tak nak, abang pun tak nak paksa. Nanti abang cubalah tanya dia balik, tapi rasanya dia memang tak nak pergi sebab jauh." Danial menyimpan beg pakaian di sudut bilik kemudian dia melangkah ke arah Dania yang sedang menunduk.
Wajah mendung isterinya itu dipandang pelik. Punggungnya dilabuhkan di hadapan Dania. "Sayang?"
Tangannya mencuit dagu isterinya lalu diangkat ke atas. Mata yang berair itu merisaukannya. "Hey, what's wrong? Sakit ke?"
Setitik air mata yang menitis jatuh mengenai tangan Danial. Wajah itu makin lama makin sebek. "Ieya minta maaf, abang. Ieya minta maaf sebab tak jaga diri. Kalau Ieya tak cuai, mesti anak kita still ada dengan kita kan?"
"Ya Allah, sayang..." Terus kepala Dania dipeluknya. Dia sangka isterinya itu sudah boleh menerima keadaan ini. Namun rupanya tidak semudah itu. Sesekali hatinya pasti terusik. Dia faham. Bukan mudah untuk Dania menerima kehilangan ini.
"It's okay, sayang. Sayang tak tahu, abang lagi tak tahu. It's not your fault, sayang tak boleh macam ni okey? Abang ada sini dengan sayang, Mak Jah pun ada. Abang tahu sayang sedih, abang pun sedih. But you know what? Allah sayangkan kita. Sebab tu dia uji kita. Sayang kena ingat yang anak kita sekarang ada dekat syurga, dia akan selalu doakan kita. Sayang reda ya?" tutur Danial lembut, penuh memujuk. Dania mengangguk kecil, air matanya yang membasahi pipi disapu perlahan.
Danial merenggangkan pelukan. Wajah basah Dania ditatap lalu diusapnya. Segaris senyuman dihadiahkan. "You're not alone. I'm always here with you, okay?"
Dania turut senyum kemudian mengangguk. Danial mengusap kepala isterinya itu. "Good wife. Abang nak turun kejap, kalau nak apa-apa panggil je tau. Jangan turun. Kalau tak larat nak panggil, call je. Ni fon sayang abang letak atas meja."
"Okey... Sorry sebab susahkan abang."
"Aip, no susah-susah. Sayang tanggungjawab abang. Abang sayang Ieya jadi tak ada istilah susah-susah ke apa, okey?" Danial menggosok kepala Dania seketika sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Sebaik pintu bilik ditutup, Danial mengeluh. Dahinya berkerut. Dia teringat ketika dia pergi ke bilik rakaman CCTV selepas kejadian yang menimpa isterinya di bilik wad itu. Memang ada kelibat lelaki itu dirakamkan namun gambarannya tidak jelas. Lelaki itu bertutup penuh, wajahnya langsung tidak dapat dikesan.
"Siapa dia ni hah? Kenapa dia nak kena buat macam tu? Apa yang dia nak sebenarnya?"
"Siapa nak apa tu Danial?"
Danial tersentak. Terus dia berpusing ke belakang.
"Eh, Mak Jah! Tak ada apa-apa la. Terfikir pasal kerja je."
"Ooh, okey. Ingat apa tadi. Mak Jah masuk ya?" soal Mak Jah meminta izin. Danial mengangguk seraya bergerak mengalihkan badannya ke tepi.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...