SELEPAS selesai makan malam, seperti kebiasaannya, Dania mengemas ruang makan dan dapur bersama dengan Mak Jah. Dia sebagai isteri, sudah menjadi kewajipan dia untuk menguruskan rumah. Lagi pula Mak Jah itu bukannya orang gaji mereka. Kehadiran Mak Jah di rumah itu sekadar mahu membantu meringankan sedikit sebanyak tugas Dania. Dania memang tak banyak merungut, sudah menjadi tanggungjawab dia.
Mak Jah yang sudah siap mengelap kaunter dapur segera membasuh tangannya di singki bersebelahan dengan Dania. Kemudian tangannya dilap pada kain yang tergantung di situ sebelum Dania yang hampir siap membasuh pinggan itu dirapatinya.
"Ieya, Mak Jah masuk bilik dulu eh? Nak layan drama kejap sebelum tidur."
Dania meletakkan pinggan yang sudah dibasuhnya di rak sebelum paip singki itu ditutupnya. Mak Jah dipandangnya pelik.
"Aik? Bila masa Mak Jah layan drama Melayu ni?"
"Bukan drama Melayu la. Korea."
Terbeliak mata Dania dibuatnya. "Serious la, Mak Jah?"
Mak Jah mengangguk membenarkan. "Hari tu Mak Jah bosan takde buat apa, saja jelah Mak Jah google k-drama apa yang best guna iPad yang Danial bagi tu. Sekali tertengok satu cerita ni, fuhh melekat la pulak. Hero heroin pun elok masing-masing, itu yang Mak Jah tersangkut tu."
Dania lepas gelak. Bukan biasa-biasa ya Mak Jah kesayangan dia sekarang ni... dah upgrade!
"Apa-apa jelah Mak Jah. Asalkan Mak Jah bahagia..."
"Ya lah, ya lah. Mak Jah masuk dulu ya?" Mak Jah berlalu dengan keropok dan botol jus oren di tangan membuatkan Dania tergelak lagi. Sampai macam tu sekali erk nak layan drama. Macam nak tengok wayang aje.
Sebaik kelibat Mak Jah hilang dari dapur, Dania menjenguk ke ruang tamu. Danial masih di situ dengan skrin televisyen yang menyala. Bibirnya menyungging senyuman. Satu gelas dicapai sebelum peti sejuk dibuka. Kotak minuman Marigold Peel Fresh Orange diambil lalu dituangkan ke dalam gelas tadi seraya dia membawa langkah ke ruang tamu tersebut.
"Abang..." Danial yang sedang khusyuk menonton televisyen dipanggilnya. Kepala Danial menoleh ke arahnya lalu dia menghulurkan gelas berisi jus oren tadi.
"Thank you, sayang." Danial menyambut lalu meneguknya sedikit. Gelas itu kemudiannya diletakkan di atas meja kaca di hadapannya. Dania melabuhkan punggung di sisi Danial.
"Sayang..."
"Hm?" Dania berkalih memandang wajah Danial.
"Betul ke Nadya, kawan sayang tu nak kahwin dengan Syafiq?"
"Mana abang tahu?" Sengaja Dania bertanya.
"Syafiq bagitahu tadi. Siang tadi kan sayang keluar dengan kawan-kawan sayang, abang pun keluar dengan kawan-kawan abang."
Dania memandang ke hadapan semula. "Kalau dah Syafiq sendiri yang bagitahu, betullah tu. Kenapa abang tanya Ieya?"
"Takde lah... Abang macam... tak percaya. Kawan abang dengan kawan sayang. How?" Habis berkerut dahi Danial. Terlepas terus tawa Dania mendengarnya.
"Bukan abang je, Ieya pun! Bila Nadya bagitahu tadi, kitorang semua terkejut gila. Itu baru Nadya dengan Syafiq. Amar ada bagitahu abang apa-apa?"
Kalau tadi dah berkerut, ini naik beberapa lapis pula dahi licin suami Dania itu. "Tak ada pulak. Haa ada apa-apa yang sayang tahu tapi abang tak tahu ke? Nak kena dia ni. Bagitahu sini cepat apa dia..."
Dania tergelak kecil. "Lah dia tak bagitahu? Kurang asam garam punya Amar. Ni Mia bagitahu kitorang yang bulan depan, family Amar hantar rombongan meminang. Hujung tahun depan diorang kahwin."
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...