BAB 11

1.5K 64 5
                                    

HELAIAN buku latihan Matematik Tambahan diselak ke muka surat berikutnya sejurus berpuas hati dengan latihan tajuk sebelumnya yang sudah disiapkan. Pen biru sudah sedia di tangan, mahu mula membuat latihan. Lagu rancak kegemaran dari Samsung S10 miliknya diperdengar pada kadar sederhana kuat. Memang dia sudah biasa membuat latihan atau membaca nota sambil mendengar lagu. Bagi orang lain, memang lah nanti tak fokus lah nanti tak dapat nak hadam nota-nota yang dibaca lah. Tapi bagi Dania, dia sudah biasa. Dan kebiasaannya, cara tersebut berkesan terhadap dirinya.

"Dania Aqira!"

Satu suara lantang yang menjerit memanggil namanya dalam keadaan marah sedikit membuat dia tersentak. Sedar namanya dipanggil, Dania angkat punggung seraya keluar dari biliknya. Matanya menangkap sesusuk tubuh Danial yang elok berdiri di hujung tangga. Langsung, dia menuruni tangga tersebut dan menghadap Danial yang semakin turun naik nafasnya. Mata tak payah cakap lah. Bulat semacam, rupa seperti nak makan orang. Dania gerun, tapi cuba beriak tenang.

"Ada apa?" Balasnya sepatah.

"Ini semua memang plan kau, kan? Hah? Kau sengaja nak perangkap aku, kan?" Tuduh Danial tiba-tiba. Dania menggarit kening.

"Apa awak merepek ni?"

"Kau tak payah nak bermuka-muka dengan aku, lah. Kau ingat aku bodoh ke? Dulu kau hasut mama benci Mayra, sekarang ni pulak kau hasut mama dengan papa untuk kahwinkan aku dengan kau, kan? Itu sebenarnya kan plan kau?"

"What?! Eh, tak ada kerja lah saya nak hasut mama dengan papa. Apa faedah yang saya dapat? Jangan nak tuduh saya dengan benda yang langsung saya tak buat."

"Tuduh apanya? Memang kau yang buat semua benda tu, kan?"

"Eh hello, awak ingat saya nak sangat ke kahwin dengan awak, hah?"

"Ah, kau tak payah nak berdolak-dalih dengan aku lah. Kau tu memang dari dulu lagi tak suka tengok hidup aku senang, kan?"

Dania terdiam sejenak. Penatnya cakap dengan manusia berhati kering macam dia ni!

"Jawab lah! Asal kau diam?"

"Awak ni kan, semua benda nak salahkan saya. Itu salah, ini salah. Balik-balik salah saya. Awak tu aje yang betul.."

"Memang! Memang aku aje yang betul. Apa-apa yang jadi dekat dalam rumah ni, semuanya berpunca daripada kau!"

"Eh, awak tahu tak? Setiap manusia yang ada dekat atas muka bumi ni pasti akan melakukan kesilapan termasuklah diri awak sendiri!" Jari Dania ditunding tepat ke dada bidang Danial. Matanya buntang. Dadanya sesak.

Sesaat itu, tangan Danial naik pantas, mahu menamparnya.

"Danial Arshad!"

Tangan Danial yang hampir sampai ke pipi Dania, segera diturunkan apabila terpandang akan Datuk Sri Ashraf yang memanah tepat ke arahnya. Matanya kembali menunak tajam Dania yang dilihat sudah kecil seperti semut. Bersisakan rasa dendam dan sebal dalam hatinya, Danial membawa kakinya menuju ke pintu rumah banglo mewah tersebut, sebelum kunci kereta BMW 10 Series dicapai lalu melangkah keluar dari rumah banglo tersebut.

Sementara Dania, hanya memerhati kelibat Danial yang kian menghilang dengan ekor mata yang mulai basah. Lalu, dia kembali memanjat tangga dan mengunci diri dalam bilik.

Datuk Sri Ashraf hanya membiarkan tingkah kedua-dua anaknya itu kerana dia tahu, hati kedua-dua mereka masih panas. Dalam diam, dia mengeluh berat.

*****

DANIAL merengus kuat. Serasa mahu menarik kuat rambutnya. Sungguh, dia serabut! Kusut! Semuanya gara-gara perempuan itu. Perempuan yang amat dibencinya sejak 4 tahun lalu.

"Danial, are you okay?" Perempuan yang duduk di hadapannya menyoal lembut. Kemudian, dia menyisip jus epalnya.

"Hmm.." balas Danial sepatah.

"No. I know that you're not okay, Danial Arshad. Why? There must be something happened, kan? What is it? Beritahu lah I. Kalau tak, mana ada you nak ajak I keluar macam ni. Dengan keadaan serabut macam ni." Perempuan itu masih menyoal prihatin.

"Nampak sangat, ke?" Perempuan itu mengangguk.

"Bukanlah nampak yang you ni tak terurus, but for me, riak serabut you tu I tahu. What's wrong?" Danial merengus lagi.

"I stress lah, Mayra. Entah kenapa tiba-tiba papa dengan mama I tu nak buat keputusan gila pulak."

"Apa dia keputusan gila tu?"

"Kahwinkan I dengan Dania." Sebaris ayat Danial membuat mata Mayra menjadi bulat dan rahangnya jatuh.

"Seriously?!"

"Yes. Kalau I tak nak, papa I akan bagi orang lain yang uruskan syarikat tu. Bukannya I. You rasa?"

Mayra hanya menjongket bahu. Jus epal di hadapannya disisip lagi.

"Patut lah pun you marah macam ni. Anyways, kalau you tanya I, I pun tak tahu lah nak buat apa. I pun buntu kalau I jadi you. Tapi, just remember one thing. Apa pun keputusan you, I akan sentiasa sokong dan sentiasa ada untuk you. Okay?" Mayra cuba memujuk lembut. Senyum dilempar manis.

"Thanks, Mayra. I tahu you selalu ada dengan I. Thanks sebab sudi dengar masalah I yang tak pernah habis-habis dengan perempuan tu." Akhirnya, kopi cappucino di hadapannya disisip tenang.

"No mention. Apa-apa pun, think wisely. Ini soal masa depan you. Kalau you ada apa-apa masalah, you boleh share dengan I. You tahu kan?" Danial tersenyum.

"Yeah. I know. Thanks again, Mayra." Mayra tersenyum sambil kembali menyisip jus epalnya.

*****

BUNYI kuakan membuat Dania menoleh ke arah pintu biliknya. Datin Sri Amirah masuk seraya menghampirinya.

"Dah siap?"

"Dah."

"Awalnya siap?" Dania tarik sengih.

"Minggu ni dengan minggu depan trial, ma. Kena lah bangun awal." Datin Sri Amirah menjongket kening.

"Minggu ni dah start trial?" Dania mengangguk.

"Oh.. Mama tak tahu. Sorry lah Ieya kalau permintaan mama dengan papa hari tu dah buat Dania tak fokus nak study.." Dania terus potong cakap mamanya.

"Ma.. it's okay. I'm fine. Tipu lah kalau Ieya cakap Ieya tak terganggu tapi Ieya okey. Ieya boleh bezakan antara pelajaran dan peribadi. Mama jangan risau, okey?" Dania cuba memujuk mamanya yang kelihatan merasa bersalah.

"Betul ni, sayang?" Dania angguk lagi. Dia membetulkan tudung birunya seketika lalu mencapai beg sekolahnya.

"Ieya.." gamit Datin Sri Amirah perlahan. Tangannya menarik Dania duduk di birai katil. Dania panggung kepala menghadap mamanya.

"Mama doakan semoga semuanya berjalan lancar. Semoga Ieya berjaya menjawab semua soalan walau susah mana sekali pun. Mama tahu anak mama ni cerdik. InshaAllah, mama doa Ieya dapat straight A's macam masa exam pertengahan tahun hari tu. Ieya tahu kan, mama akan sentiasa ada dekat sini, sokong Ieya walau apa pun berlaku?" Dania mengangguk. Matanya mula rasa bertakung.

"Ieya janji dengan mama, Ieya usaha sebaik mungkin."

"Alright, sayang. Dah, air mata tu simpan. Jangan nangis. Dah, jom. Mama hantar." Dania pandang Datin Sri Amirah dengan pandangan tidak percaya.

"Betul ke, ma?" Datin Sri Amirah mengangguk.

"Iya, sayang. Mama tahu, Ieya mesti tak nak naik dengan abang Danial kan. So, mama hantar." Dania memeluk Datin Sri Amirah. Sememangnya, mama faham isi hatinya.

"Thanks, mama." Mereka berpelukan kejap sebelum keluar daripada bilik Dania itu.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now