DANIA mengoles sedikit foundation pada wajahnya. Dia seorang yang sangat simple, kalau nak keluar setakat beli barang, window shopping atau ke kelas memang dia takkan make-up beria-ia. Make-up lebih-lebih pun siapa aje yang nak tengok, kan? Takkanlah kau nak pergi goda cashier or lecturer pulak. Lain cerita kalau annual dinner or wedding event. Masa-masa macam tu lah baru betul nak melaram. Ini ada sesetengah orang, melaram tak kena tempat.
Telefon yang berbunyi nyaring terus dicapai setelah melihat nama pemanggil. Dia terus bergerak ke arah almari untuk mencapai tudung bawal satinnya.
"Dah siap?"
"Tinggal nak pakai bawal je. Kau dah sampai ke?"
"Belum. Lagi 10 minit aku sampai."
"Okey. Dah sampai nanti call."
"Alright. Eh, kejap. Kau dah bagitahu abang kau ke yang kau nak keluar ni?" Dania berkerut dahi.
"Buat apa nak bagitahu dia?"
"Kau ni. Bagitahu jelah. Karang bising pulak dia. Macamlah kau tak kenal abang kau tu." Dania tergelak. Wah, Mia pun dah join mengutuk Danial ni. Ada genglah Dania lepas ni.
Uish, tak baiklah kau ni kutuk suami sendiri. Tak cium bau syurga nanti.
"Ya lah, ya lah. Okey, bye." Dania meletakkan kembali telefonnya di atas meja. Dia mula fokus membetulkan letak tudung bawalnya. Dia memang tak akan pakai tudung bawal lain selain satin sebab materialnya yang senang digosok dan dibentuk. Kalau nak bersiap pun, tak makan masa banyak. Orang perempuan ni pantang kalau awning tudung tak jadi. Confirm berdiri depan cermin lebih satu jam.
Setelah membelek-belek diri di hadapan cermin, Dania mencapai telefonnya kembali. Crossbag di birai katil turut dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Nombor Danial didail. Tidak sampai beberapa saat, panggilan itu dijawab.
"Assalamualaikum, awak."
"Waalaikumussalam. Nak apa tiba-tiba call ni?"
"Saya nak bagitahu yang saya nak keluar beli barang kejap."
"Kenapa? Barang dekat rumah tu tak cukup ke?"
"Taklah. Saya terbaca fanfiction dekat Wattpad, dia duk mention crème brûlée. Macam sedap je. So saya nak try lah buat." Eh, dah kenapa pulak aku terajin bercerita panjang lebar dekat dia ni? Cakap ajelah nak buat crème brûlée tu. Habis cerita.
"Sorang?"
"Tak adalah. Saya ajak Mia sekali."
"Hm, pergilah."
"Okay, thanks."
"Hm." Panggilan terus diputuskan. Dania mencebik. Hm, hm. Kerja menggumam aje Jong-un ni. Patahkan gigi tu baru tahu.
Eh, engkau ni. Tak baik cakap macam tu. Mana tahu dia busy, penat kerja ke apa, kan? Apa lah kau ni, Dania.
*****
DANIA memeriksa senarai barang yang perlu dibeli di aplikasi Notes telefonnya. Barang yang sudah ada ditanda simbol right. Tak banyak dah ni. Beberapa bahan mentah yang terletak di dalam troli diperiksa sekali lagi. Tak adalah nanti nak kena patah balik pulak.
"Kau dah ada ke bahan yang kau kata nak buat crème brûlée tu?" soal Mia sambil mata turut dibawa melihat ke dalam troli Dania. Dah serupa orang yang sudah berkahwin aje shopping barang dapur dia lihat Dania ni.
"Semalam aku check resepi dekat Google, YouTube. Then aku terjumpa lah satu resepi ni guna tiga bahan aje. Senang gila. Kalau ikutkan resepi lain nak kena guna kitchen torch lah apa benda lah payah benor. Nasib baik aku ada jumpa yang tak payah guna torch tu. Just sekarang ni nak cari aiskrim dengan remekin. Dekat sini ada jual remekin ke tak eh?" Mata Dania meliar mencari sesuatu.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...