BAB 36

1.5K 50 0
                                    

SEBAIK melangkah keluar saja dari lif, Danial berjalan terus meninggalkan Dania di belakang. Takut ditinggalkan, Dania laju saja membuntuti Danial. Sudahlah dia baru pertama kali datang ke sini untuk bekerja. Walaupun bukanlah pertama kali sangat, tapi waktu dia datang hari tu staf tak ramai macam hari ni. Nak pulak dia berjalan dengan CEO syarikat, memang banyaklah mata yang memandangnya. Dania hanya menunduk sambil terus mengikut Danial sehingga mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat. Seorang wanita bertudung dengan perut yang agak memboyot berdiri di situ dengan beberapa fail tersusun di atas meja mesyuarat itu. Wanita itu menunduk sedikit.

"Good morning, Encik Danial."

"Good morning, Aina. It's okay, just sit. Tak payah berdiri." Aina hanya tersenyum.

"Eh, takpe lah Encik Danial. I'm okay. So, ni lah Dania ya?" Aina memegang lengan Dania yang hanya berdiri di sebelah Danial. Dania membalas senyuman Aina seraya mengangguk.

"So Aina, just like what I've said yesterday. Kalau ada apa-apa, just give me a call. Okay? Dania..." Dania mendongak memandang Danial. "...kalau ada apa-apa soalan nak tanya, tanya je. Jangan malu-malu. Okey?"

Dania mengangguk. Danial menggosok sedikit kepala Dania.

"Okay, good luck." ucap Danial ringkas sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Dania dan Aina mula mengambil tempat secara bersebelahan sebelum satu fail ditarik Aina.

"Dania umur berapa?"

"23 tahun." Aina mengangguk sambil mulutnya membentuk bulat. "Akak nak masuk 30 dah. Tapi anak baru sorang ni hah." ujar Aina sambil mengusap perlahan perutnya. Dania tergelak kecil.

"Takpe, Kak Aina muda lagi. Sempat lagi tu." usik Dania. Ketawa Aina mendengar usikan Dania itu.

"Ada-ada jelah Dania ni."

"Encik Danial cakap, akak nak berhenti ya? Kenapa?" Kedengaran Aina menarik nafas sebelum dia menjawab.

"Ha'ah sebab akak nak jaga anak akak sendiri. Akak tak naklah menyusahkan mak dengan mak mentua akak. Lagi satu, akak dengan suami tak percaya sangat nak ambik maid. Better akak jaga sendiri. Tapi tu lah, akak kena sacrifice lah. Demi anak kan." Dania mengangguk faham. Lengan Aina diusap perlahan.

"Takpe, kak. Bila kita sendiri yang duduk rumah jaga anak kita, kita akan rasa lebih puas. Takdelah risau anak kena macam-macam, kan?"

"Hmm, betul. Akak setuju dengan Dania. Okeylah, jom kita start." Fail di tangan Aina dibuka dan Aina mula menerangkan serba sedikit tugasnya dan perihal syarikat kepada Dania sementara Dania mendengar dengan teliti. Kadangkala tangannya bergerak mencatat apa yang perlu.

*****

DANIAL yang baru saja keluar dari bilik air di biliknya terkejut melihat Dania yang sudah merebahkan diri di atas katil dengan patung Mumu nya yang ditekup ke muka. Berkerut pelik dahinya. Rasanya macam baru sekejap tadi dia melihat Dania menolong Mak Jah mengemas di dapur selepas mereka makan malam tadi. Ini dah terbongkang atas katil dah.

Suis lampu bilik ditutup kemudian dia menghampiri katil. Tubuhnya direbahkan ke atas katil sebelum dia bergerak mengiring menghadap Dania. Tangannya menongkat kepala. Baru saja dia mahu mengalihkan patung arnab putih di muka Dania ke tepi, Dania terlebih dahulu bergerak dan matanya terbuka. Terkujat Danial dibuatnya. Mana tak terkejut, tiba-tiba aje mata terbuka macam hantu.

"Wuishh kus semangat... Ingatkan dah tidur tadi."

"Memanglah. Tapi Ieya nak tanya..." Mata Dania terus tunak ke mata Danial.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now