NADZMI termenung jauh, entah sudah melayang ke mana fikirannya. Dia langsung tidak menumpukan perhatian kepada Danial yang sedang menerangkan sesuatu di hadapannya. Entah mengapa dia asyik terfikirkan perkara itu semenjak keluar makan tengah hari tadi.
"Woi!" Danial menepuk kuat meja kerja Nadzmi, mahu menyedarkan kembali lelaki itu. "Aku punya la membebel dekat sini, kau boleh termenung pulak. Fikir apa hah?"
"S-sorry bro, sorry sorry. Kau cakap apa tadi?"
Danial merengus. "Ini yang aku bengang ni. Kau tahu kan aku tak suka cakap benda dua tiga kali?"
Nadzmi meraup wajahnya sekali. Dia betul-betul kusut. "Tahu, Danial. Tahu. Sorry aku..."
"Kau ada masalah ke?" Melihat rakannya yang seakan serabut itu, Danial langsung bertanya. Benar sangkaannya, Nadzmi melepaskan keluhan panjang.
"Kalau kau ada masalah, cerita la. Kau diam je macam ni, mana aku nak tahu? Kau ni pun macam la baru kenal aku semalam."
Nadzmi menarik nafas dalam-dalam, sebelum dia memulakan cerita. "Okay I hate to admit this, but actually you was right. Aku memang suka dekat Bella tu. 'Ter'suka sebenarnya. Tanpa aku sedar."
"See?"
"Shuh, diam dulu. Bagi aku habis cakap."
"Okay, okay."
"But the problem is, aku tak tahu macam mana nak start. Tegur dia ke, ajak dia lunch ke, like... weh aku tak pandai la bab-bab macam ni. Stress kau tak, nak fikir benda alah ni?"
Danial tergelak. Aduhai, noob betullah kawan aku sorang ni. Dah tua pun tak reti nak bercinta.
"Apa benda la kau ni Nadz. Buat malu kaum lelaki la. Be a gentleman. Kau tegur jelah dia. Selagi kau tak jumpa and start conversation dulu dengan dia, macam mana kau nak dapat dia?"
"But there's another problem."
"Pulak dah? Macam-macam hal la kau ni. Apa lagi masalahnya?"
"Masa aku keluar lunch tadi, aku ternampak dia... dengan lelaki lain." Danial menjungkit sebelah kening.
"Then?"
"Actually sebelum aku nak tegur dia tu, aku dah confident level tahap tinggi dah. Tapi lepas aku nampak dia dengan lelaki tu, terus aku statik. Tak tahu nak buat apa. Alih alih, aku blah."
"Kejap, kau jumpa dia dekat mana ni?"
"Dekat hospital tempat dia kerja."
"Mana kau tahu dia kerja situ?"
"Dania. Sebelum dia bagitahu tu, dia suruh la aku cerita. So dia dah tahu la."
"Ooo kau dah cerita dekat adik aku dulu rupanya... Hmm okay first question, yang kau nak insecure sangat dengan lelaki tu dah kenapa? Setakat nampak berdua je kut, bukannya berpeluk ke apa."
"Memang la tak sampai berpeluk tapi still nampak mesra weh. Aku tak nak la kacau nanti tak pasal-pasal kena sembur sebab mencelah tiba-tiba. Bella tu pulak entah kenal aku ke tidak."
"Hmm..." Danial meletakkan jarinya di dagu, seolah-olah sedang berfikir.
"Weh Danial, betul ke Bella tu single lagi? Kenapa aku rasa macam-"
"Iya, betul dia still single. Bella tu kawan adik aku dah lama, aku tahu la. Kalau Bella tu dah bertunang ke, kahwin ke mesti aku tahu daripada mulut adik aku sendiri. Kau tak payah risau la, Nadz."
Nadzmi meraup wajahnya sekali sebelum diurut-urut belakang lehernya dengan kedua-dua tangannya. "Aku stress la. Macam mana aku nak dekat dengan dia ni? Aku tak nak la lambat-lambat nanti melepas pulak, umur pun dah makin meningkat. Arghhh stress lah!"
Danial tergelak namun cepat-cepat dia kawal. Dasar tak berguna punya kawan, member tengah ada masalah dia boleh gelak pulak.
"Woi, relaks lah bro! Apa payah sangat la kau ni. Macam ni, macam ni. Kau slow-slow dekat dengan dia, kau mintak nombor dia daripada adik aku lepas tu try contact dia dari situ. Tegur dia dekat chat, bagi salam dulu. Kita nak masuk rumah orang kena ketuk pintu dulu, bukan main terjah je. Heart attack la orang tu nanti. InshaAllah slowly, dia akan layan punya. Percaya cakap aku. Kalau kau betul nak dekat dia, kau kena cepat. Tapi jangan gelojoh, step by step." nasihat Danial. Nadzmi nampak agak tenang berbanding tadi. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami."InshaAllah aku cuba. Thanks."
"Hmm... Dah sekarang ni aku nak kau fokus. Jangan buat aku ulang dua tiga kali. Apa kau ingat aku ni radio ke? Kau main-main, siap kau."
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...