DANIAL dan Dania sama-sama melangkah keluar dari Restoran McDonald setelah mengisi perut. Bising Dania pada mulanya. Apa bendalah tengah hari makan mekdi. Orang makan benda berat macam nasi ke apa ke. Memanglah mekdi ada nasi lemak tapi mana kenyang. Kenyang kejap aje dalam dua jam nanti lapar balik. Tapi Danial lah. Beria-ia nak makan mekdi. Setahun tak makan katanya.
Choi... order delivery makan dekat rumah pun boleh. Ini nak jugak makan dalam mall. Punyalah banyak tempat sedap ada nak makan.
"Dania... Aku nak pergi tandas sekejap. Kau tunggu sini tau." Dania mengangguk. Danial terus berlalu ke gents. Dania menyandarkan badan pada penghadang besi, matanya meliar sekeliling. Tak ramai orang, walaupun hari ini hari Ahad. Baguslah tak ramai, tak ada lah nak bersesak sana sini. Danial pun tak suka sangat nak pergi ke tempat yang dipenuhi ramai orang. Lemas katanya.
Dasar manusia pelik.
Dania berpaling ke arah kawasan tandas. Melihat kalau-kalau Danial sudah keluar. Tiba-tiba, pandangan matanya menyapa seorang wanita. Dia pejam mata.
Kenapalah mana aku pergi, dia mesti ada? Dalam banyak-banyak manusia dekat Malaysia ni, perempuan itu jugak yang aku jumpa?
Kalau Hannah Delisha ke, Alvin Chong ke, Sean Lee ke, Mira Filzah ke... Tak apalah jugak. Boleh minta selfie satu.
Wanita tersebut terus berjalan ke arahnya. Dania hanya buat muka selamba. Tenang, Dania. Sesungguhnya, dia hanyalah seorang manusia biasa dan sama sekali bukan saingan kau. Flip hijab sekali.
"Wah, tak sangka terjumpa dekat sini. Kecilnya dunia. Datang sorang aje?" Dania paling wajah ke tepi. Malas mahu membalas pertanyaan itu. Kalau dia cakap dia datang dengan Danial, confirm minah di hadapan dia ini akan control ayu dan segala macam lagi dia nak control.
"Alah, sombongnya. I tanya ni. You sorang aje ke? Danial mana?"
"Dekat mana-mana la." balas Dania acuh tidak acuh.
"Amboi, amboi... Sinisnya. Eh, tak payah nak sombong sangat la dengan aku. Nanti, aku jugak yang kau akan hadap hari-hari. Maklumlah, aku bakal jadi kakak ipar kau. Oh, silap! Bakal madu kau." Dania terus tergelak sinis. Wah, harapan setinggi Gunung Kinabalu. Mata Mayra terus ditentang berani.
"Nak berangan tu tak salah, tapi... jangan haraplah akan jadi kenyataan. Awak dah tak ingat ke, mama saya tak akan pernah terima awak sampai bila-bila. Lupa?" Dania membalas berani. Walaupun dia tahu dia bakal kena tampar, tetapi dia tak kisah. Memang sengaja dia mahu menyakitkan hati wanita tinggi lampai itu.
Benar sangkaannya. Mayra naik berang dengan kata-katanya. Tangan kanannya mencengkam rahang Dania sehingga terdongak Dania dibuatnya. Nafasnya turun naik. Ikutkan hati, mahu saja dihumban Dania jatuh ke bawah. Perempuan ini benar-benar telah menyusahkan hidupnya.
"Kau—"
"Mayra!" Dania dan Mayra sama-sama memandang ke arah suara garau itu. Mayra cemas, dilepaskan terus Dania. Kelam-kabut dia jadinya. Danial menghampiri kedua-duanya. Hampir tercabut jantungnya melihat rahang Dania dicengkam Mayra begitu.
"You buat apa ni?" soal Danial tegas. Dania memaling wajahnya ke tepi. Mula dah drama TV3 dekat sini.
"Tak ada... I... I saja nak check... Dania sihat ke tak..." Dania tersenyum sinis. Tak logik langsung alasan. Macamlah kau doktor boleh nak check-check aku.
"By the way, you datang dengan dia ke?" tanya Mayra. Makin lemas Dania dibuatnya. Malas nak layan dua-dua. Mood dia sudah terbang.
"Dah la. Awak kata awak nak keluar semalam, kan? Ni dah alang-alang jumpa dekat sini, awak keluarlah dengan dia, ya? Saya nak balik." Dania terus berlalu dari situ. Biar. Dia tak peduli apa pun yang akan terjadi. Macamlah dia tak pernah hidup sendiri. Daripada hatinya sakit, lebih baik dia angkat kaki.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...