DANIA menutup lampu dapur setelah selesai membersihkan bahagian itu. Diperhati segenap rumah yang sudah gelap, kaki dibawa naik ke atas. Dia menguap sekejap. Kantuk mula terasa. Dia terus menuju ke biliknya tanpa mempedulikan ruang tamu di tingkat atas itu bercahaya terang.
"Dania."
Dania terus berpusing menghadap gerangan yang memanggilnya. Nak apa pulak dia ni.
"Sini lah. Teman aku tengok tv." Danial sudah menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Mahu jatuh rahang Dania.
Apa kena dengan dia ni? Kena sampuk ke apa?
"Saya mengantuklah. Awak tengoklah sorang-sorang."
"Alah temanlah aku. Sini-sini aku tak kira." Danial terus-terusan menggamit Dania supaya datang mendekat. Dania berdecit sebelum menghampiri Danial.
"Awak ni memang suka tengok movie malam-malam ke? Tak mengantuk ke esok nak kerja?"
"Esok aku cuti. Tak kisah bangun lambat pun." Danial terus mengambil remote televisyen. Siaran Netflix dibuka.
"Pernah tengok Netflix?" Dania menggeleng. "Biasa time-time cuti tak ada assignment saya tengok Viu aje. Eh, ada la jugak tengok cerita Korea dekat Netflix."
"Ceh, layan Korea aje kau, kan?"
"Eh lantak oranglah. Sibuk aje awak ni." Mereka berdua terus menalakan pandangan ke skrin televisyen Samsung di hadapan mata. Entah filem Inggeris apa yang dibuka Danial, Dania langsung tak berminat nak tonton. Kut lah ada Chris Evans ke, Bruce Willis ke, Chris Hemsworth ke, Chris Pratt ke, Tom Hiddleston ke, Dwayne Johnson ke, segar sikitlah mata.
Makin lama, makin terkatup mata Dania. Danial di sebelah hanya fokus menonton. Dania yang semakin terlelap, terus terlentok kepalanya di bahu Danial. Danial tersedar, terus menoleh ke sebelah. Jatuh simpatinya buat seketika. Kemudian, matanya kembali memandang skrin televisyen. Dibiarkan saja Dania lena di sebelahnya.
Setelah tamat siaran yang ditonton, Danial menutup televisyen itu. Remote diletak di meja kaca di hadapannya. Tubuh Dania dicempung perlahan lalu dia bergerak ke bilik Dania.
*****
"Eeeeee..... Gamlaaa... Gamla nahi vase!"
Dania ketawa besar. Scene ini tak pernah tak buat dia gelak. Dah berapa kali tengok pun, masih kelakar. Dia ketawa sampai naik berair matanya.
Khusyuk dia menonton filem Bollywood di hadapan mata. Danial entah ke mana, masih berselubung dalam comforter agaknya. Maklumlah hari ini cuti. Dia pun tiada kelas hari ini. Bolehlah cuci mata layan Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan kesayangannya.
"Kau ni tak ada kerja lain ke? Asyik-asyik hindustan, hindustan. Jadi india betul baru tahu."
Tiba-tiba muncul satu suara di belakangnya. Dania terus berpaling. Nasib tak tercampak Koko Krunch di dalam mangkuk yang dipegangnya. Tak ada salam tak ada apa, tiba-tiba nak mengutuk orang.
"Eh, suka hati sayalah nak layan apa pun. Bukan kacau hidup awak pun. By the way, hero dia lagi handsome daripada awak, tau." Danial mencebik.
"Ewah, ewah. Sedap mulut. Siapa aje yang lagi handsome kalau bukan aku, hah?"
Danial Arshad punya confident level... tak pernah tak tinggi. Hampir termuntah Dania dibuatnya.
"Buekkk. Jangan perasan okey. Dahlah kalau tak nak tengok, tak payah duduk sini. Syuh, syuh sana jangan kacau saya." Dania menghalau Danial serupa menghalau lalat. Tidak mahu ketenteramannya pagi itu dirosakkan oleh manusia perasan itu.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...