BAB 34

1.5K 56 2
                                    

DANIA menutup pintu bilik lalu turun ke bawah. Dilihat Danial yang sedang duduk berlunjur bermain telefon di sofa ruang tamu sambil televisyen terbuka. Lelaki itu tidak kerja hari ini sebab tu boleh bersenang-lenang di sofa tu. Dania terus menuju ke dapur.

"Abang." panggil Dania. Panggilan 'abang' yang pertama selepas 10 tahun. Danial menyahut dengan mata masih di telefon.

"Semalam abang suruh Ieya buat crème brûlée kan? Tapi takkanlah abang nak makan tu je semata-mata. Abang tak nak benda lain ke?" soal Dania sambil rambut hitam keperangannya disanggul tinggi.

"Nak makan kau boleh?"

Membuntang mata Dania. Tak semena-mena pipinya membahang panas. Sejak-sejak dah berbaik ni otak dia tu nak kena cuci dengan clorox! Menggatal lebih!

"Heee betul-betul lah! Jangan main-main!" Danial ketawa kuat. Eh, eh sakit pulak hati kita ni.

"Okey, okey. Aku nakkk—" Sengaja dileretkan suaranya. Dania menjuling mata.

"Ayam masak merah. Kan? Tahu sangat dah." Danial mengangguk laju. Tepat sekali. Dalam kepalanya memang dah tak ada menu lain dah selain daripada makanan kesukaan dia tu. Dania menggeleng perlahan kepalanya sebelum dia bergerak ke peti sejuk mengeluarkan beberapa bahan. Bahan-bahan semua diletakkan di atas kitchen island.

"Sedap sangat ke ayam masak merah yang Ieya masak sampai abang asyik nak makan tu je dari hari tu."

Danial menjuih bibir. "Tak payah nak perasanlah. Mama dengan Mak Jah masak lagi sedap. Bukan macam kau, masak rasa pasir dengan batu je."

Dania terdiam. Badannya berpusing menuju ke singki. Pisau dan papan pemotong diambil.

Melihat Dania yang diam membisu itu meresahkan Danial. Mulutnya ditampar perlahan. Tersedar keterlanjuran katanya. Kau ni lah Danial, tak habis-habis nak sakitkan hati dia!

Terus dia bangun, telefonnya diletakkan di atas meja di hadapan sofa. Kakinya dibawa ke dapur. Dia berdiri di belakang Dania yang sedang menghiris sesuatu.

"Weh, aku gurau je tadi. Janganlah ambik hati." Dania tak memandang wajah Danial. Dia terus-menerus menghiris. Sesekali kedengaran bunyi air hidung ditarik.

"Dania, janganlah nangis. Kalau kau nangis, aku pun rasa nak nangis jugak." Mata Danial mula berair. Terkelip-kelip matanya menahan pedih. Dania mengesat mata menggunakan belakang tangannya.

"Abang ni dah kenapa? Meroyan ke?"

Danial juga sudah mengesat matanya. Meroyan apa bendanya? Tak sekarang ni, apahal mata dia pedih sangat ni?!

"Sorry lah, Dania. Janganlah nangis." kata Danial apabila mendengar Dania terus-terusan menarik air hidung. Disangkanya Dania menangis dan merajuk.

"Abang ni, bila masa Ieya nangis?" Dania berpusing menghadap Danial. Terkejut dia apabila Danial betul-betul berada di belakang tubuhnya. Wajahnya didongak sedikit. Dilihat mata lelaki itu yang sudah berair.

"Habis tu, duk bunyi hingus tu?" Mata Danial melihat ke arah apa yang dilakukan Dania dari tadi. Hampir mahu jatuh rahangnya.

"Ieya potong bawanglah, abang. Mata pedihlah. Yang abang beria ingat Ieya nangis kenapa?" Ceh! Patutlah pedih semacam! Tak guna punya mak cik bawang.

"T–takk... Err... Aku ingat kau merajuk..." Mata yang pedih dikesat. Kakinya dibawa menjauh dari Dania. Dia berdiri di kitchen island.

"Dah kenapa pulak Ieya nak merajuk." Bawang besar yang telah dihiris dimasukkan ke dalam mangkuk. Beberapa ulas bawang putih pula dicapai.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now