BAB 7

1.6K 68 3
                                    

DANIA membancuh secawan Nescafé panas sebagai bekalan untuknya mengulang kaji pelajaran pada malam itu. Sesudah bancuh, dia membawa mug merah tadi ke biliknya.

Sampai di depan tangga, sesusuk tubuh tegap milik seorang lelaki menghalang perjalanannya. Dania panggung kepala menghadap wajah lelaki itu. Lelaki itu sedang memeluk tubuh sambil memandang tepat ke arahnya.

Oh my Allah, bala!

"Hesy, awak nak apa hah? Tiba-tiba pulak nak buat roadblock kat sini. Tepi la.." Dania berganjak ke kiri, diikuti oleh lelaki itu. Ke kanan, juga begitu. Hesh, ada jugak aku sepak kaki mamat ni karang biar tergolek dekat sini jugak.

"Encik Danial Arshad bin Ashraf, kalau rasa nak tukar kerja jadi anggota JPJ, pergi apply dekat pejabat JPJ sana. Bukan menyemak kat sini. Saya tak ada masa la nak layan awak." Dania mula hilang sabar.

"Aku nak tanya, sebenarnya kau dengan budak Arief tu ada apa?"

Tersentak Dania dengan pertanyaan itu. Eh, takkan aku pekak pulak? Betul ke mamat tu tanya soalan macam tu?

"Sorry?" Sengaja dia meminta Danial mengulang kembali pertanyaan tersebut. Just want to ensure. Karang tak fasal-fasal dicop ' Perah Santan ' .

"Muka cantik, tapi sayang telinga tu pekak. Nasib tak bisu aje. Aku tanya, kau dengan budak Arief tu ada apa?" Dania mencebik.

"Budak, budak. Arief tu dah besar lah! Suka hati awak aje panggil dia budak. Mana la kita orang ada apa-apa. Lagipun, dah nak SPM kut. What do you expect, huh?"

"Mana la tahu, Ada Apa Dengan Cinta 3."

"Excuse me, Encik Danial. Awak ingat saya ni jenis apa? Tak sempat-sempat nak tunggu habis sekolah baru nak bercinta? Ya Allah, please la. Apa cinta-cinta ni? Saya tak ada masa la nak fikir fasal tu. Daripada saya duk serabut fikir fasal benda-benda alah tu, baik saya fokus kat SPM saya yang lagi menjamin masa depan saya ni. Saya dengan Arief tu kawan biasa aje kut. Takkan awak tak pernah ada kawan biasa?"

"Yee la tu. Macam aku nak percaya." Danial tayang muka annoying.

"Ya Allah, tak ada kerja la saya nak temberang awak. Saya memang tak ada special boyfriend la. Lagipun, saya masih tahu la hukum-hakam dan peraturan budak sekolah yang tak boleh bercinta selagi tak habis sekolah ni. Hello, tak main la couple-couple ni. Apa kelas? Saya bukannya macam awak yang girlfriend keliling pinggang." Mata Danial yang mencerun memandang Dania sedikit pun tidak menghadirkan rasa takut dalam dirinya.

"Apa? Tak betul saya cakap? Mayra la, Anis la, Nina la, Laila la tu apa?"

"Excuse, pertama tu aje yang betul okey. Manusia-manusia selepas Mayra yang kau sebut tu langsung aku tak kenal."

"Suka hati awak la. Manusia ke haiwan ke saya tak kisah. Sekarang ni, saya nak naik atas nak belajar sebab minggu depan dah nak trial, SPM dah dekat. Okey? Bye.. Muahh..." Sengaja Dania membakar hati abang angkatnya yang sengal itu dengan melayangkan satu kucupan tidak ikhlas. Serentak itu, dia mengorak langkah untuk ke biliknya semula.

Danial mengetap bibirnya geram.

"Weh, aku tak habis lagi.."

"Fly me to the moon, and let me play.. among the stars... Let me see what springs is like a Jupiter and Mars... In other words.. hold my hands... In other words.. darling kiss me..." Dania menyanyi sekuat hatinya tanpa mempedulikan kata-kata Danial sambil menapak anak tangga. Mata Danial hanya mengekor kelibat Dania yang semakin hilang dari pandangan matanya.

"Heyy.. sabar aje la aku dengan perempuan ni..." Danial akhirnya turut beredar dari situ.

*****

USAI membetulkan letak tudung biru di hadapan cermin di ruang tamu, Dania melabuhkan duduk di sofa hitam berhadapan dengan televisyen LCD. Dia melirik jam tangannya.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now