BAB 5

1.9K 85 3
                                    

DANIA terus meluru ke biliknya sebaik sampai di rumah. Malas nak dengar si Jong-un itu membebel-bebel tak habis-habis sedari tadi. Sepatutnya dia yang membebel, bukan Jong-un tu! Dahlah datang lambat lepas tu nak memekak-mekak pulak.

Dia meletakkan buku-buku yang dipegangnya di atas meja belajarnya dan beg sekolah di sisi meja belajar itu. Tudung biru yang dipakai disangkutkan pada pengangkut baju. Kemudian, jam tangan Casio ditanggalkannya sambil mengomel.

"Haihh.. apalah nasib aku. Dah la lambat ambik orang, pastu nak memekak lagi. Orang dah lah lapaq gila nii!! Hesy kalau la aku ni Hannibal, memang dah lama daging kau tu aku kunyah-kunyah sampai kenyang! Buat masak lemak ke tomyam pun sedap."

Sementara itu, Danial baru ingin menapak naik ke bilik apabila namanya diseru.

"Iya, Mak Jah?"

"Danny baru balik?" Danial mengangguk.

"Nanti turun makan tau. Dah lewat sangat ni. Kang masuk angin pulak perut tu."

"Hm okay, Mak Jah. Danny naik dulu.." Danial terus menapak naik dan membuka tombol pintu di hadapannya tanpa melihat muka pintu itu.

Dania yang baru ingin mengambil penyangkut baju terhenti apabila pintu biliknya dibuka seseorang. Dia terus menjerit...

"Ahhhhh!!!!!!!"

Jeritan mereka berdua bergema di dalam bilik itu. Danial segera menutup pintu bilik tersebut. Dania kembali membuka matanya.

"Ishh, buta ke apa mamat ni? Dah tak nampak ke pintu bilik mana? Ni pakat serbu aje. Nasib baik la aku still pakai inner neck ni kalau tak free-free aje dia dapat tengok rambut aku yang beralun hitam perang ni. Konon nak korek biji mata orang. Korek biji mata sendiri dulu buat sup!" Dania meluru ke pintu biliknya lalu mengunci tombol tersebut.

"Kau pun lagi satu pandai, Dania Aqira oii. Lupa nak kunci pintu." Dania mengambil tualanya dan menapak ke bilik air di dalam biliknya.

Danial yang berada di luar, sudah meraup wajahnya berkali-kali. "Haihh Danial Arshad oii.. Salah bilik lagi! Macam mana boleh salah bilik pulak ni. Bilik Dania pulak tu. Aduhhh confirm berbakul-bakul kau kena kutuk." Danial menapak dan memulas tombol pintu biliknya. Kali ini, betul.

*****

DATIN SRI AMIRAH masuk ke dalam kamar tidurnya setelah selesai membantu Mak Jah mengemas dapur usai makan malam. Dia lantas melabuhkan punggung di sisi suaminya yang sedang khusyuk membaca buku perniagaan di atas katil.

"Abang..."

"Hmm..." Datuk Sri Ashraf buat endah tak endah saja percakapan Datin Sri Amirah. Dia masih khusyuk dalam dunianya.

"Abang, dengar la apa yang Mira nak cakap ni."

"Ye, ye.. Abang dengar. Ada apa, Mira sayang?" Datuk Sri Ashraf segera menutup dan meletakkan buku yang dibacanya di atas meja kecil di sisi katil mereka lalu memfokuskan pandangnya pada si isteri. Bukan tak tahu, Datin Sri Amirah ni kalau orang buat tak endah saja cakap dia, mahu merajuk setahun. Merajuk bukan acah-acah tau, betul-betul.

Pernahlah sekali Datin Sri Amirah merajuk dua hari. Baru dua hari itu pun dah sesak Datuk Sri Ashraf dibuatnya. Hai, suami mithali betul Datuk Sri Ashraf ni. Untung Datin Sri Amirah.

"Abang rasa, bila masa yang sesuai nak cakap dekat Danial dengan Dania fasal benda tu?"

"Benda tu? Benda apa?" Datuk Sri Ashraf tayang muka pelik.

"Abangg... jangan buat-buat lupa boleh tak? Benda yang kita discuss before Danial balik sini lah.."

"Bendaa.. ohh.. fasal tu?"

"Ye la."

"Hmm abang rasa lagi cepat, lagi bagus."

"Mira pun rasa macam tu jugak. Lagipun, Danny tu balik sini nak rest. Nanti kan dia dah kena balik UK sana. Lagi payah, bang."

Datuk Sri Ashraf mengangguk setuju. Namun, serta-merta anggukannya mati apabila dia teringat akan sesuatu.

"Eh, tapi Ieya?"

"Haa.. Ieya.. kenapa?"

"Dania kan nak SPM tahun ni. Tak terganggu ke fokus dia untuk SPM tu nanti?" Datin Sri Amirah melepaskan keluhan berat seketika.

"Abang... Mira ni bukannya apa. Mira cuma nak baikkan hubungan dia orang aje. Sebabnya Mira tengok, dah makin teruk budak dua orang tu. Gaduhnya siang malam macam Korea Utara dengan Korea Selatan. Kalau bukan depan kita, belakang kita. Daripada berterusan macam tu, baik kita satukan aje budak dua orang tu. Plus, abang tahu sendiri kan yang kebanyakkan perempuan-perempuan yang rapat dengan Danny tu semuanya Mira tak berkenan. Dulu kononnya ada Mayra tu, ingat okey lah. Sekali, hampeh."

Suasana menjadi sunyi selepas itu. Datuk Sri Ashraf mula menghadam satu per satu kata-kata isterinya.

"Mira dapat rasa kan bang, Dania paling sesuai buat Danial. Daripada kecik lagi diorang bestfriend, kan. Hanya disebabkan Mayra, hubungan dia orang berdua terus dingin sampai sekarang."

Datuk Sri Ashraf mengangguk lagi. Setuju benar dengan apa yang keluar dari mulut isterinya itu.

"Baiklah, Mira. Apa saja plan Mira, abang setuju. Abang tahu, niat Mira baik. Abang pun tak nak tengok Danny terus-terusan membenci Ieya. Bukan salah dia. Abang jugak tahu yang Mira sayang anak-anak kita. Fasal Danny, nanti abang cakap dengan dia." Datin Sri Amirah tersenyum mendengarnya. Lega apabila si suami merestukan tindakannya.

"Terima kasih abang sebab percaya pada Mira. Fasal Ieya pulak, tahu la Mira motivate dia. Abang jangan risau, Mira takkan ketepikan perasaan Ieya." Mereka berdua sama-sama tersenyum puas. Satu kata sepakat telah pun dicapai. Mereka berdua kini punya misi penting yang perlu dilaksanakan.

Misi menjernihkan hubungan yang keruh.

Misi mendamaikan kedua-dua negara yang berperang.

Misi menyatukan dua jiwa yang tidak sekata.

Moga-moga agenda mereka berdua ini bakal membuahkan hasil yang baik. Dengan izin-Nya.

***********************************

NOTA :

Assalamualaikum and hye! Ya Allah, finally done for my PT3 examination! Maksudnya, merdeka la apa lagi. Freedom! So, from now I'll keep updating this story from time to time. InshaAllah, on my free time.

Merdeka, of course lah suka kan? Gila tak suka. Hehe for those who will sit for your final year exam, good luck! Jangan nak wattpad sangat eh, go and study! 😜

Last word for this bab, yes. Mission to proceed. Mama dengan papa dah sepakat tu. So, what will be happened on next? Stay tuned!

Do love, vote and comment! Totally appreciate your kindness.

Sincerely,
Yna Tasha

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now