BAB 50

2.2K 84 10
                                    

DANIAL meraup wajahnya berulang kali. Dirinya seakan dihempap oleh batu besar. Perit rasanya untuk dia menerima apa yang telah terjadi saat ini. Kalau dia sudah berasa sesakit ini, apatah lagi Dania. Belum tentu isterinya itu mampu menerima semua ini.

Mia dan Amar berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mengerti perasaan Danial sekarang ini namun mereka tidak dapat menolak persoalan demi persoalan yang makin bersarang di fikiran. Amar mengambil pendekatan dengan mendekati Danial dan menepuk perlahan bahunya.

"Sabar, Danial." Dia tahu bahawa dengan mengungkapkan itu saja tidak cukup untuk menghilangkan rasa sedih sahabatnya namun dia juga hilang kata-kata. Danial menggelengkan kepalanya.

"Ini semua salah aku, Mar. Salah aku. Aku tak sedar, aku tak perasan pun perubahan dia selama ni. Kalau aku tahu lebih awal, aku akan jaga dia baik-baik. Aku akan ikut mana dia pergi. Aku takkan tinggalkan dia. Tapi aku—"

"Jangan cakap macam ni, Danial. Jangan salahkan diri kau sepenuhnya. Kita tak boleh nak lawan takdir. Mungkin ini ujian untuk kau dengan Dania." kata Amar lagi sambil menggosok perlahan belakang badan Danial. Danial menekup muka. Kedengaran seperti dia cuba menenangkan diri dengan menarik dan menghela nafas beberapa kali.

"Danial, aku tahu sekarang ni kau tengah bersedih tapi... aku tak faham sebenarnya apa yang jadi ni. Kau suami Dania? Kauorang dah kahwin? Bila? Dah berapa lama? Kenapa aku dengan Mia tak tahu?" soal Amar dengan berhati-hati. Danial menarik nafas panjang sebelum dihembusnya perlahan.

"Okay... first of all, aku nak minta maaf dengan kauorang berdua sebab sembunyikan hal ni. Tapi aku buat ni atas permintaan Dania sendiri. Dia kata dia tak ready lagi nak share pasal ni dengan kawan-kawan dia, sebab dia takut kalau kawan-kawan dia salah faham kenapa dia tak berterus terang dari awal. Sebenarnya aku dengan Dania dah kahwin enam tahun lepas, sebelum dia SPM." Danial sedar riak wajah Amar dan Mia berubah namun diteruskan juga kata-katanya. "Yes maybe kauorang akan cakap macam dalam novel, atau drama dekat luar sana tapi inilah hakikatnya. Tapi alhamdulillah, aku bersyukur sebab mama dengan papa aku satukan aku dengan dia. Ya aku ego sebab aku cuba menidakkan perasaan aku yang sebenarnya, aku benci dia. But I love her... I love her so much." Bergetar suaranya di akhir kata itu.

Amar dan Mia berpandangan sesama sendiri seraya mengangguk faham. Tidak adil sekiranya mereka hendak marah kerana ini merupakan hal peribadi mereka dan mereka mempunyai hak untuk berkongsi bila-bila masa saja yang mereka mahu. Lagi pula mereka sudah bersahabat lama, jadi sekiranya ada sesuatu yang mereka lakukan itu pasti ada sebabnya.

"Agaknya kalau tak jadi macam ni, sampai bila la kitorang tak tahu."

Danial senyum. "Mungkin dah sampai masanya, Mar. Sekali lagi aku nak minta maaf sebab rahsiakan benda ni. Aku janji aku akan bagitahu yang lain pasal ni. Mia, saya minta maaf bagi pihak Dania. Jangan marahkan dia."

"Tak ada la sampai macam tu. Takkanlah saya nak marah dia? Saya faham. Jangan risau, saya akan terangkan dekat yang lain."

"Terima kasih, Mia. Terima kasih jugak sebab selamatkan Dania."

"Tak perlu berterima kasih. Saya sayang Dania sangat-sangat, tengok dia macam tu mestilah saya takkan biarkan je." Danial senyum mengangguk. Untung Dania ada sahabat yang sangat sayangkan dia dan sanggup melindunginya daripada apa saja seperti Mia. Sahabat yang sudah dianggap darah daging sendiri.

"Okey la Danial, kau stay je sini jaga Dania. Kerja dekat ofis biar aku dengan Nadz take over. Mia, awak tak makan lagi kan? Jom saya bawa awak pergi makan sekejap, lepas tu saya hantar awak balik ofis."

Melihat Amar sudah bangun berdiri, Danial turut sama berbuat demikian. "Alright. Thanks bro, thanks Mia. Hati-hati drive."

"Kalau ada apa-apa pasal Dania, cepat-cepat bagitahu saya tau." pesan Mia ringkas. Danial mengganguk.

"InshaAllah." Amar dan Mia kemudiannya meminta diri dan berlalu dari situ. Danial hanya menghantar mereka melalui isyarat mata sehingga kelibat pasangan sejoli itu hilang dari pandangan. Dia bangun kemudian menapak perlahan ke arah pintu wad yang menempatkan isterinya itu. Sedikit kekuatan dikumpul sebelum dia menguak pintu wad tersebut.

Pintu ditutup semula lalu lambat-lambat dia melangkah ke arah katil yang menempatkan Dania. Punggungnya dilabuhkan pada sebuah kerusi di sisi katil kemudian dirapatkan mendekati Dania. Wajah tenang, putih dan bersih tanpa sebarang cela itu ditatap penuh kasih. Tangan yang agak sejuk itu diraih dan dicium lama. Tanpa dia sedar, setitis demi setitis air matanya menitik jatuh mengenai kekura tangan Dania. Hatinya tersayat pilu melihat keadaan isterinya yang tidak sedarkan diri begitu. Terus memori beberapa hari yang lepas menerjah ingatannya.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now