SEGENAP ruang tamu itu diperhatikannya. Aikk, mana pergi semua orang? Hrmm, curious. Dania membawa kakinya menuju ke dapur usai membaca novel di biliknya apabila tekaknya terasa dahaga. Dia membuka pintu peti sejuk lalu mencapai kotak Peel Fresh Orange seraya mengambil gelas yang berdekatan. Dituangnya ke dalam gelas tersebut barulah ditutup kembali pintu peti sejuk tadi.
Sedang dia menghilangkan dahaganya, matanya tiba-tiba tertancap pada imej sepiring biskut coklat cip yang terhidang elok di atas meja kerja di dapur tersebut. Selesai meneguk, dia membasuh gelas tersebut sambil memerhatikan kelibat Mak Jah yang leka menjemur pakaian sambil menyanyi.
Mulutnya seraya mengukir sengih. Penuh agenda.
"Hehe, bagus betul Mak Jah ni tau. Boleh la aku curi-curi makan." Dania tertawa kecil. Dia mengambil sekeping biskut coklat cip itu lalu pantas menyusup di sebalik dinding.
Mak Jah seperti terperasan akan kelibat seseorang, namun kembali menyambung tugasnya.
Dania mengambil dua keping pula kali ini. Pantas dia menyorok di sebalik dinding tadi. Mak Jah seakan perasan lagi kelibat seseorang menghampiri biskut coklat cip buatannya. Namun, tugasnya kembali disambung dengan nyanyian. Makin nyaring pula!
"Ha.. ha.. haa.. aku ketawa aa.. Terasa aku, tak tentu arah..." Dania yang mendengarnya di sebalik dinding itu tertawa. Namun segera ditekup mulutnya itu. Adoi Mak Jah ni, kelakar betul lah!
Sekali lagi, Dania keluar dari tempat persembunyiannya. Perlahan dia berjingkit-jingkit bagi menghampiri piring biskut itu. Kali ini, dia mengambil lima keping biskut coklat cip itu sekali gus! Pantas dia menyorok kembali.
Mak Jah berasa semakin pelik dengan andaiannya, menghampiri piring biskut tersebut. Matanya membulat.
"Aikk, tadi rasanya aku buat banyak biskut ni. Sekarang dah tinggal lima belas keping aje? Haishh, pelik, pelik. Macam dalam cerita The X-Files la pulak. Yang bezanya aku bukan Scully lah. Aishh, jauh sangat tu. Mak Scully boleh lah." Mak Jah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sebagai langkah keselamatan, dia meletakkan piring tersebut di dalam peti sejuk. Dia kemudiannya menyambung semula tugas menjemur pakaian.
Dania yang sudah selamat 'menelan' biskut-biskut tadi tergelak gaya orang beriman. Tanpa suara.
"Hahaha.. Haihh Mak Jah, Mak Jah. Boleh dia samakan benda ni dengan cerita The X-Files? Haha.. Aku la Scully tu kut. Scully kan ala-ala cute walaupun dah berumur sikit. Lagipun, Arief tu memang handsome macam Mulder pun. Suit la, kan? Hahahaa..." Sakit perut Dania mentertawakan Mak Jah tanpa sedar ada seseorang yang sedang memerhatikannya sedari tadi.
Saat Dania pusing ke belakang, dia hampir menjerit apabila hampir bertembung dengan seseorang bertubuh tegap dan tinggi namun pantas ditekup mulutnya itu. Mahu kantoi dengan Mak Jah karang!
"Kau buat apa kat sini?" Riak wajah Dania bertukar cuak. Alamakk, Jong-un tu nampak ke apa yang aku buat tadi? Masaklah kau Dania!
"Mana ada buat apa-apa." Dania buat-buat blur.
"Cliché answer. Seronok kenakan Mak Jah?" soal Danial lagi. Tangan kekarnya disilangkan.
"Hish sibuk la awak ni!" Dania ingin menyusup keluar dari situ tetapi Danial pantas menghalang.
"Heee awak nak apa ni? Tepi la!"
"Eh eh eh, dah kenakan orang lepas tu nak blah macam tu aje? Banyak cantik muka kau."
"Eh hello, saya prank Mak Jah bukannya awak. Yang awak caring sangat ni apa kes? Mak Jah tu tanya la berapa juta kali saya prank dia. Dia okey aje, tak sentap pun. Yang awak pulak nak sentap kenapa? Oh, one more thing. Thanks. Saya memang cantik pun. Cantik, berbudi bahasa, berbudi pekerti, tahu hormat orang, sopan santun, tahu adab, bukan macam girlfriend awak tu.."
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...