JEMARI Dania naik menenyeh kedua-dua belah matanya apabila terasa ada cahaya samar-samar masuk ke dalam kamarnya. Mulut yang menguap ditekup sebelum rambut panjang beralunnya yang habis serabai digaru sebentar. Sekali pandang dah macam rupa pontianak dah. Sungguh dia mengantuk. Malas betul rasanya nak bangun.
Telefon pintar yang terletak di atas meja nightstand dicapai. Screen lock dibuka. Terbeliak besar matanya. Terus dia bangun duduk menyandar pada kepala katil. Dilihat bilik tidur itu kosong bererti Danial awal-awal lagi sudah bangun.
"Bagus betul kau ni, Dania. Matahari dah tegak atas kepala baru kau nak bangun. Apasal tak terjaga pukul 5 petang ke, 8 malam ke? Nasib baiklah kau dah kahwin kalau tak, entah ada ke tak lelaki yang nakkan perempuan tak semenggah macam kau." Dania memerli dirinya sendiri. Bertuah sungguh perangai. Sesekali adalah jugak Danial membebel, tapi macam biasalah Dania Aqira. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Buat tak dengar aje.
Bunyi telefon yang tiba-tiba berdering membuatkan matanya terkalih memandang skrin telefon di tangan. Nama Mia yang tertera langsung dia mengalih simbol hijau. Salam yang diberi Mia dijawab.
"Nak apa tiba-tiba call ni?"
"Aku nak ajak kau teman aku shopping. Jom, Dania?"
"Hah? Dah kenapa pulak kau nak shopping bagai ni? Nak kata dah dapat gaji, belum hujung bulan lagi."
"Saja aje. Aku bosanlah dekat rumah. Jomlah, Dania. Please..."
"Alah aku mengantuklah, Mia. Ajaklah Amar ke siapa-siapa ke..."
"Mengantuk? Kejap, kau jangan cakap dengan aku yang kau baru bangun tidur? Ya Allah, Dania Aqira seriuslah?!" Terkejut benar suara Mia di hujung talian. Dania hanya memutar bola mata ke atas. Over bebenor lah minah ni.
"Aku penatlah, Mia. Lepas Subuh tadi terus aku K.O sampai sekarang. Itu yang baru bangun ni."
"Ah takde, takde. Aku nak kau teman aku jugak. No excuses." tegas suara Mia keluarkan arahan. Dania kembali mendaratkan tubuhnya di atas katil dengan mata dipejamkan.
"Mia—"
"Bangun, bangun! Jangan nak baring balik eh. Aku sampai sana kau tak bersiap lagi, jaga kau." Jatuh rahang Dania dibuatnya. Wah, wah... dah berani ugut-ugut orang pulak eh sekarang.
"Hishhh yalah, yalah. Tapi bagi aku dalam... sejam boleh?"
"Sejam?!"
"Yalah aku nak mandi, nak siap lagi. Mana cukup setengah jam."
"Alah tak payah nak over sangat bersiapnya. Bukan ada orang nak tengok pun."
"Okay, okay whatever. Dah, bye." Terus panggilan itu dimatikan lalu Dania mula bangun dari katil tersebut. Dia meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan seketika sebelum tangannya dicekak ke pinggang. Keadaan katil yang berselerak dipandang.
"Belajar jadi isteri, Dania. Belajar. Kau boleh." Kata-kata semangat itu diucapkan buat dirinya sebelum dia memejam mata erat. Sesaat kemudian, kelopak matanya dibuka sebelum nafas dilepaskan melalui mulut. Dia bergerak mengemas katil tersebut. Bukannya sebelum ni dia tak pernah kemas katil selepas bangun, cuma kali ini aura nak mengemas tu lain macam. Tambah pula selepas dia dan Danial masing-masing meluah rasa semalam.
Aura dia... Lagi dahsyat daripada aura ke-19.
Usai bersiap, pintu biliknya ditutup lalu laju Dania menapak ke bawah. Mia dah ada dekat luar pagar rumah, lambat nanti sah-sah kena bebel. Sebelum dia meluru keluar, ruang tamu diperhatikannya dahulu. Kosong. Dijenguk ke luar rumah di laman kolam renang. Juga tiada orang. Dahinya naik selapis.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...