LAPORAN di atas meja Dania ambil seraya dia menapak ke bilik Danial. Pintu bilik itu diketuk dulu sebelum suara Danial kedengaran mengarahkannya masuk. Terkejut seketika dia apabila melihat seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan Danial dan membelakanginya.
"Sorry, saya mengganggu ke?" Terlupa pula dia yang Danial ada appointment hari ni. Tak nampak pun sesiapa masuk sebelum dia ke tandas tadi. Barangkali lelaki itu masuk semasa dia tiada di tempatnya.
"No, it's okay. Ada apa?"
"Saya nak hantar report yang Encik Danial minta tadi." Laporan di tangannya diserahkan kepada Danial. Pandangan Dania hanya difokuskan kepada Danial yang ralit membelek laporan tersebut. Lelaki yang berhadapan dengan Danial tadi mendongak memandangnya di sebelah.
"Aqira?"
Dania memalingkan muka. Riak wajahnya terus berubah.
"Eh, Fauzan? Fauzan kan? Ya Allah lama gila tak jumpa! Kau buat apa dekat sini?"
"As you can see..." Fauzan menguntum senyum sambil sebelah keningnya dinaikkan. Melihat Fauzan yang berpakaian sut pejabat, dengan mereka di dalam bilik Danial, Dania menepuk dahinya.
"I see. Hmm dah jadi businessman dah sekarang..." Fauzan ketawa.
"Papa aku punya company. Turun dekat akulah siapa lagi kan? Dah aku sorang je anak dia." Dania mengangguk-angguk. Danial yang di hadapan mereka hanya memerhatikan kedua-duanya tanpa mencelah.
"By the way, jomlah lunch sekali nanti. Dah alang-alang kita terjumpa ni." ajak Fauzan. Mata Dania terus memandang Danial di hadapannya menyebabkan Fauzan turut sama memandang Danial seakan mengerti.
"Oh, kauorang ada urusan ke lepas ni?" Fauzan bertanya kalut. Heh, suka-suka dia aje ajak PA kawan dia ni keluar lunch.
"Eh, takdelah. Cuma selalunya aku keluar lunch dia." Tercengang Dania sebentar. Selalulah sangat, kan? Lebih kepada kena paksa sebenarnya huh.
"Ooh kalau macam tu kau join sekali jelah. Qira kalau kau nak ajak yang lain, ajak jelah sekali apa salahnya." Amboi ramai-ramai lunch sama-sama macam nak pergi kendurilah pulak. Mesti riuh.
"Mia je yang free. Nad dengan Bella busy, aku tak naklah kacau diorang." Fauzan mengangguk. Danial turut mengangguk setuju. Wajah Dania dipandangnya.
"Anything else?"
"So far, takde apa dah. Lepas ni pun Encik Danial dah free. Kalau dah takde apa-apa, saya keluar dulu ya." pamit Dania lalu ingin melangkah pergi dari situ.
"Qira." Dania berpaling memandang Fauzan dengan sebelah keningnya ternaik.
"Kau still ada nombor aku kan?"
"Ada tu ada tapi tu nombor lamalah. Tak tahu kau guna lagi ke tak."
"Guna lagi. Fon jelah tukar tapi nombor still sama." Dania mengangguk. Dia menyoal kembali. "Nombor aku pun kau ada kan?"
"Ada, jangan risau. Apa-apa roger lah."
Dania mengukir senyum nipis seraya dia keluar dari bilik tersebut. Fauzan kembali menghadap Danial.
"Dah kenal lama ke?"
"Ha'ah. Kitorang dulu satu sekolah, kenal sebab sama-sama pengawas. Aku form 3, dia dengan Mia form 1. Kawan-kawan dia yang lain tu aku kenal sebab selalu lepak sekali. Kadang-kadang diorang minta ajar apa yang diorang tak faham." jelas Fauzan. Danial hanya mengangguk saja. Malas nak tanya lebih-lebih. Mug berisi nescafé di sebelahnya dicapai sebelum tekak dibasahkan seketika.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...