BAB 55

1K 56 7
                                    

DANIA memandang tak percaya. Jernih anak matanya menatap lelaki ini. Lelaki yang dia paling percaya suatu masa dahulu... Betulkah apa yang dia nampak ini? Atau semua ini cuma mimpi semata-mata? Tapi, kenapa?

Lelaki itu merenungnya tak berkelip. "Tak sangka... kau nampak lagi cantik macam ni." Tangannya ingin menyentuh kepala Dania namun cepat Dania mengelak. Baru dia sedar yang kepalanya tak bertutup, mendedahkan rambut panjang beralun hitam keperangan miliknya.

"Arief... Betul ke awak yang buat semua ni?" Penuh getaran suaranya menyoal.

Syed Arief menongkat dagu seolah-olah sedang berfikir. "Hmm... Betul ke tak eh? Kau tahu tak?" Syed Arief bertanya kepada Mayra. Mayra hanya mengangkat bahu. Manalah dia tahu apa-apa. Syed Arief baru saja mengajaknya untuk rancangan ini, kalau ada apa-apa berlaku sebelum itu dia memang langsung tak tahu.

Syed Arief ketawa sinis. "Okeylah, okeylah. Nak sorok pun tak guna dah, kan? Yes! Memang aku! Tapi satu benda aku tak puas hati, apa susah sangat kau nak mati ni hah? Aku suruh orang langgar kau, kau selamat pulak. Bila aku sendiri pergi nak bunuh kau, huh... sama jugak. So now, aku sendiri bawa kau datang sini. Senang sikit kerja aku." Dan dia terus ketawa seperti seorang psikopat. Mayra sudah selamba duduk di kerusi kayu. Malas betul dia nak terlibat sebenarnya. Tapi disebabkan memang dari dulu lagi dia geram dengan Dania, dia ikutkan saja rancangan Syed Arief ini.

Setitis mutiara jernih jatuh ke pipi Dania. Tak... Ini bukan Syed Arief Izman yang dikenalinya. Arief tak macam ni. "Tapi kenapa? Kenapa awak buat semua ni?"

Sekali lagi Syed Arief ketawa sinis. "Kenapa? Kau tanya aku kenapa?"

Syed Arief bergerak mendekati Dania. Wajah bersih itu ditunak tajam sebelum tangan kanannya naik mencengkam dagu Dania. "Sebab kau, bodoh!" Kemudian dengan kuat dia melepaskan dagu Dania.

"Macam-macam aku cuba untuk lupakan kau. Tapi tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa. Kau asyik muncul dekat mana-mana aku pergi. Aku dah cuba halau bayangan kau dari fikiran aku, tapi kau tak habis-habis datang... Aku buang semua benda pasal kau, tapi kau tetap tak nak tinggalkan aku."

Dania terdiam mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Syed Arief. Dia tak tahu pun yang selama ini Arief masih belum melupakannya. Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki ini, lelaki ini nampak biasa saja dan tiada sebarang riak kekesalan atau kecewa. Tetapi sangat lain dengan apa yang dilihatnya hari ini. Lelaki ini nampak...

Psiko.

Syed Arief memegang kedua-dua bahu Dania. "Apa masalah kau eh, Qira? Kenapa? Kenapa kau asyik muncul dalam hidup aku? Kau cakap kau nak pergi... Kau cakap kau dah ada hidup sendiri... Tapi kau sendiri yang datang balik dalam hidup aku! Kenapa?!" Syed Arief menggoncang kuat bahu Dania berkali-kali.

Berair mata Dania. Dia hanya menggelengkan kepala. Syed Arief yang dia kenal bukan seperti ini. Dia tidak pernah dan tidak akan sesekali menyakiti dirinya sebegini rupa.

Syed Arief menghempas bahu Dania ke belakang. "Oh ya satu benda lagi..." Syed Arief memandang Bella yang sedari tadi diam mendengar. "Dari awal lagi, aku cuma gunakan kau je. Tak sangka pulak kau betul-betul sangkut dengan aku..." Dia melepas ketawa selepas itu.

Bella memandang benci Syed Arief. Tidak dia sangka, lelaki yang selama ini dihormatinya kerana sifat budiman yang dimiliki, matang dalam membuat keputusan serta ditambah dengan kebijaksanaan dan rupa paras yang kacak itu akan bertindak gila sebegini.

"Kau memang lelaki tak guna! Penipu!"

"Kurang ajar!" Satu tamparan kuat hinggap di pipi Bella membuatkan wajahnya terteleng ke tepi. Dania melihatnya terkejut. Sumpah, dia sudah tidak mengenali lelaki di hadapannya ini. Syed Arief Izman tidak pernah menampar perempuan. Setegas-tegas dia sebagai ketua pelajar sekolah, dia tidak pernah menaikkan tangan terhadap sesiapa terutamanya perempuan.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now