DANIAL melangkah menuju ke dapur dengan kedua-dua tangannya menjinjit recycle bag selepas pulang dari membeli barang. Dua buah recycle bag tersebut diletakkan di atas kaunter dapur. Dia menghela nafas seketika. Kuat mana pun dia tapi bila angkat barang yang berat tu sakit jugalah tangan.
Barang-barang yang dibeli tadi dikeluarkannya satu persatu. Tidak disedari bunyi tapak kaki yang menapak menghampirinya.
"Wuish, banyaknya abang beli!" Dania bersuara teruja. Diambil satu tin Cerelac lalu dibelek-beleknya. Danial menyusun sepuluh tin Cerelac itu di atas kaunter dapur tersebut.
"Abang tak tahu sayang nak flavour apa. Abang tengok semua macam sedap je, abang beli jelah semua."
Membulat teruja mata Dania melihatnya. Wah, kaya gila suami aku ni! Sepuluh tin besar kau dibelinya. Tin besar tahu, tin besar?
"Thank you so much, abang. Sayang abang!" Tubuh Danial dipeluk Dania kejap. Sebaik dilepaskan pelukan, Dania mengambil satu tin seraya beredar ke dapur.
"Eh, sayang nak pergi mana tu?"
"Nak buat nestum la, abang. Ieya nak makan sekarang."
Berkerut dahi Danial mendengarnya. Jam di tangannya dikerling. "Dah nak masa lunch la, sayang. Mak Jah pun mesti dah siap masak. Petang nantilah buat."
Dania menggeleng. "Tak nak. Ieya nak makan sekarang." Terus kakinya berlari menghilang ke dapur. Danial menepuk dahi. Tergeleng perlahan kepalanya melihat perangai pelik Dania. Ya Tuhan, isteri siapalah tu budak-budak sangat?
*****
"DANIA, Dania!" Kalut Amar datang dari jauh mendekati meja kerja Dania. Dania yang sedang ralit menaip terkalih kepalanya mengejut.
"Ya, ya saya! Kenapa Encik Amar?" Laju Dania menyoal apabila melihat Amar yang seakan resah gelisah itu. Macam ada masalah besar saja gayanya.
"Awak kena tolong saya, Dania. Saya dah tak tahu nak buat apa ni."
"Err, okey... Besar sangat ke masalahnya, Encik Amar?"
"Memang besar, Dania." Dania dah kecut perut. Aduh, apa pulak ni?
"Penting sangat ke, Encik Amar?"
"Penting! Ini melibatkan hidup dan mati saya."
Huish, hidup dan mati! Penting gila ni.
"Kalau macam tu, bagitahu la cepat apa dia. InshaAllah kalau saya boleh tolong, saya tolong." Dania sudah berhenti menaip dan mula mendongak memandang tepat wajah Amar yang berdiri di sebelahnya.
"Macam ni cerita dia. Semalam saya keluar dengan Mia..."
"Okey..."
"Lepas tu saya ada cakap satu benda ni. Tapi dia merajuk pulak dengan saya." Berkerut nipis dahi licin Dania.
"Encik Amar cakap apa?"
"Actually sebelum tu, kitorang ada la cerita-cerita. Then saya cakap, 'walaupun awak berisi sikit tapi saya tetap sayang awak'. Tiba-tiba, dia terus merajuk tak nak cakap dengan saya."
Dania tahan gelak. Tangannya naik menutup mulut.
"Ooh... okey. Saya rasa saya dah tahu apa masalahnya. So Encik Amar nak saya buat apa?"
"Tolonglah saya... Saya call dia tak nak jawab, whatsapp dia tak reply. Dia tak nak lunch dengan saya hari ni. Tolonglah saya pujuk dia, Dania." Dania terlepas gelak kecil. Alahai bukan main gedik lagi kawan aku sorang ni.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...