BAB 29

1.6K 57 1
                                    

USAI menggosok blaus lengan panjang dark purple miliknya, Dania meletakkan steam iron pada stand sebelum dia menyangkutkan blaus itu bersama dengan palazzo di dalam almari. Kemudian, dia bergerak ke arah deretan shawl yang tersangkut elok. Sedang dia memilih, tiba-tiba dia teringat kejadian malam semalam.

"Awak. Seriuslah?" soal Dania dengan mata yang membulat sebaik mereka berdua menjejakkan kaki ke dalam restoran KFry. Danial memandang Dania.

"Kenapa?"

"Tak, awak ni sihat ke tak?"

"Apa benda kau ni?"

"Serious lah awak nak makan benda ni?" Manalah dia tak pelik, Danial tiba-tiba membawanya makan di restoran makanan Korea. Memang berita terkini ni! Kena sampuk dengan hantu Gumiho ke apa?

"Petang tadi aku tertengok mukbang. Terliur pulak. Dia gigit ayam tu perghhh... Itu yang bawak kau datang sini. Jom, jom aku lapar..." Danial terus menariknya.

Dania menggeleng kepala sebelum tawa kecil meletus dari celah bibirnya. Bosan tahap langit ketujuh ke apa sampai tengok mukbang? Mengarut... mengarut. Dania mencapai sehelai shawl light purple lalu bergerak ke arah steam iron. Dia menggosok perlahan sambil bibir bernyanyi kecil. Baru jam 7 pagi. Ada masa lebih kurang 2 jam lagi.

"Dania, gosokkan baju dengan seluar aku." Danial mencampakkan kemeja berlengan panjang biru dan seluar slack hitamnya sehingga tepat jatuh di atas kepala Dania. Dania menjerit. Steam iron yang dipegang pantas diletakkan pada stand.

"Woi! Bagi elok-elok tak boleh ke, hah? Sangkut ajelah dekat pintu tu." Dania mengambil penyangkut dari dalam almarinya kemudian menyidai pakaian Danial tadi. "Dahlah main masuk tak ketuk pintu, tak bagi salam apa."

"Whatever. Rumah aku, suka hati akulah nak buat apa."

"Ni dah kenapa tiba-tiba suruh saya gosok baju awak ni? Sebelum ni elok aje gosok sendiri."

"Apasal? Tak boleh?"

"Tak takut ke baju awak terbakar nanti?" Sengaja Dania memerli begitu. Pernah sewaktu dia di tingkatan satu selepas dari kejadian Danial mengamuk besar kepadanya, dia menggosok baju Danial sehingga terbakar akibat dibiarkan terlalu lama. Bertambah-tambah benci lelaki itu terhadapnya.

"Dah last year degree pun gosok baju sampai terbakar lagi ke?" balas Danial juga dengan nada memerli. Dania menjuling mata ke atas.

"Manalah tahu... kut-kut terbakar nanti, awak bertukar jadi Hulk pulak." Perkataan 'terbakar' itu sengaja ditekannya. Danial merengus. Dah macam bunyi T-Rex dah.

"Gosok ajelah banyak cekadaklah kau ni. Ingat, lepas ni jangan tinggal kad tu. Kalau tertinggal lagi, kau tidur luar rumah."

Dania mencebik. "Ceh. Nak bagi orang tidur luar rumah konon. Report dekat mama karang." ugut Dania. Danial bercekak pinggang.

"Hah, report lah, report. Mengada aje kau, kan. Ingat aku kesah?"

"Biarlah. Saya kan anak kesayangan mama." Dania menjeling. Rambutnya dilibas. Tangannya kembali mencapai steam iron.

"Tak payah nak perasanlah. Itu mama aku."

"Dah, saya nak sambung gosok ni. Sebelum saya gosok muka awak bagi rentung, baik awak blah." halau Dania. Kalau melayan si Danial Arshad ni, alamatnya sampai ke sudah tak siap-siap kerjanya. Sudahlah cakap pun nak menyakitkan hati orang. Menyampah!

*****

DANIAL yang sedang memandu sesekali mengerling Dania di sisinya. Entah apa yang dia khusyuk sangat tengok skrin telefon tu sampai mata tak lepas ke arah lain. Apabila lampu isyarat merah menyala, Danial berhenti. Dia turut sama melihat skrin telefon itu.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now