BAB 45

1.5K 50 2
                                    

MAJLIS pertunangan di antara Syafiq Ilyas dan Nadya Syahira berlangsung dalam suasana yang penuh adat dan meriah. Hanya dihadiri oleh kawan-kawan rapat dan keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak saja. Majlis kecil itu diadakan di kediaman besar milik keluarga Nadya.

Seusai upacara menyarung cincin, jurugambar khas yang telah ditugaskan untuk merakam momen-momen indah majlis tersebut mula mengambil tempat. Syafiq yang turut ada bersama juga tahu batasnya, hanya duduk bersebelahan dengan Nadya tetapi masih mencipta jarak. Merona merah wajah Nadya yang sememangnya tampak anggun dengan busana pertunangannya apabila diusik oleh rakan-rakannya.

Selesai bergambar bersama tunang dan keluarga, giliran rakan masing-masing pula. Suasana sememangnya sudah kecoh apabila mulut masing-masing tak berhenti mengusik. Ucapan tahniah juga tidak putus-putus diterima oleh Syafiq dan Nadya. Nampak saja seperti tidak ramai, namun kemeriahan itu tetap dapat dirasa.

"Nad, you look so gorgeous today! Bangga aku ada kawan cantik macam kau." puji Dania sungguh-sungguh. Nadya menyimpul senyum malu.

"Aku jarang nak puji kau Nad, tapi hari ni serious Nad kau cantik sangat! Ini baru tunang dah cantik macam ni. Hari kau kahwin nanti aku confirm, Selena Gomez pun kalah tau!" seloroh Bella seperti biasa, sentiasa melalut kata-katanya. Nadya hanya tergelak. Bella memang tak pernah gagal menghiburkannya.

"Fuh, kau bandingkan dengan Selena Gomez? Dia tembak kau dengan ddu-du ddu-du du nanti. Tapi nak buat macam mana kan, kawan aku memang dilahirkan untuk menjadi cantik. Dah tu ada kawan-kawan yang cantik jugak. Memang perfect package!" Pecah terus tawa Dania, Bella dan Nadya apabila mendengar kata-kata Mia. Siap mention lagu Ddu-du Ddu-du Du dari kumpulan Blackpink pula tu!

Sementara itu di satu sudut lain, Syafiq, Danial, Amar dan Nadzmi pula rancak berbual. Setakat bertanya tentang perancangan majlis perkahwinan Syafiq nanti dan juga perancangan Amar yang akan datang. Nadzmi entah pandang ke mana, tidak tumpu pun pada perbualan rakan-rakannya.

Danial yang sedar mata Nadzmi berkalih ke lain, terus mengarahkan matanya ke gerangan yang dipandang oleh rakannya itu.

"Woi! Kitorang tengah syok bersembang dekat sini, kau boleh termenung pulak. Pandang siapa? Adik aku? Ke pandang Mia? Tak pun Nadya?" sergah Danial bertubi-tubi sambil menepuk kuat bahu Nadzmi.

"Hah?!" Amar dan Syafiq masing-masing memandang Nadzmi apabila nama Mia dan Nadya disebut oleh Danial. Kalut-kalut Nadzmi menggeleng.

"Hish, bukanlah! Takkanlah aku nak caras member-member aku... Gila ke apa? Lagipun Danial, adik kau tu aku dah selalu nampak dekat ofis. Nak pandang lama-lama lagi buat apa." jelas Nadzmi. Amar dan Syafiq menghembus nafas lega dengan apa yang didengar oleh mereka. Danial terus senyum sebelah seperti dapat mengagak.

"Ooh... Kau pandang Bella eh?"

Nadzmi diam, tidak membenarkan mahupun menafikan. Matanya kembali terarah kepada Bella yang sedang bergelak ketawa bersama dengan Dania, Mia dan Nadya itu.

Amar menepuk-nepuk bahu Nadzmi. "Dude, kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama. Cakap je terus. Nanti kau yang menyesal."

"Huishh, ke situ pulak kau. Aku baru jumpa dia hari ni kut. Takkanlah terus suka macam tu je?" balas Nadzmi cuba menidakkan perasaannya. Ya lah, dia tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana kawan Dania sebelum ini. Takkanlah pertemuan yang tak sampai beberapa jam, dah membutirkan rasa cinta dalam dirinya? Bagi seorang lelaki bernama Nadzmi, itu sama sekali tidak masuk akal!

"Kau tak pernah dengar ke, cinta pandang pertama? Or in English we said, love at first sight?" tanya Danial sambil mengangkat-angkat keningnya. Berkerut terus muka Nadzmi mendengarnya.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now