BAB 17

1.6K 51 2
                                    

9 bulan kemudian...

DEWAN utama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perdana itu gamat dengan para ibu bapa dan pelajar yang hadir untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diduduki pada tahun lalu. Semasa keputusan sedang diumumkan, dewan itu sunyi seketika. Dan apabila satu per satu keputusan diumumkan, bunyi tepukan gemuruh mengisi segenap ruang dewan utama tersebut.

Usai kesemua keputusan diumumkan, ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama keluarga, guru-guru. Bagai merakamkan momen terakhir bersama sebelum melangkah keluar dari sekolah menengah itu.

Dania, Mia, Bella dan Nadya berkumpul bersama setelah puas merakam gambar dengan keluarga masing-masing. Namun, biasalah. Bila dah berkumpul balik girls squad ni...

Jeritlah. Apa lagi.

Tapi mereka kisah apa. Top students kut. Kesayangan sekolah. Hehehe...

"Dania, Mia! Big congratulations! Straight A's!!!" jerit Bella teruja. Nadya pun sama. Dania dan Mia tersenyum bangga.

"Awwhhh thanks! By the way, both of you too! Congratulations! 8A's!" ujar Dania turut teruja. Mereka saling berpelukan.

"Hmm tu lah. 8A 1B.. B tu pulak B plus. Kalau lah boleh naik jadi A minus, dah straight A's dah." kata Nadya, sedikit kesal.

"Apa yang B plus kau orang dua?" tanya Mia.

"Add Maths." Bella dan Nadya berpandangan sesama mereka, lantas tertawa. Aduhh, Add Maths.. Add Maths. Tabah aje lah yang mampu.

Dalam pada mereka saling ketawa, ada sesusuk tubuh yang menghampiri mereka.

"Assalamualaikum."

Serentak mereka berempat menoleh ke arah empunya suara. Dania tersentak, seraya menundukkan wajahnya.

"Eh, Arief! Congratulations straight A's!" ucap Bella.

"Thanks, Bella. Congrats too Bella and Nadya for the 8A's. Mia and Dania.." Syed Arief berkalih memandang Mia. Dia tak pandang Dania sebab dia tahu, Dania tak selesa.

"Congratulations." Mia pamer senyum.

"Thanks. Samalah kita, kan." Syed Arief angguk. Nadya yang pelik Dania tak langsung tak angkat muka, mula menegur.

"Hai.. Dania? Tak nak cakap apa-apa ke dekat Arief?" Dania angkat muka, pandang wajah-wajah di hadapannya.

"Emm..."

"Alah kau orang ni, dia malu la tu. Kan Dania?" Kata-kata Bella hanya disambut dengan sengihan. Sengihan yang untuk menutup rasa gugupnya.

Memang sejak daripada kejadian dia meminta untuk berpisah dengan Syed Arief, mereka masih lagi berhubung. Mana boleh tidak, masing-masing sekelas. Seorang ketua pengawas. Seorang lagi penolong ketua pengawas. Jadi apa-apa urusan, mereka harus bersama. Di depan rakan-rakan mereka juga mereka buat-buat seperti tiada apa yang telah terjadi.

Namun, nasib baik mereka professional. Hal yang lepas tidak diungkit. Cuma Syed Arief bila bergurau, ada batas. Tidak lagi semesra dahulu. Dia mengerti, Dania bukan miliknya. Dan dia terima akan hakikat itu.

"Alahai.. malu-malu kucing pulak dua-dua ni. Arief, cepat-cepat lah sikit propose Dania ni. Tak tahanlah kita orang tengok semut banyak-banyak ni." usik Mia. Syed Arief dan Dania hanya tersenyum.

"Ha'ah. Perut aku ni pun dah mengidam nasi minyak tau." tukas Bella. Terus Nadya menampar lengan Bella.

"Ah, kau! Mengadalah mengidam bagai." Mereka yang berada di situ semua ketawa. Dania, dalam ketawa dia mengeluh senyap.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now