BAB 51

1.4K 51 1
                                    

DANIA membuka kelopak matanya. Sinar cahaya dari lampu kalimantang di siling menerjah masuk membuatkan dia terpejam seketika. Lambat-lambat dia cuba mencelikkan semula. Benda pertama yang dilihatnya adalah siling putih. Kepalanya pusing sebentar memikirkan apa yang sudah jadi. Kemudian, dia berpaling ke kanan sambil tangannya digerakkan. Danial yang tidur menyembam kepala pada tangannya terus tersedar akibat pergerakan itu.

"Sayang? Ya Allah, alhamdulillah sayang dah sedar." Danial mengucup tangan Dania sambil bibir mengucap syukur.

"Ab-abang..." Perit rasa tekaknya apabila dia cuba bersuara.

"Ya, abang ada sini. Sayang nak apa-apa?" soal Danial lembut lalu ditunak wajah isterinya itu. Terbias kerutan pada wajah itu seakan-akan menahan kesakitan.

Dania menggeleng. "S-sa... sakit..."

"Sakit dekat mana, sayang?"

Tangan Dania beralih memegang kawasan bawah perut. "Rasa macam kena cucuk."

Danial terdiam. Masih berkira-kira sama ada perlu atau tidak dia beritahu soal itu kepada Dania. Dania memandang Danial yang hanya diam. Perlahan-lahan dia bangun untuk duduk. Danial terus membantu.

"Slow-slow sayang." Belakang Dania disandarkan pada katil yang dinaikkan sedikit kedudukannya.

"Abang, kenapa dengan Ieya? Doktor cakap apa?"

Danial mengukir senyum nipis lalu diusap kekura tangan Dania. "Sayang okey je. Tak ada apa-apa. Jangan risau, okey?"

"Abang, Ieya bukannya hilang ingatan. Ieya still ingat apa yang jadi sebelum Ieya pengsan hari tu. The last thing I remember, Mia tolak Ieya daripada kena langgar, lepas tu perut Ieya sakit sangat menyucuk-nyucuk sampai... keluar darah. Abang, what happened?"

Tersentak Danial mendengarnya. Riak wajahnya sedaya-upaya dikawal agar tidak kelihatan sedih di mata isterinya. Bukan dia tidak mahu memberitahu tetapi lidahnya sukar untuk mengatakan perkara itu. Dia tidak mahu membuat isterinya itu sedih.

"You're going to be fine, sayang. Trust me."

"Abang tahu kan Ieya tak suka orang menipu? Please tell me the truth. Be honest, abang. What happened to me?"

Danial menundukkan wajahnya seketika, mencari kekuatan untuk berterus-terang. Dania sememangnya mempunyai hak untuk tahu. Tidak selamanya dia boleh menyembunyikan hal ini.

"Sayang janji dengan abang, sayang kena kuat."

Dania menggoyang kecil tangannya yang berada dalam genggaman Danial. Getaran suara Danial membuatkannya makin tertanya. "Kenapa abang? Bagitahu Ieya..."

"Masa sayang jatuh, badan sayang terhentak kuat and because of that..." Makin kuat dia menggenggam tangan Dania seolah-olah mahu menyalurkan kekuatan.

"Because of that... we lost our baby. Sayang keguguran."

Dania terpaku. Ternganga sebentar dia mendengarnya. Pelik, dia mengandung? Bila masa? Kenapa dia tak tahu apa-apa? "H-how? Abang... Ieya... Ya Allah..."

Kedua-dua tangan Dania naik menekup mulut. Kelu lidahnya. Perasaan bercampur antara percaya atau tidak, sedih, kecewa dan terkejut dengan perkhabaran itu. Dia mengangkat wajah memandang Danial, kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Abang... Abang sumpah! Sumpah Ieya tak tahu yang Ieya pregnant, abang. Ieya tak tahu... Sumpah..."

"Sayang, sayang. Hey..." Danial pantas ingin mencapai tangan Dania yang seakan mahu bersumpah itu. Kepalanya digeleng laju mengatakan bahawa ini bukan salahnya.

"Abang... Ieya—"

"Shh... Jangan cakap macam ni sayang." Danial memeluk rapat tubuh isterinya itu. Perasaan sayu, sebak dan sedih bercampur baur dalam dirinya. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar tangisan hiba dan kata-kata yang keluar dari mulut Dania itu.

"Abang, Ieya minta maaf. Ieya minta maaf sangat-sangat..." Entah kenapa, Dania berasa takut yang amat apabila hal ini terjadi. Dia merasakan bahawa dirinya yang bersalah. Dia yang tak jaga diri, dia yang tak berhati-hati. Sekurang-kurangnya kalau dia tahu yang dia membawa anak Danial, dia takkan cuai begini. Dia takut Danial akan memarahinya. Dia takut Danial akan membencinya semula.

Makin sesak dada Danial mendengar ucapan maaf yang diungkapkan oleh Dania. Berkali-kali dia menggeleng sambil mencium ubun-ubun wanita kesayangannya itu silih berganti. Sakit sungguh mendengarkan wanita itu seolah-olah menyalahkan dirinya seratus peratus.

"Jangan minta maaf, sayang. It's not your fault. It's okay, abang ada. Abang ada dekat sini, sayang." Danial menggosok perlahan belakang badan Dania mahu menenangkannya. Tuhan saja tahu betapa dia sayangkan isterinya ini. Bodohlah dia kalau dia mahu menyalahkan Dania atas apa yang sudah berlaku kerana dia tahu, ini semua adalah ketentuan Allah yang tiada siapa pun mampu elak.

"Sayang, tak pernah terdetik pun dalam hati abang ni nak salahkan sayang. Tak pernah langsung. Mungkin ini ujian pertama yang Allah nak bagi untuk kita berdua. Sayang kena percaya yang selepas ni, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih besar dan bernilai dalam hidup kita." tutur Danial lembut sambil menepuk perlahan badan isterinya yang masih menangis tersedu-sedan. Air matanya yang menitis setitik dua diseka dengan belakang tangan. Dia tidak boleh lemah.

"Shh, dah... Abang ada dekat sini, sayang. Abang janji abang akan jaga sayang baik-baik."

*****

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now