PROLOG

2K 73 0
                                    

Suara bayi menangis kedengaran pilu seolah-olah dirinya tahu bahawa sebentar lagi ia akan ditinggalkan oleh ibunya. Sang ibu cuba mengabaikan anaknnya yang baru sahaja dilahirkan dengan hati yang berat dan penuh keterpaksaan.

“Maafkan mommy kerana meninggalkan dirimu, anakku. Mommy tak akan lupakan buah hati mommy dan juga sang suami tercinta mommy.” Ujar sang ibu sambil terisak kecil.

Dia mengusap perlahan bayi untuk menenangkannya dan cuba untuk menidurkannya buat kali yang terakhir.

CKLECKK

Pintu bilik anaknya terbuka membuatkan sang ibu mmberhentikan perbuatannya seketika.

“Dah siap ke sayang? Jom, kita tak boleh bazirkan masa. I janji lepas ni I akan bagi kesenangan dan kebahagiaan kepada you.” Ujar lelaki yang membuka pintu bilik tersebut dengan penuh desakan.

Sang ibu semakin berat hati untuk pergi meninggalkan anaknya.

“I… I tak sanggup nak tinggalkan baby I.” ujarnya dengan lirih.
Lelaki tersebut memandang dia dengan jengah.

“You dah janji nak tinggalkan mereka. Dah jom!” paksa lelaki tersebut lalu menaik tangannya dengan penuh paksa untuk keluar dari rumah besar tersebut.

“Maafkan mommy, sayang. Maafkan isterimu ini, suamiku.”

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now