CTARRR!!
CTARRR!!!
Untuk kali ke berapa puluh tidak dapat dia kira, dia terpaksa menahan diri walaupun belakangnya sudah berasa kebas dan luka akibat disebat oleh seseorang.
"Maaf." ujar seseorang yang menyebatnya lalu mengambil alat perubatan untuk mengubatinya.
'Dia' mengangguk faham dan tidak memarahi seseorang yang menyebatnya itu.
"Salah aku juga kerana terlampau cepat bertindak."
Seseorang yang menyebatnya itu tersenyum kecil lalu mengubati orang dihadapannya itu dengan lembut.
"Dia melakukan semua ini untuk kebaikan kita. Aku harap kita tak akan mengabaikan larangannya lagi kerana terdapat banyak hukuman yang dicipta olehnya dan aku harap kau tak sampai lagi kepada hukuman ke 53."
Orang yang disebat itu tadi mengerutkan dahinya memikirkan tentang hukuman tersebut.
"Apa hukuman 53?"
"Hukuman dimana si pesalah sendiri akan mengakhiri kehidupannya dengan suka rela kerana tidak dapat menahan siksaannya."
...
"Sara di mana?" soal Daniyal di dalam telefon apabila menyedari Sara tidak berada di rumah.
Sara tersenyum kecil sambil melihat permandangan indah di hadapannya.
"Maafkan Sara lupa nak bagitau Daniyal tadi. Sara ada di taman ni nak bersiar-siar sebentar. Jangan risau kejap lagi Sara balik. Oh ya, sekaligus Sara jemput Ariq ya?"
"Sara berseorangan ke?" soal Daniyal kerisauan.
"Tak lah. Sara bawa sorang driver, Brian untuk teman Sara. Jangan risau okay?"
Daniyal mengangguk faham lalu tak lama lepas itu dia meletakkan telefonnya lalu memandang anak-anak buahnya semula.
"Kau yakin ke Bos Raiz bunuh diri?" soal Harith ragu-ragu.
Mereka sendiri berasa pelik kerana tiba-tiba saja mendapat berita yang mengatakan Bos Raiz telah bunuh diri. Tak ada sebab yang diketahui mereka mengenai sebab dia bunuh diri itu.
Mark memandang Daniyal dengan beberapa pertanyaan.
"Tuan Daniyal... Tentang Bos Raiz nak bagitau sesuatu tentang Pu—"
"Aku tak rasa benda tu penting."
Harith mengerutkan dahinya aneh melihat gelagat Daniyal.
"Kau ada sembunyikan sesuatu ke?"
Daniyal menggeleng kecil lalu memandang Harith datar.
"Aku tak rasa Sara terlibat dalam ni. Lagipun Sara tak tau apa-apa tentang ni langsung."
"Tapi kau sendiri masih tak tahu apa yang pernah terjadi kepadanya sepanjang 16 tahun korang berpisah bukan?" pertanyaan dari Harith itu membuatkan Daniyal terdiam.
Sejujurnya apa yang dikatakan Harith itu sangat benar. Daniyal tidak pernah bertanya kepada Sara tentang kehidupannya sepanjang 16 tahun silam kerana tidak mahu wanita itu berasa terpuruk akan kesilapannya di masa lampau.
"Jadi kau syak Sara ke?" soal Daniyal bengang.
Harith menggeleng.
"Tak, cuma... Aku tertanya apa yang Bos Raiz nak bagitau tentang isteri kau. Tapi apa boleh kita buat kalau dia sendiri dah tak ada."
Sekali lagi Daniyal terdiam memikirkan apa yang dikatakan oleh Harith itu. Sejujurnya dia juga ingin mengetahui rahsia yang ingin diberitahu oleh Bos Raiz tapi apa kan dayanya? Siapa lagi dia boleh bertanya tentang Sara?
...
" Mommy? Terkejut Ariq bila nampak mommy jemput Ariq." ujarnya tak sangka melihat Sara menunggunya di luar pagar sekolah.
Sepanjang menunggu Ariq, Sara juga telah menjadi perhatian ramai pelajar yang berlalu-lalang dikeranakan rupanya yang masih menawan dan murah akan senyuman itu.
" Ohooo Ariq, tak cakap pun ada kakak eh?" celah Syakir yang baru tiba tanpa sifat malunya itu.
Sara memandang Syakir dan kawan-kawannya yang lain di belakang dengan pelik.
"Oh ni kawan Ariq ke?" soalnya lalu tersenyum kecil kepada kawan-kawan Ariq.
"Hye, saya Syakir kawan A—"
"Err mommy jom lah. Dah lambat kan?" tanpa memperdulikan ucapan Syakir, Ariq terus menarik perlahan tangan Sara untuk meninggalkan yang lain.
Syakir memandang Ariq dengan geram lalu tiba-tiba dahinya mengerut mendengar ucapan Ariq tadi.
"Mommy?"
,
Sara memandang Ariq pelik.
"Ariq kenapa buat kawan Ariq macam tu?"
Ariq menghela nafasnya perlahan lalu memandang Sara dengan lembut.
"Diorang bukan kawan Ariq la. Kat sekolah tu, kawan Ariq hanya Rafiq. Okay?" jujurnya kepada Sara.
"Emm kenapa? Ariq kena buli?" Sara memandang Ariq tajam.
Ariq terkekeh kecil mendengar tekaan lucu daripada Sara itu?
Buli?
Tiada siapa akan berani buli dia jika semua tahu tentang dirinya yang sebenar.
"Bukanlah. Cuma.... Ariq malas nak cari ramai kawan." balasnya tersengih.
Sara mengangguk faham.
"Tapi yang tadi tu macam suka kacau Ariq je?" soalnya lagi tidak berpuas hati.
"Biasalah tu. Don't worry mommy. Ariq boleh jaga diri Ariq sendiri."
"Oh ya, harini Rafiq nak datang rumah. Kitorang ada kerja nak buat." sambungnya lagi membuatkan Sara memahaminya.
"Okay! Nanti mommy sediakan cookies!" balas Sara teruja membuatkan Ariq tersenyum melihat gelagat lucu mommynya itu.
"Thank you mommy. Ariq bersyukur dapat berjumpa dengan mommy lagi." ujarnya jujur lalu memeluk Sara erat.
Sara mengusap belakang badan Ariq dengan lembut sambil tersenyum manis.
"Terima kasih juga sebab masih terima mommy dalam kehidupan Ariq. Mommy banyak buat salah kepada Ariq.... Dan daddy."
Ariq memandang Sara perlahan.
"Mommy, kita dah bincang kan yang kita taknak ungkit tentang kisah lama?"
Sara mengangguk kecil.
"Sorry emo hehehe."
...
Vote comment 💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...