Bab 31 : Kehadiran

408 26 2
                                    

"Ariq tak sangka, Ariq ada adik di usia 18 tahun ni." ujar Ariq mencebik sambil mencolek perlahan pipi seorang bayi kecil yang didukungnya.

Seluruh keluarga Daniyal dan juga Sya dan Harith yang baru menerima seorang cahaya mata itu tersenyum lembut mendengar rungutan manis oleh Ariq.

"Tapi Ariq suka kan ada adik baru?" soal Sya sambil melihat anaknya yang dirangkul oleh Ariq itu.

Ariq mengangguk kecil.

"Suka. Tapi mommy dan daddy tak nak bagi adik kat Ariq. So Ariq hanya menumpang kasih terhadap baby Hazeeq je la." adunya membuatkan yang lain ketawa mendengarnya manakala Sara dan Daniyal terdiam.

Mereka berdua merasa malu mendengar rungutan anak mereka tersebut kerana mereka juga tidak menyangka bahawa Ariq yang menginginkan seorang adik itu.

"Daddy okay je..." bisik Daniyal kepada Ariq yang turut didengar oleh Sara. Sara mencebik kecil.

"Kita dah terlalu tua untuk ada anak. Mungkin diorang akan ingat anak kita tu anak Ariq. Macam mana?" rajuk Sara membuatkan Daniyal terkekeh kecil.

Daniyal mengusap perlahan rambut Sara sambil tersenyum kecil.

"Tapi belum terlambat la sayang."

Ariq yang menggeleng kecil mendengar ucapan ayahnya itu.

"Ariq tak nak! Ariq nak adik tapi nanti mommy tak sayang Ariq dah." ujarnya seolah-olah merajuk membuatkan yang lain ketawa kecil. Nampaknya Ariq masih tidak bersedia untuk berkongsi kasih ibu bapanya dengan orang baru.

"Mommy pun tak habis lagi nak manjakan Ariq. Kan best kalau mommy dapat besarkan Ariq sejak dari kecil lagi. Maafkan mommy kerana terlambat sayang." ujar Sara sambil mengusap kepala Ariq dengan lembut.

Ariq menggeleng kecil lalu merangkul Sara dengan erat.

"Tiada yang terlambat, mommy. Ariq sentiasa akan bersama dengan mommy." balasnya membuatkan Sara tersenyum kecil.

"Yow Rafiq in the house!" celah seseorang yang baru tiba dengan riuh membuatkan drama keluarga mereka tiba-tiba berhenti.

Mereka ketawa kecil mendengar suara Rafiq itu manakala Keysha yang turut hadir bersama Rafiq itu terpaksa menebalkan mukanya menahan malu akan perangai Rafiq tersebut.

"Maaf kami terlambat. Jalan jam tadi." ujar Rafiq sebaik sahaja mendekati mereka.

Yang lain mengangguk mengerti lalu Sara memandang Keysha dalam diam dengan riak wajah tertanya.

"Keysha?" soalnya membuatkan Keysha memandangnya lalu tersenyum kecil.

"Aunty Sara?" Keysha mendekati Sara lalu menyalaminya dengan sopan.

Ariq memandang Keysha dan Sara tertanya melihat mereka yang seperti saling mengenal itu.

"Korang saling kenal ke?"

Sara tersenyum kecil memandang Ariq.

"Ni kan gadis cantik yang ada dalam dompet Ariq tu?" jelasnya membuatkan Ariq membulatkan matanya terkejut tak sangka akan ucapan Sara.

"Mommy!" rajuknya membuatkan yang lain ketawa mengusik lelaki remaja tersebut.

"Amboi kau berani letak gambar adik aku eh. Korang ada apa-apa ke ni?" soal Rafiq curiga lalu memandang Ariq dan Keysha dengan penuh syak.

Keysha dan Ariq meneguk liurnya kasar mendengar soalan Rafiq itu.

"Kau dah kenapa? Kita orang kawan je la." dalih Keysha menahan malu.

Tiba-tiba Ariq memegang tangan Keysha lalu memandang keluarganya yang berada di hadapan mereka. Keysha membulatkan mata melihat kelakuan Ariq yang berani tersebut lalu menahan dirinya yang gementar tersebut.

" A—Ariq... " lirihnya perlahan namun diabaikan oleh Ariq.

Ariq tersenyum kecil menatap gadis tersebut lalu kembali melihat kehadapan.

"Maaf kalau selama ini kami sembunyikan hubungan kami. Tapi Ariq mempunyai hubungan special sebagai kekasih. Ariq sayangkan Keysha dan kami dah rancang nak bertunang selepas kami tamat sekolah." jelasnya sambil menatap keluarganya dengan yakin.

Keysha meneguk liur dengan kasar lalu memandang perlahan ke arah Rafiq yang terkejut akan pengakuan berani Ariq itu.

" Uhuk! Uhuk! " Rafiq tersedak kecil mendengarnya lalu mendekati Ariq.

PLAK

Semuanya memandang tragedi tersebut dengan terkejut apabila melihat Rafiq yang tiba-tiba melayangkan tamparannya kepada Ariq dengan kuat.

"Ra-rafiq! Apa yang kau buat ni?" soal Keysha terkejut.

Rafiq tersenyum sinis memandang Ariq.

"Berani kau rahsiakan dari aku!" balas Rafiq sambil mencebik membuatkan Ariq memandangnya tajam.

Ingin saja dia membalas perbuatan Rafiq itu jika tidak mengingatkan dirinya yang merupakan abang kandung kekasihnya itu.

"Hehehe nak jadi adik ipar aku kena la berani kan?" Rafiq tersengih kecil melihat reaksi bengang Ariq tersebut.

Tak lama mereka mula melanjutkan kembali majlis sambutan kehadiran keluarga baru mereka, Hazeeq yang merupakan bayi kecil comel tersebut dengan penuh meriah.

Seorang lelaki yang tidak begitu asing sedang memerhati permandangan indah tersebut dari jauh dengan penuh senyuman sinis. Dia menggenggam tangannya dengan kuat seolah-olah menahan sesuatu yang telah lama membahang terhadap keluarga bahagia di hadapannya itu.

"Bergembiralah selagi ada waktu, Daniyal." ujarnya sebelum meninggalkan permandangan yang dianggap jijik dimatanya itu dengan penuh senyuman licik.

"Bila kau nak munculkan diri? Dah hampir dua tahun." soal seorang wanita anggun yang berada di sebelahnya ketika lelaki tersebut tiba di tempat kereta.

Lelaki tersebut memandang wanita tersebut dengan tajam.

"Aku berdendam dengan keluarga yang licik. Perlukan masa untuk berjaya. Bukan macam kau yang pergi mengampu semua orang yang tidak akan berada di pihak kau." balasnya sinis membuatkan wanita tersebut bengang lalu tersenyum kecil memandang lelaki itu.

"Akhirnya kau luluh dengan rayuan aku juga kan?" soalnya sambil mengusap perlahan rahang tajam lelaki itu.

Senyuman licik di bibir lelaki tersebut semakin berkembang mendengarnya.

'Kau hanyalah umpan yang sesuai untuk membalasnya, Farisya.'

...

Vote comment 💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now