Majlis peringatan Madam Arine berjalan dengan lancar dan seperti yang dikatakan Harith, hanya beberapa tetamu penting sahaja dijemput oleh Mr Rayyan membuatkan Daniyal menghela nafasnya lega. Ia memandang Sara dalam diam yang telah mula rapat dengan Madam Misha, isteri Mr Rayyan.
Tiba-tiba telefonnya yang berada di dalam poketnya bergetar ringan menandakan seseorang menghubunginya. Dia meminta izin terhadap keluarganya untuk menjawab panggilan tersebut di luar.
Dia memandang nombor yang tidak dikenali itu dengan penuh tertanya.
"Hello?"
"Daniyal..."
Pandangan Daniyal mula menjadi tajam apabila mendengar suara Faiq yang tiba-tiba menghubunginya tanpa sebab itu.
"Apa yang kau inginkan lagi?" soalnya bengang lalu dirinya semakin berasa geram apabila mendengar suara kekehan sinis daripada Faiq.
"Walaupun kau lepaskan aku, tak bermakna aku perlu lupakan apa yang kau dah buat kepada aku!"
Daniyal mendengus kecil.
"Kau dah janji untuk tak kacau keluarga aku lagi!"
Faiq tersenyum sinis sambil mengusap revolvernya dengan lembut memikirkan apa yang akan berlaku jika peluru senjata tersebut menembusi kulit musuhnya itu.
"Kau yang melakukan perjanjian, Daniyal. Hah, sampai bila-bila kau tak akan dapat kalahkan aku." sindirnya membuatkan Daniyal menggenggam telefonnya dengan kuat seolah-olah ingin menghancurkannya.
"Apa yang kau nak sekarang ni?" soalnya geram.
"Simple. Tujuan aku selama ini hanya Sara. Tapi aku sedar yang selama-lamanya aku tak akan dapat memilikinya. Jadi apa kata kalau aku buat kau juga tak dapat memilikinya? Adil bukan?"
Daniyal tersentak mendengar penjelasan Faiq tersebut lalu perasaannya mula menjadi semakin gusar memikirkan isterinya.
"Apa yang kau maksudkan? Kau jangan main-main dengan a—"
Tuttt Tuttt
"Tak guna!" makinya menatap skrin telefon yang menunjukkan panggilan mereka telah diputus oleh Faiq.
"Apa maksud kau?!"
DOR
Suara tembakan beserta suara pekikan tetamu di dalam dewan tersebut membuatkan Daniyal terkejut lalu ia tiba-tiba memikirkan keadaan Isterinya. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Faiq?
"Sara!" dengan segera dirinya berlari menuju ke ruangan majlis tersebut dengan penuh khuatir.
"Sara!"
Sara tersentak kecil lalu melihat Daniyal yang menghampirinya itu dengan risau lalu memandang tangannya yang penuh akan darah itu lalu memandang seseorang yang disayanginya itu memeluk dirinya seolah ingin mempertahankannya daripada terluka.
"Abang!" jerit Datin Dahlia melihat keadaan suaminya menyedarkan Sara apabila melihat Dato' Danish yang berusaha melindunginya daripada terkena tembakan.
"Pa-papa......" lirihnya perlahan lalu memangku Dato' Danish dengan penuh kesedihan.
"Abang... Jangan tinggalkan Dahlia!" ujar Datin Dahlia tersedu-sedu membuatkan Dato' Danish tersenyum sendu melihat isterinya itu. Dia menggenggam tangan isterinya itu.
"Dahlia... Abang akan sentiasa cintakan Dahlia..." ujarnya menahan sakit yang dirasainya itu.
Datin Dahlia menggeleng melihat keadaan suaminya itu lalu tiba-tiba ia tidak menyedarkan diri membuatkan Sha dan Harith cuba menahannya.
Dato' Danish melihat isterinya itu dengan sedih namun dirinya tidak bermaya untuk menghampiri isterinya itu.
"Papa!" Daniyal menghampiri Dato' Danish lalu cuba menahan darah yang keluar berharap ambulans cepat datang untuk menyelamatkan ayahnya itu.
Dato' Danish memegang tangan Daniyal lalu menyatukannya dengan tangan Sara dengan perlahan.
"Ingat pesan papa... Kalian saling mencintai. Daniyal perlu pertahankan cinta hati Daniyal sampai bila-bila."
"Papa jangan tinggalkan kami! Papa bertahanlah jangan menyerah!" pinta Daniyal dengan penuh terdesak membuatkan para tetamu yang menyaksikannya turut berasa sebak.
Termaksud Sara yang menahan tangisnya melihat keadaan ayah mertuanya yang terpaksa menahan kesakitan ini semua dikeranakan ingin membantu dirinya.
"Daniyal... Semua yang hidup pasti akan pergi begitu juga dengan papa. Papa hanya ingin pastikan, kamu sebagai ketua jangan lupa tanggungjawab kamu sebagai anak, suami, dan daddy serta anak buah kita. Jangan hampakan papa, Daniyal." ujarnya semakin lemah dan dirinya menyedari bahawa masanya untuk pergi akan tiba.
'Tunggu abang, Arine.' bisiknya perlahan apabila tiba-tiba mengingatkan tentang adik angkatnya yang telah lama meninggal diri itu.
'Jaga diri Dahlia, isteriku tercinta....'
Mr Rayyan menunduk melihat apa yang berlaku di hadapan itu dengan hati yang gundah.
'Aku gagal lagi melindungi orang yang aku sayangi.' lirihnya.
Madam Misha memandang suaminya itu dalam diam lalu menggenggan tangannya dengan lembut.
"Abang..."
Mr Rayyan memeluk isterinya ingin mencari kehangatan darinya.
"Abang gagal lagi."
Misha mengusap belakang badannya dengan lembut ingin menenangkan suaminya.
"Abang jangan risau. Misha akan sentiasa bersama abang." ujarnya tersenyum kecil.
...
Vote comment 💚
Thank you 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...