Bab 36 : Gelisah

344 23 2
                                    

"Bagaimana kamu boleh berada di sini?"

Sara memandang wanita elegan yang berada di hadapannya dengan penuh ketakutan. Tak dilupakan beberapa anak buah wanita itu yang turut mengelilinginya.

"Sa-saya tersesat. Sebenarnya..."

"Sebenarnya?"

"Saya cuba melarikan diri dari seseorang. Sa-saya tak mahu bersamanya... Saya nak jumpa suami saya."

Wanita yang berada dihadapan Sara itu tersenyum kecil lalu memeluk perlahan Sara untuk menenangkan wanita muda itu.

"Jangan takut. Saya orang yang baik. Saya akan bantu kamu, dengan syarat ikut segala apa yang saya katakan. Termasuk menjadi sebahagian daripada kami. Tetapi ini bukan lah paksaan." wanita itu berbisik kecil di telinga Sara seolah-olah menghipnotis Sara untuk menurutinya.

Tiba-tiba Sara teringatkan keadaan Daniyal yang sedang terbaring lemah di atas katil pesakit menghadapi semua kesakitan demi keselamatan dirinya.

" Sampai bila kamu akan terus lemah seperti ini? Kamu perlu pertahankan apa yang kamu inginkan. Sampai bila kamu ingin berada di bawah kekuasaan orang yang mengawal hidup kamu?"

Mata Sara memerah menahan kesakitan yang dirasakan di dalam hatinya. Kemudian dia memandang wanita itu dengan penuh tekad.

"Apa yang perlu saya lakukan?"

Wanita itu tersenyum kecil lalu mengusap bahu Sara lembut.

"Mari saya perkenalkan tentang kumpulan kecil kami......"

....

"Makin hari makin gelisah. Aku tak boleh berpatah balik. Apa yang aku dapatkan sudah terkabul. Bersama keluargaku walaupun dalam masa yang singkat. Sekarang, bermulalah perjalananku menjalani hukuman yang ditetapkan untuk pesalah seperti aku. Sebelum itu, aku perlu mencarinya untuk mengakhiri penderitaan ini. " bisiknya di dalam hati sambil mengusap perlahan bingkai gambar keluarganya yang penuh kebahagiaan itu.

"Sara?"

Sara menoleh kebelakang lalu menghampiri suaminya yang memanggilnya itu.

"Ya Daniyal?" soalnya kebingungan.

Daniyal memeluk erat isterinya itu seolah-olah tidak ingin melepaskan wanita itu.

"Daniyal perlu hadir perjalanan business selama seminggu dan nampaknya, Daniyal tak boleh membawa Sara." ujarnya sedih membuatkan Sara terkekeh kecil.

"Ala seminggu saja. Tak apa, Sara akan sentiasa dalam keadaan baik disini. Lagipun kan ada Ariq." pujuknya melihat wajah kebimbangan lelaki itu.

"I will miss you, sayang."

Sara tersenyum sipu mendengar luahan manis suaminya itu.

"Will miss you too. By the way, kemana saja Daniyal akan pergi?"

"Itali."

Sara tersentak kecil mendengar nama negara yang pernah tersemat dihatinya beberapa tahun sebelum ini. Dia cuba menahan senyumnya agar tidak dicurigai oleh Daniyal.

"Oh... Semoga perjalanan Daniyal baik-baik saja dan... Jangan lupakan Sara ya?"

Daniyal mengecup dahi Sara lembut.

"Hati Daniyal telah dibawa pergi oleh Sara sejak pertama kali kita bertemu. Macam mana boleh Daniyal lupakan Sara pulak?" usiknya membuatkan mereka berdua ketawa bahagia.

Sara memukul perlahan bahu Daniyal menunjukkan protes kecil olehnya.

"Sara malu la macam ni!"

"Ekhem ekhem." celah seseorang membuatkan dua pasangan sejol itu melepaskan pelukan mereka lalu memandang seseorang itu dengan tidak puas hati.

"Maaf menganggu mommy dan daddy ku sayang. Tapi bila kita nak mula dinner ni? Dah hampir sejam, Ariq tunggu di meja makan." perlinya membuatkan Sara merasa serba salah lalu menghampiri Ariq dan meninggalkan Daniyal sendirian.

"Oh anakku yang malang. Maafkan mommy kerana lupa akan Ariq. Okay jom kita makan ya? Lepas ni Ariq nak dessert apa sebagai penutup selera? Mommy akan sediakan sepenuh hati." ujarnya panjang dan menarik lengan Ariq.

"Sara... Daniyal macam mana?" soal Daniyal kebingungan.

Sara memandang Daniyal tidak bersalah.

"Anak kita lagi perlukan Sara saat ini. Tengok lah Ariq dah kelaparan ni." balasnya.

Daniyal mencebil membuatkan Ariq ketawa sinis memandang Daniyal.

"Mommy, Ariq punya." bisiknya perlahan yang hanya dapat didengari oleh Daniyal sahaja.

Daniyal memandang Ariq dengan tajam.

"Dasar anak iblis." ujarnya kegeraman tanpa disedari telah mencaci maki anaknya sendiri.

....

Vote comment💙💚

Thank you💥

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now