Bab 28 : Bingung

403 29 0
                                    

Daniyal memandang dingin terhadap seseorang yang amat dibencinya dan berniat untuk menghancurkannya.

"Heh, kau akan mati Faiq." gumamnya tersenyum sinis melihat Faiq yang tidak berdaya di hadapannya itu.

"Lama tidak berjumpa, Daniyal." sapa Faiq seolah-olah tidak menyedari bahawa maut yang akan menimpanya tidak lama lagi.

Daniyal mengabaikan sapaan Faiq itu lalu beranjak ke arah meja di hujung ruangan tersebut lalu memegang sebuah belati kegemarannya itu ketika ingin menyiksa mangsa.

"Macam mana keadaan Sara sekarang?" soal Faiq lagi namun tetap diabaikan oleh Daniyal.

Faiq tersenyum sinis memandang Daniyal yang tidak melihat ke arahnya malah sibuk memilih beberapa alat untuk menyiksanya lebih dalam.

KRESEK KRESEK

Kelihatan Daniyal yang sedang mengasah senjata tajam tersebut dengan sepenuh hati seolah-olah ingin menamatkan permainannya dengan segera.

"Sara dah kembali normal ke?" soalnya lagi membuatkan Daniyal tiba-tiba berhenti mengasah senjatanya lalu memandang Faiq tajam.

Dia menghampiri Faiq dengan perlahan sambil memegang belatinya itu lalu memuncungkan bilah tersebut ke arah Faiq. Faiq ketawa kecil melihat ketertarikan Daniyal terhadap perkara yang dikeluarkannya itu.

Dia turut dapat mengagak perasaan Daniyal sejak bersama Sara apabila melihat reaksinya itu.

"Apa maksud soalan kau tu?" soalnya dingin.

"Berminat?" Faiq sengaja ingin bermain-main dengan Daniyal.

Matanya makin menajam melihat Faiq yang santai bergurau dengannya.

"Aku tak ada masa untuk bermain dengan kau." balasnya lalu mendekatkan hujung belatinya ke arah leher Faiq.

Faiq bergetar sebaik sahaja belati tersebut menyentuh kulit lehernya membuatkan dia terasa teragak-agak untuk bergerak. Kerana sedikit sahaja dia bergerak, belati tersebut pasti akan mampu menembusi kulitnya itu.

"Ha-hanya aku saja kau dapat bergantung... Hanya aku je boleh bagitau hal sebenar tentang Sara. Kalau kau bunuh aku, sampai mati kau tak akan tau perkara sebenar!" jawabnya membalas tatapan tajam oleh Daniyal itu.

"Apa yang kau nak?" soal Daniyal datar.

Faiq tersenyum sinis memikirkan nasibnya yang baik kerana dapat mengelabui Daniyal dengan perhitungannya itu.

"Lepaskan aku. Aku akan bagitau segala hal tentang Sara. Atau, kau akan hidup dengan tanda tanya selama-lamanya."

Daniyal terdiam memikirkan perhitungan yang dihadapinya itu. Dia tidak boleh sesuka hati melepaskan tahanannya ini tetapi hatinya memberontak memaksanya untuk melepaskan Faiq disebabkan jiwanya yang ingin mengetahui hal sebenar yang terjadi kepada Sara.

Tiba-tiba Daniyal teringatkan permintaan yang lebih kepada perintah mutlak daripada Dato' Danish yang menyuruhnya untuk segera menghapuskan Faiq jika tidak ingin hidup dalam penyesalan.

Hatinya bingung tidak memahami maksud yang diungkapkan oleh Dato' Danish tersebut lalu memandang Faiq yang turut memandangnya penuh harapan itu.

"Jangan membazir waktu, Daniyal. Cepat buat keputusan. Sara atau bingung?" sengaja Faiq memaksa Daniyal untuk memikirnya dengan cepat.

Daniyal memandang Faiq dengan tajam seolah menembus matanya untuk memastikan kejujuran Faiq yang dijanjikan itu. Faiq juga orang bahaya sepertinya sehingga mampu membawa isterinya selama 16 tahun lamanya itu.

"Aku tak boleh percayakan kau." balasnya lalu memajukan belati kesayangannya itu ke arah Faiq membuatkan Faiq menutup matanya kerana tak sangguh menyaksikan kematian yang akan melanda dirinya.

KRAK

Jantungnya berdegup laju lalu membuka matanya perlahan apabila tidak merasakan sakit di badannya lalu matanya membulat melihat rantai besi yang mengikatnya selama ini akhirnya terputus. Mungkin dikeranakan belati tajam yang digunakan oleh Daniyal itu.

Faiq tersenyum menyeringai memandang Daniyal yang masih ragu-ragu akan keputusannya itu. Dia mengangkat tangannya yang penuh lebam itu untuk menepuk perlahan bahu Daniyal.

"Kau buat keputusan yang benar, Daniyal. Sebagai balasan, aku akan ceritakan tentang apa yang terjadi terhadap Sara sepanjang kami bersama."

...

"Saya terdengar Dato' Danish menyuruh tuan Daniyal untuk membunuh segera tuan Faiq." bisik Amani perlahan kepada Sara membuatnya tersenyum kecil.

"Awak rasa Daniyal akan menurutinya?" soalnya tertanya.

Amani mengangkat bahunya menandakan bahawa dia turut keliru dalam hal ini.

"Mungkin ya atau mungkin juga tidak." teka pembantu itu membuatkan Sara mengerutkan dahinya memandangnya pelik.

"Kenapa?"

Amani terdiam sebentar memikirkan beberapa perkara sebelum mengatakan sesuatu yang pasti akan membuatkan Sara kebimbangan.

"Hanya tuan Faiq sahaja yang tahu tentang puan Sara selepas Bos Raiz."

Sara memucat lalu memandang Amani tajam.

"Apa yang perlu saya lakukan?"

Amani tersenyum licik memandang Sara.

"Puan lupa dengan hukuman no. 39?"

Sara terdiam apabila mendengarnya lalu membalas senyumannya itu.

"Amani, awak ada sesuatu yang perlu dicari di kampung awak lagi ke?" soalnya penuh bermakna.

Amani mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Puan, izinkan saya mengambil cuti. Mungkin akan mengambil masa yang lama."

Sara mengangguk bersetuju dan mengizinkannya.

"Dikeranakan awak pembantu yang paling rapat dengan saya, pergi la Amani dan pulang la bila awak sedia."

Hukuman no. 39 :

Pesalah tidak akan diberi pilihan. Apabila mangsa berjaya menjumpainya sepanjang permainan berlangsung, mangsa perlu segera melesapkannya sedaya upaya.

...

Vote comment 💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now