Bab 20 : Tekad

422 29 0
                                    

DING DONG

Sarah yang sedang menyelak majalah tersebut terhenti lalu memandang ke arah pintu utama. Dia mengerutkan dahinya pelik memikirkan siapa yang bertamu ke rumahnya itu.

Dia membuka pintu tersebut lalu dapat dilihat seorang wanita cantik yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Ya?" soal Sara ramah.

Wanita cantik yang datang bertamu itu tersenyum anggun sambil memandang Sara.

"I cari Daniyal. Where is he?" soalnya lalu mencuba untuk masuk ke dalam rumah tapi sempat dihalang oleh Sara.

Wanita tersebut mendelik kasar terhadap Sara.

"Bagi I masuk. I nak jumpa Daniyal." ujarnya.

"Dia tak ada di sini. And cik ni siapa ya?" soal Sara curiga memandang wanita di hadapannya itu.

Wanita cantik itu memandang jengah terhadap Sara lalu melihat seluruh penampilan Sara dari bawah sehingga ke atas.

"Wait. Who are you? Kenapa you ada dalam rumah Daniyal?"

Sara mengerutkan dahinya mendengar soalan yang berbalas soalannya itu.

"Mommy siapa— aunty Farisya?" soal Ariq yang terkejut melihat kedatangan wanita cantik atau dikenali sebagai Farisya itu.

Farisya tersenyum anggun melihat Ariq lalu menghampirinya.

"Hye darling. Oh ya, mana daddy you, Ariq?"

"Bilik peribadi dia. Dia—"

"Okay thank you darling." potongnya lalu terus meninggalkan Ariq dan Sara untuk menemui Daniyal dengan lenggang lenggoknya.

Sara mendekati Ariq dan memandangnya dengan penuh tertanya.

"Siapa dia tu Ariq?"

Ariq meneguk liurnya kasar tak tahu mahu balas apa.

"Err tuuu aunty Farisya. Dia tu..."

"Dia?"

Ariq menghela nafasnya perlahan. Dia mahu menjawap pertanyaan Sara tapi dia bimbang kalau Sara terasa akan perkataannya itu.

"Dia tu hampir pernah dijodohkan untuk daddy oleh nenek. Tapi daddy tak pernah layan aunty Farisya pun. Cuma dia je yang perasan lebih." jelasnya berhati-hati.

Sara mengangguk faham lalu tersenyum kecil kerana tidak mahu Ariq berasa risau akan dirinya.

"Oh macam tu. Tak apa la mommy siapkan air untuk tetamu dulu." soalnya lalu ingin beredar tapi sempat ditahan oleh Ariq.

"Eh tak payah la mommy. Dia bukan diundang pun." cegahnya membuatkan Sara ketawa perlahan.

"No. Tak baik la kita layan tetamu macam tu. Jangan risau mommy okay je." balasnya bersama senyuman yang tidak memudar itu.

Dengan hati yang tenang dia menuju ke dapur dan meninggalkan Ariq yang berasa aneh akan sikap Sara.

"Pelik la mommy ni."

...

"Sampai bila you nak buat I tunggu? Hampir 10 tahun!" marah Farisya memandang Daniyal yang tidak melayannya.

Farisya berasa bengang apabila berasa diabaikan lalu mendekati Daniyal.

"Baby..."

"Shut you mouth, girl. Berambus." halaunya dengan suara yang dingin membuatkan Farisya tak jadi menghampirinya.

"Tapi... Bila you nak ajak I kawin?" soalnya sambil mencebil membuatkan Daniyal merasakan ingin muntah mendengarnya.

"Farisya, I dah cakap yang I tak akan kawin dengan you. You tak faham bahasa ke yang I ni dah ada isteri?"

Farisya menatap Daniyal tajam.

"Isteri? Isteri you dah tinggalkan you!" makinya.

TOK TOK TOK

"Masuk"

Sara memasuki bilik peribadi Daniyal dengan perlahan lalu mula menghidangkan air untuk Daniyal dan Farisya bersama senyuman manisnya. Farisya menggulingkan matanya menyampah melihat Sara yang dianggapnya telah mengganggu perbualan mereka.

"Daniyal..." panggil Sara membuatkan Farisya tertanya siapa Sara dalam kehidupan Daniyal.

"Sayang, mari sini."

Sara mendekati Daniyal lalu berdiri di sebelahnya.

Farisya semakin mempersoalkan tentang kewujudan Sara yang tidak pernah diketahuinya.

"Perkenalkan ni Sara isteri sah I dan mommy kandung Ariq. So, can you leave now?" soalnya dengan puas hati.

Sara tersenyum lalu melambaikan tangannya perlahan. Tak ingin di dalam hatinya untuk menyalam atau menyentuh tangan wanita cantik di depannya itu.

Farisya memandang Sara dan Daniyal terkejut lalu merentap beg tangannya dan meninggalkan ruangannya itu. Dalam hatinya menahan baran yang ingin dilepaskan kepada Sara kerana tiba-tiba hadir dalam kehidupan Daniyal.

'Aku takkan lepaskan milik aku!' sumpahnya di dalam hati dengan tekad.

"Maafkan Daniyal, tentang Farisya." pujuk Daniyal.

Sara hanya tersenyum mendengarnya lalu mengangguk memahami. Dia tidak boleh terlalu menyalahkan Daniyal sendirian kerana dia tahu semua ini berlaku bukan atas kehendak Daniyal sendiri.

"It's okay. Sara faham. Tapi... Farisya tu macam masih mengharapkan Daniyal je?"

Daniyal menggeleng kecil.

"Farisya akan berhenti lepas ni bila dia dah tahu Sara ada di sini. Jangan risau. Daniyal pasti tidak akan berpaling daripada Sara."

Sara mengangguk faham.

"Sara percayakan Daniyal."

Setelah apa yang berlaku, biarkan aku untuk menebus kesalahanku dengan bertekad untuk mempertahankan hubungan ini.

...

Vote comment 💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now