Bab 3 : The Truth

857 46 0
                                    

“Fa-Faiq…” Wanita tersebut memandang Faiq dengan gementar. Takut akan rahsianya yang berkeliaran di sekeliling hotel terbongkar.

“Masuk.” Arah Faiq dengan wajah yang datar.

“Fa-Faiq… I…I boleh jelaskan…” Wanita tersebut mencapai tangan lelaki itu untuk menenangkannya tetapi dihempas olehnya.

“I cakap masuk, Sara.”

Sara yang merupakan wanita tersebut tergamam lalu menuruti arahan Faiq dengan terpaksa agar dirinya tidak dihukum oleh lelaki itu.

Amani menunduk memikirkan nasib Sara yang sentiasa dikawal oleh tuannya itu. Dirinya ingin membantu tetapi apakah dayanya?

Silap haribulan, dirinya la yang pasti akan dilenyapkan oleh si tuan jika ingin mencari pasal dengannya.

“Berapa kali I cakap, jangan keluar bilik. Tak faham bahasa ke?” soal Faiq dengan berang.

“Ma-maaf Faiq.”

“You datang jumpa diorang kan?”
Faiq tertawa sinis melihat keterdiaman Sara.

“You kena sedar diri yang diorang dah tak perlukan you. Hey dengar sini.”
Sara memandang Faiq dengan lirih apabila Faiq mencengkam lengannya dengan kuat.

“Fa-Faiq sakit…”

“Sara, you yang tinggalkan diorang. So you still berharap yang diorang masih perlukan you ke?”

Sara menahan tangisan yang mungkin akan keluar apabila mendengar kata-kata tersebut.

“Hiks ta-tapi semua ni tak akan berlaku ka-kalau yo-“

“Apa? You nak salahkan I pulak? Bukan I yang buat keputusan, sayang.” Faiq tersenyum licik.

“SEMUA TAK AKAN BERLAKU KALAU KAU TAK ANCAM KELUARGA AKU!”

PLAKK!

“Hah dah berani ya?” Faiq ketawa kecil melihat Sara yang menahan kesakitan akibat ditampari oleh lelaki itu.

“Kau penipu!” jerit Sara lagi.

PLAKK!

Untuk kali keberapa dalam 16 tahun mereka bersama, Faiq menampar Sara lagi. Sakit? Dirinya sendiri sudah tidak mengenal erti kesakitan yang sering diterima oleh lelaki tersebut.

“Aku penipu? Sayang, bukan ke aku dah tunaikan janji aku untuk tak sakiti suami bodoh kau tu? Jadi kau sekarang ni hanya perlu balas cinta aku sesuai dengan perjanjian kita okay?” soalnya dengan pandangan ngeri membuatkan Sara ketakutan di dalam hati.

“Kau….. jahat!!!”

“Lepaskan aku Faiq!” Sara cuba melepaskan lengannya yang digenggam oleh Faiq.

Faiq tertawa sinis mendengar jeritan Sara tersebut.

“Tak akan aku lepaskan kau! Selama-lamanya kau hanya milik aku!”

‘Daniyal…tolong Sara..’


Ariq memandang dadanya yang berasa semakin sesak apabila mendengar semua kebenaran yang terungkap oleh mereka. Dia menggengam rakaman kecil yang sempat diletak olehnya di baju Faiq sewaktu dirinya menepis Faiq di hall tadi.

“Mommy… maafkan Ariq yang selama ni dah salah sangka dengan mommy.” Bisiknya sendirian sambil menahan tangisan.

Satu perkara yang dipendam olehnya. Dia lega. Walaupun selama ini dia mengaku bahawa dia membenci ibu kandungnya sendiri, setidaknya dia lega bahawa dia sudah tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk terus membencinya.

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now