Harith meletakkan sebuah kad undangan di atas meja kerja sang ketua. Daniyal memandang dengan tanda tanya akan kad undangan yang diberikan oleh Harith.
"Tuan Smith undang kita sekeluarga sebagai wakil DSA company yang merupakan investor yang paling berpengaruh untuk datang majlis yang dibuat sempena 15 tahun kewujudan company dia. Dan yang menariknya, diorang jalankan majlis diorang di Louie Hotel." Balas Harith dengan senyuman penuh bermakna.
"Besar kemungkinan CEO Louie akan hadir." Sambungnya.
"Dan perempuan tu." Balas Daniyal smirk.
"Kau masih nak teruskan dendam tu ke?" soal Harith ragu-ragu.
Daniyal memandang Harith tajam.
"Kau nak jadi penganti dia ke?" sindirnya membuatkan Harith terdiam.
"Suruh Sya dan Ariq siap-siap untuk undangan ni."
...
"Ariq dengar, orang yang dicari daddy tu ada di majlis ni nanti." Ujar Ariq kepada Sya yang sedang memakaikan tali leher kepada Ariq.
Sya terdiam kecil. Dia tertanya-tanya dari mana Ariq mengetahui semua rahsia Daniyal juga tentang masa silam mereka. Tapi tidak pernah terdetik di hatinya untuk mempersoalkan semua masalah ini mengingatkan dirinya yang tak berhak untuk mengambil tahu.
Sya tersenyum kecil sambil mengusap bahu Ariq dengan lembut. Dia berasa simpati akan nasib budak lelaki yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri itu kerana sejak kecil sudah terpaksa menghadapi semua persoalan yang tanda tanya yang tidak pernah dirungkaikan untuknya. Daniyal terlampau berahsia dengan anaknnya kerana tidak ingin Ariq merasakan penderitaan yang diterimanya. Menjadi seorang yang ditinggal dan dibuang. Itulah yang dirasainya dan Daniyal telah berjanji untuk menjadi ayah yang baik dan memastikan Ariq tidak merasai semuanya tanpa menyedari bahawa anaknnya juga perlu penjelasan.
Ariq bukanlah budak lelaki 5 tahun yang sering ditipunya dulu apabila dirinya menanyakan keberadaan ibu kandungnya.
"Berikan daddy masa untuk jelaskan kepada Ariq. So now, kita enjoy saja majlis harini okay?"
Ariq menghela nafas pasrah lalu mengangguk kecil.
"Okay maa."
...
"Suatu penghormatan yang besar akan kedatangan Tuan Daniyal sekeluarga ke majlis kami yang kecil harini." Ujar Tuan Smith tersenyum lebar sambil menyambut salaman daripada Daniyal.
Daniyal membalas senyumannya dengan angkuh.
"Terima kasih kerana sudi menjemput kami."
"Tuan Smith." Perhatian mereka teralih kepada seseorang yang memanggil Tuan Smith tadi.
Tuan Smith tersenyum melihat jemputannya yang menyapanya.
"Selamat datang Tuan Faiq. Dan juga, saya sangat berbesar hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel milik anda." Ujarnya dengan ramah.
Faiq tersenyum kecil lalu memandang ke arah keluarga Daniyal.
"Oh ya, perkenalkan ini keluarga Tuan Da-"
"Daniyal, Lama sudah tidak berjumpa ya." Potong Faiq membuatkan Tuan Smith terkejut.
"Oh Tuan Faiq mengenal Tuan Daniyal? Baiklah silalah nikmati majlis saya malam ni ya. Saya akan menyambut tetamu lain yang hadir." Ujar Tuan Smith lalu berundur diri.
"Apa khabar, Daniyal?" Faiq menghulurkan salamannya ke arah Daniyal tetapi tidak dibalasnya.
Faiq menahan kemarahannya lalu menarik balik tangannya. Matanya berkeliling seolah mencari seseorang.
"Oh ya, bukannya kau dengan Sara? Mana Sara? Lama tak nampak dia." Ujarnya sambil tersenyum kecil.
"Kenapa cari Sara?" soal Daniyal menahan dirinya untuk tidak menembak kepala lelaki dihadapannya jika tidak mengingat situasinya yang sebenar.
Faiq memandang Daniyal dengan santai.
"Well, tak salah nak cari bekas kekasih sendiri kan?"
"Ke, korang dah berpisah?" soalnya lagi dengan senyuman licik.
"Ka-"
"Daddy..." celah Ariq memberhentikan perbualan mereka. Faiq memandang Ariq pelik.
"Daddy? Oh ni anak kau ke? Dah besar ya? Kalau dulu suka sangat menangis hahahaha." Ujar Faiq dengan penuh gurauan seolah-seolah mereka pernah rapat.
Faiq cuba meletakkan lengannya di bahu Ariq sambil tersenyum ramah tapi sempat ditepis oleh Ariq. Ariq memandang Faiq dengan pelik. Seingatnya, dia tidak pernah berjumpa mahupun bersembang dengan lelaki ini. Bagaimana dia tahu kelakuannya ketika kecil dulu?
"Uncle ni siapa?" soal Ariq tertanya.
Faiq tersenyum mendengar soalan Ariq.
'Muka budak ni pun dah mengingatkan aku dengan Sara.'
"Perkena-"
"Abaikan bukan orang penting. Jom." Potong Daniyal lalu membawa keluarganya meninggalkan Faiq yang menahan amarah akan sikap Daniyal tersebut.
"Sombong. Memang pantas untuk ditinggalkan."
...
Sepanjang majlis berlangsung, Ariq berasa sesuatu yang menjanggalkan. Dia merasakan seseorang mencuri-curi memandangnya tetapi ketika dirinya membalik kebelakang untuk melihat gerangan wajah tersebut, seseorang itu menghilang. Dia risau jika ini telah direncanakan oleh musuh-musuh keluarganya mengingatkan banyak yang berdendam dengan keluarga mereka.
"Ariq nak pergi tandas." Ujarnya kepada Sya lalu meninggalkan mereka.
Secara bersembunyi Ariq cuba mengikuti seseorang yang dicurigainya itu sehingga keluar daripada hall tanpa diketahui oleh orang itu.
"Kemana dia ingin pergi?" bisiknya dengan penuh persoalan.
Ariq terus mengikut sehingga seseorang itu ingin memasuki lif. Tanpa membuang masa, dengan pantas Ariq memasuki lif tersebut tetapi dengan penuh penyamaran yang lengkap. Dia membuang jaket yang dipakainya dan mengambil topi hitam yang dijumpainnya sembarangan untuk menutup mukanya. Mujurlah seseorang itu tidak menyedarinya.
'Adakah dia ini yang dicari oleh daddy? Adakah patut aku membunuhnya sekarang?' soalnya sendiri di dalam hati sambil memegang pisau kecil yang sering dibawanya sepanjang masa di dalam poket.
Ting!
Mereka tiba di tingkat 20 yang merupakan destinasi wanita itu membuatkan niat Ariq untuk membunuh wanita yang mengikutinya tadi terbatal.
Ariq cuba mengikuti wanita tersebut secara perlahan-lahan agar tidak dicurigainya.
"Puan!" Panggil seseorang dengan penuh kerisauan terhadap wanita tersebut.
"Amani..." Wanita tersebut tersenyum lirih.
"Kemana puan pergi? Risau saya kalau puan pergi. Nasib Tuan Faiq tak tahu lagi tentang ni." Ujar Amani ketakutan.
Wanita tersebut tersenyum lalu menggosok lembut bahu Amani untuk menenangkan gadis tersebut.
"Jangan risau. Selagi antara kita berdiam... dia tak akan tahu."
"Tahu tentang apa?"
Senyuman wanita tersebut memudar mendengar suara seorang lelaki yang tidak ingin ditemui olehnya seumur hidup.
...
Vote comment guys!
Thank you :D
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...