Bab 38 : Hilang

332 17 0
                                    

PRANG

"Keberanian kau semakin tinggi nampaknya. Apalagi ada Daniyal di samping kau." ujar Madam Misha memandang Sara yang nampak tak kurang elegan sepertinya di hadapannya.

Sara tersenyum mendengarnya.

"Madam mesti bangga lihat pencapaian saya sekarang kan? Dah tak terkongkong oleh sesiapa. Dan hasrat saya, mesti akan tercapai tak lama lagi." balasnya ramah.

Madam mengangguk kecil lalu memandang Sara dengan riak wajah yang serius.

"Kau tahu akibat yang akan kau terima. Tak menyesal?"

Sara terkekeh kecil mendengar soalan yang sering didengarnya itu lagi.

"Setiap hari saya dituju oleh soalan yang sama. Jangan buat saya mengundur Madam." pandangnya serius pula.

Madam Misha tersenyum licik melihat riak wajah Sara itu dalam diam.

"Kau ragu-ragu, Sara. Masih belum terlambat dan tiada siapa paksa kau sekarang ni. Jadi—"

"Berhenti."

Madam Misha terdiam memandang Sara.

"Jangan suruh saya berhenti. Saya dah berjanji untuk tidak berhenti, jadi bagi saya masa untuk habisnya." ujar Sara membuatkan Madam Misha kehilangan kata.

"Apa saja yang kau dah buat?"

Sara tersenyum kembali.

"Madam hanya perlu menantinya dan memerhati bagaimana orang baru buat kerja."

Madam Misha berdecih melihat Sara yang menyombongkan dirinya itu.

'Tak lama lagi kau sendiri yang menyesal, Sara.' ujarnya di dalam hati.

...

Hari demi hari, akhirnya urusan Daniyal berakhir dan malam ini, dirinya bersama Harith akan pulang ke rumah mereka semula.

Di dalam perjalanan, Daniyal semakin kusyuk membaca penulisan yang terdapat di dalam buku tebal yang telah menemaninya sepanjang di Itali itu dengan hati yang memuncak.

Beberapa persoalan telah berjaya dirungkaikan dan dirinya sungguh tidak sabar untuk pulang untuk mendapatkan penjelasan daripada orang yang disayanginya itu.

Hatinya semakin berdebar setiap kali nama isterinya, Sara sering dipersoalkan di dalam penulisan tersebut dan berharap bahawa apa yang diketahuinya adalah mimpi buruk sahaja.

"Daniyal percayakan Sara..." bisiknya dengan penuh buntu.

Dia berjaya memujuk wanita muda itu untuk menyertai mereka.

Sara, menantu cantikku.

Ketua Red Beast mengenalkan dunia mereka yang penuh berhasrat itu kepadanya dengan penuh harapan.

Dikeranakan organisasi durjana itu juga, adik kesayanganku pergi meninggalkan kami. Adikku pergi dengan penuh kesakitan namun tiada penyesalan di dalam dirinya.

Maaf.

Daniyal menyelak muka surat seterusnya.

Adik manisku, Arine.

Maafkan abangmu ini. Aku amat mencintai dirimu dan menganggap kau adikku selamanya walaupun kau ingkar akan diriku.

Jika bukan aku yang mengenalkan kumpulan durjana itu kepada kau, mungkin kau tidak pergi.

Kau pergi dengan hati yang sendiri.

Kau pergi tanpa cinta.

Kau pergi membawa hukuman.

Maaf.

Daniyal semakin pening membaca buku tebal tersebut.

"Hukuman apa pula ini?"

...

Sara membaca mesej yang diterimanya itu dengan penuh tanda tanya.

'Datang ke XXX jika tidak ingin menyesal'

Sara melihat gambar-gambar suaminya yang turut dilampirkan bersama oleh pesanan itu dengan penuh terkejut. Penuh lebam di sekujur tubuh lelaki itu membuatkan hatinya sakit.

"Daniyal..." matanya memerah melihat semua itu lalu dengan kelam-kabut dia meninggalkan biliknya dan pergi ke arah tujuan tersebut.

...

PRANG

Daniyal membaling gelas kaca tersebut dengan marah. Dia memandang satu persatu wajah anak buahnya yang ditugaskan untuk menjaga keberadaan Sara sepanjang ketiadaan dirinya.

Namun, apa yang didapat olehnya adalah kehilangan Sara yang tiba-tiba sebaik sahaja dia tiba di kediamannya beberapa minit lalu.

"Cari sampai dapat sebelum aku bunuh keturunan korang!" marahnya membuatkan anak buahnya yang lain meneguk liur ketakutan mendengar ancaman Daniyal yang tidak boleh dibawa main.

Beberapa ahli yang lain mula meninggalkan Daniyal dan yang lain untuk memulakan misi pencarian Queen mereka, Sara.

Daniyal meraup wajahnya kasar menahan kegusaran yang dihadapi olehnya.

"Sara... Where are you, sayang?" soalnya kebimbangan.

Ariq, Keysha dan Harith yang memerhati keadaan lelaki itu hanya terdiam tak sanggup menganggunya.

Manakala Sha menyibukkan dirinya bersama komputernya dan beberapa alat canggih yang lain untuk cuba mencari keberadaan Sara dengan penuh kerisauan memikirkan nasib sahabatnya itu.

Ariq mula terfikirkan seseorang yang baginya sungguh dicurigai olehnya.

"Mana Kak Amani?" soalnya membuatkan Keysha tersentak kecil.

Keysha memandang Ariq sambil menggigit bibirnya kegusaran.

"Tuan muda cari saya?" tiba-tiba Amani memunculkan dirinya apabila mendengar Ariq yang mencarinya itu.

Ariq memandang Amani dengan penuh tertanya.

"Kak Amani tau kemana mommy pergi, ataupun tempat-tempat yang sering dilawati oleh mommy?"

Amani menggeleng kecil.

"Maaf saya tak pasti. Tuan Ariq takkan tak tau, dimana saja Puan Sara akan pergi?" soalnya balik membuatkan Ariq terdiam.

Tiba-tiba Daniyal teringatkan seseorang dalam fikirannya.

"Faiq...."

Matanya memerah menahan kemarahan apabila memikirkan nama yang dibenci olehnya itu dengan penuh dendam.

Selepas daddy aku, kau ambil semula isteri aku.

Jangan ingat kau terlepas kali ini, Faiq.

"Cari dimana keberadaan Faiq sekarang. Yang aku tahu, esok aku dah dapat jawapannya." ujarnya dingin lalu meninggalkan ruangan tersebut membuatkan yang lain terkedu mendengar arahan berisikan ancaman oleh sang King.

...

Vote comment tq💚

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now