Bab 34 : Balasan

357 25 0
                                    

Daniyal memandang gambar keluarga mereka dengan penuh serabut. Dia memerhatikan wajah ayahnya yang senyum dengan penuh bahagia di dalam gambar tersebut. Dia memikirkan keadaan mereka yang masih berkabung akan kepergian lelaki tersebut.

Beberapa hari selepas Dato' Danish pergi, keluarga mereka tidak secerah seperti sebelum ini. Datin Dahlia enggan berbicara dengan sesiapa pun termasuk Sara. Dan semalam Datin Dahlia telah membuat keputusan untuk pergi menjauh untuk mencari ketenangan dan mencuba untuk menerima kepergian suami tercintanya itu.

Daniyal terpaksa mengizinkannya pergi kerana tidak ingin Datin Dahlia semakin terpuruk dalam kesedihan jika dia memaksanya untuk tinggal disini.

Keadaan Sara juga tidak jauh beza dengan Datin Dahlia. Sara semakin mendiamkan diri dan sentiasa menyalahkan dirinya akibat kepergian Dato' Danish.

"Kalau Sara lebih kuat..."

HUP

Daniyal memeluk Sara erat untuk menenangkan isterinya itu.

"Bukan salah Sara. Semua ini berlaku bukan atas kehendak kita, Sayang. Semua ini telah menjadi takdir untuk kita menerimanya dengan ikhlas."

Sara semakin menunduk mendengar ucapan Daniyal.

"Siapa yang lakukan ini semua?" soalnya perlahan.

Daniyal terdiam. Sejujurnya dia tidak ingin memberitahu Sara akan segalanya tetapi dia sedar bahawa Sara perlu mengetahuinya. Sara merupakan Queen dan pendamping disisinya sebagai King dalam kumpulan ini.

Daniyal menghembuskan nafasnya perlahan sebelum mengatakan perkara yang sebenar kepada Sara.

"Faiq." balasnya membuatkan Sara semakin menunduk bersama tubuhnya yang bergetar menahan amarah di dalam dirinya.

'Faiq... Jika ini pengakhirannya, aku sanggup.'

"Dia tak seharusnya wujud." ujarnya perlahan namun masih didengari oleh Daniyal.

Daniyal semakin mengeratkan lagi perlukan mereka.

"Daniyal akan pastikan Faiq akan menerima balasan ini semua." balasnya dengan penuh tekad.

...

BRAK

Farisya memandang tajam Faiq yang sedang makan makanan tengah harinya itu dengan tenang.

"Kenapa kau silap bunuh orang!"

Faiq tersenyum kecil memandang Farisya yang tengah marah itu.

"Orang tua itu terlalu menganggu laluan kita dan bagus sangat dia mengorbankan dirinya tu. Senang kerja kita lepas ni." ujarnya santai.

Farisya membaling kasar gelas ke arah Faiq membuatkan aktivitinya terhenti. Faiq memandang Farisya dengan penuh bermakna.

"Dah tau salah tu kenapa tak teruskan bunuh perempuan tu! Lembap!" makinya membuatkan Faiq berasa semakin tertantang.

Dia terkekeh lalu membersihkan tangannya.

"Kau gila nak bunuh Sara? Sara milik aku!"

Farisya memandang Faiq dengan tidak sangka lalu menghampiri dan melepaskan tamparannya terhadap Faiq.

"Kau dah janji nak bunuh perempuan tak guna tu!"

Faiq mengusap pipinya perlahan lalu dia menarik rambut Farisya dengan kasar membuatkan Farisya terpekik kesakitan.

"ARGH LEPASKAN LA!" Jeritnya cuba melepaskan pegangan Faiq itu.

Faiq tersenyum sinis lalu melepaskan rambut Farisya dengan kuat lalu memandangnya dengan ancaman membuatkan Farisya meneguk liurnya kasar melihat pandangan tersebut. Tiba-tiba dia berasa menyesal kerana bekerjasama dengan lelaki gila dihadapannya itu.

"Kau hanyalah umpan tak berguna untuk aku. Jangan main-main dengan aku." ujarnya dengan suara yang rendah membuatkan Farisya bergetar menahan ketakutan.

"Apa yang kau nak dari aku?!" soalnya ketakutan.

Faiq mengangguk kecil sambil tersenyum sinis.

"Bagus. Dengarlah arahan tuan kau ni."

...

"Kak Amani?" tegur Keysha apabila melihat Amani yang baru tiba di kediaman keluarga Daniyal.

Amani tersenyum kecil lalu menghampiri Keysha dengan langkah kecil.

"Keysha... Lama tidak bertemu." sapa Amani.

Keysha mengangguk kecil lalu memeluk tubuh wanita muda itu dengan erat.

"Akak dah berjaya menemui apa yang akak cari?" soalnya dengan berbisik di sebelah Amani.

Amani tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan. Tak dilupakan juga untuk membalas pelukan gadis itu.

"Kak Amani tak akan balik dengan tangan kosong. Kita perlu sedarkan dia bahawa dia salah." balasnya pula.

Mereka berdua melepaskan pelukan manis itu lalu kembali berbincang sesuatu yang kelihatan sangat sulit itu.

Tanpa disedari mereka, perbualan mereka itu dilihat oleh Ariq dari jauh dengan penuh tertanya. Setahunya, Keysha tidak pernah bertemu dengan Amani lagi sepanjang hampir dua tahun mereka bersama ini.

...

"Saya harap puan tidak ikut campur akan hal ini. Biarkan saya saja yang uruskannya." ujar Amani kepada Sara yang sedang memandangnya dengan tajam.

"Kenapa? Ini tugas saya."

Amani menggeleng kecil.

"Bukan hanya ada satu cara saja untuk uruskan ini. Lagipun, puan dah ready akan apa yang akan berlaku?" soalnya kembali membuatkan Sara terdiam sebelum mengeluarkan sesuatu kata.

"Saya lebih dari sedia sejak 11 tahun yang lepas. Sejak..... dia menemui saya yang berkata bahawa pengorbanan yang besar namun perit itu wujud. Kita tak seharusnya mengelak namun berjalan menghadapinya." balas bersama matanya yang kemerahan menahan tangisan yang ingin keluar.

Amani menggenggam tangan Sara dengan perlahan lalu memandang Sara dengan sedih.

"Puan.... Puan bukan hidup sendiri..."

Sara menggeleng kecil.

"Selamanya saya memang ditakdirkan hidup sendiri mungkin."

Amani menunduk tidak sanggup menghadap wanita yang disayanginya itu. Sara tersenyum kecil melihat Amani itu. Dia mengangkat dagu wanita muda itu lalu mengusap air mata yang telah lama mengalir di pipinya itu.

"Jangan menangis. Ini semua adalah balasan atas kejahatan yang pernah saya lakukan selama ini. Termasuklah, melibatkan Amani dan yang lainnya."

....

Heyy I'm backkk bcs baru abis sem eheheheh

BTW jangan lupa vote and comment okie💙💚

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now