Bab 24 : Dihantui Silam

421 27 0
                                    

Mari kita mengimbas 10 tahun sebelum kejadian ini semua berlaku.

Hujan yang turun dengan lebat amat tidak menyokong perasaannya saat ini. Air matanya bebas mengalir dengan deras tanpa kehendaknya bersama perasaannya yang membuatnya pasrah.

"Ma...mmaa.... Ppaa...paaa" lirihnya bersujud di hadapan rumahnya yang sudah hangus dijilat api itu.

Hatinya sakit apabila memikirkan betapa tidak bergunanya dirinya yang masih berumur 5 tahun itu tidak dapat membantu keluarganya.

"A—adik!" jerit seseorang dari belakang membuatkan gadis kecil itu menoleh melihat abangnya yang menghampirinya.

Rafiq terhenti di hadapannya lalu memandang rumahnya yang hangus itu dengan tergamam.

"A—adik.... Apa yang dah berlaku?" soalnya terkedu melihat keadaan adiknya yang menggenaskan itu.

Gadis kecil itu terdiam sambil terisak kerana sakit yang diterimanya seakan-akan menusuk hatinya.

"A-abang... Mereka bu-bunuh papa dan mama..."

Rafiq terpegun.

"A-apa yang adik cakapkan ni?" soalnya tak percaya lalu melihat rumah yang hangus itu lagi sekali.

"MAMA! PAPA!" pekiknya lalu berusaha untuk memasuki rumahnya untuk mencari keluarganya tetapi sempat dihalang oleh para penduduk setempat yang sedang membantu mereka.

"Hey jangan masuk! Bahaya!"

"Rafiq jangan masuk!"

Gadis kecil itu melihat keadaan di mana abangnya sedang meronta-ronta ingin memasuki rumah besar itu dengan kuat.

"Mama... Papa...maafkan adik..." ujarnya sebelum pandangannya menggelap.

"Adik!" matanya mengalir perlahan apabila mendengar abangnya menjerit memanggilnya buat kali terakhir.

...

5 bulan sudah berlalu tetapi masih tidak dapat mengubah perasaan gadis kecil itu.

Sakit.

Amarah.

Benci.

Benci.

Benci.

Dirinya ingin membalas dendam atas apa yang telah berlaku terhadap keluarganya tetapi sentiasa dihalang oleh abangnya dan keluarga Daniyal disebabkan dirinya yang masih kecil dan dianggap tidak mengetahui apa-apa tentang dunia kejam ini.

"Adik nak balas dendam." ujarnya memandang suasana tasik dihadapannya dengan tajam. Dia membaling batu-batu kecil yang berhampirannya ke dalam tasik tersebut dengan sepuas hati.

"Hye Keysha..." gadis kecil yang merasakan dirinya dipanggil itu menoleh kesampingnya dan dia mengerutkan dahinya melihat seorang wanita yang menyapanya itu.

"Aunty ni siapa?" soalnya tertanya.

Wanita yang menyapanya itu tersenyum kecil.

"Aunty ni penyelamat Keysha."

Keysha yang merupakan gadis kecil itu memandangnya dengan penuh persoalan.

"Penyelamat?"

Wanita tersebut mengangguk perlahan.

"Tapi mama dan papa dah mati. Aunty nak selamatkan Keysha dari siapa?" soalnya membuatkan wanita tersebut tersentak kecil.

Dia mengusap kepala Keysha perlahan lalu memandang gadis kecil itu dengan penuh perhatian.

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now