DOR
DOR
DOR
"A-abang..." Madam Misha memandang Mr Rayyan yang tiba di ruang penyiksaan itu dengan terkejut lalu melihat keadaan menggenaskan Xavier yang tidak bernyawa itu.
"Maafkan abang terlambat." Mr Rayyan memeluk Madam Misha erat dengan penuh penyesalan.
Madam Misha menggeleng kecil.
"Tak apa. A-abang, maafkan Misha sebab tak jujur dengan abang. Tapi... Misha bukan leader Red—"
"Jangan risau. Semuanya dah terbongkar. Daniyal yang suruh abang lepaskan Misha."
Misha mengerutkan dahinya pelik.
"Apa maksud abang?"
"Semua dah tahu siapa leader Red Beast yang sebenar dan diorang tengah cuba detect lokasi Sara berada sekarang."
Madam Misha terdiam kecil.
'Jadi makin menghampiri pengakhiran?'
...
"Lokasi akhir mereka adalah di rumah Farisya lalu terus tak dapat detect. Macam mana boleh menghilang?" soal Sha pelik.
"Mungkin ada yang bantu mereka berdua?" soal Harith tertanya.
Daniyal menggeleng kecil.
"Tak mungkin. Orang terakhir yang bantu mereka adalah Xavier." balasnya.
"Oh ya, mana dia?"
"Aku dah bunuh dia." celah Mr Rayyan yang baru tiba bersama Madam Misha.
Daniyal cuba mengelak pandangan tajam yang ditayangkan oleh Madam Misha itu.
"Kenapa uncle Rayyan bunuh dia?!" soal Harith tak puas hati.
"Tak boleh ke?" soalnya seolah tidak bersalah.
Sha berada jengah melihat perbalahan tiada penghujung itu.
"Dah biarkan! Tak ada guna pun kalau Xavier masih hidup. Dia pasti tak akan bagitau perkara sebenar kepada kita." ujar Sha pasrah lalu memandang Amani yang terdiam dari tadi.
"Amani? Awak ada apa-apa yang difikirkan tentang keberadaan Sara?"
Amani tersentak.
"Tak—tak ada apa-apa."
"Takkan kau tak tau apa-apa langsung? Kau kan dah lama bekerja dengan Faiq sebelum ni!" bengang Harith.
Amani terdiam.
"Mungkin bangunan syarikat lamanya?"
Mereka memandang Amani penuh tanda tanya. Setahu mereka, semua harta Faiq telah ditarik selepas Faiq ditangkap oleh Daniyal sebelum ini.
"Bangunan yang mana ni?"
Amani menggeleng kecil tanda tidak tahu tentang lokasi tersebut.
"Saya tak berapa pasti tapi kalau tak silap saya, tuan Faiq pernah berbincang dengan puan Sara untuk menubuhkan satu bangunan syarikatnya tapi diatas namakan oleh puan Sara."
...
Farisya memandang jam ditangannya dengan jengah. Penat menunggu Faiq yang tidak pulang dari tadi.
" Mana pula lelaki tak guna tu pergi? Menyusahkan aku je nak jaga perempuan ni!" geramnya.
"Kesian awak Farisya, dipergunakan oleh Faiq. Tak lama lagi, dia akan buang awak juga." ejek Sara yang duduk di lantai dengan tangannya yang terikat di belakang.
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...