Daniyal tersentak lalu memandang sekeliling. Dia baru menyedari bahawa dia berada di hospital bersama anaknya, Ariq yang terbaring di sofa.
'Sara...'
Matanya meliar-liar mencari gerangan isterinya itu dengan resah.
Ariq yang merasa terganggu itu terjaga lalu melihat ayahnya sudah terjaga.
"Daddy!" ujarnya lalu menghampiri Daniyal.
Daniyal memandang Ariq penuh harapan.
"Mana mommy?"
Ariq terdiam tidak tahu ingin membalas apa kepada Daniyal.
"Daddy... Mommy pergi.... " balasnya singkat cukup membuatkan Daniyal terdiam.
Akhirnya hukuman akhir itu telah dilangsaikan oleh Sara.
...
Harith memandang Amani penuh tertanya.
"Kenapa Sara lakukan semua ni? Maksud aku, Sara bukan leader Red Beast lagi kan?"
Amani mengangguk kecil.
"Sebenarnya, sebaik sahaja Madam Arine pergi, secara tak langsung Sara akan dilantik menjadi Leader Red Beast seterusnya." balas Amani tenang.
"Jadi memang sekarang, Sara dah lama menjadi Leader Red Beast?"
Amani mengangguk.
"Kau tau dimana dia? Takkan kau tak tau, kau kan pengikut Red Beast juga?"
Amani terdiam.
"I-itu... saya dilarang untuk-"
Sha mendecih melihat Amani.
"Jangan main-main dengan kami, Amani. Kita perlu selamatkan Sara dengan cepat!" bengang Sha melihat keterdiaman Amani.
Amani menunduk lalu tak lama selepas itu telefonnya berdering.
Puan Sara is calling...
Amani terkedu melihat orang yang menelefonnya lalu meminta izin untuk pergi dari ruangan tersebut untuk mengangkat panggilan itu.
"Puan Sara?"
"...."
Dalam diam Amani mengangguk kecil lalu menutup panggilan lalu berganjak meninggalkan ruangan itu.
Sha dan Harith memandang kepergian Amani penuh tanda tanya lalu Harith menghubungi salah satu anak buahnya.
"Johnny, ikut Amani."
...
"Puan Sara..." Amani memeluk Sara erat."Puan masih boleh berfikir untuk patah balik. Jangan teruskan hukuman terbaru tu."
Sara tersenyum dalam diam lalu mengenggam tangan Amani lembut.
"Sebenarnya saya nak berhenti. Saya tak sanggup meninggalkan mereka. Tapi Madam Arine banyak berkorban untuk saya."
Amani menunduk lalu mengangguk perlahan.
"Kalau itu yang ingin puan lakukan... Saya rela..."
"Tapi Puan..."
Sara memandang pembantunya tertanya.
"Siapa pengganti puan Sara seterusnya."
Sara tersenyum kecil.
"Keysha paling sesuai."
Amani mengerutkan dahinya pelik lalu memandang Sara dengan penuh fikiran.
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...