Bab 26 : Kemaafan

451 33 0
                                    

"Ada satu perkara yang Daniyal sembunyikan daripada Sara sebelum ni." ujarnya perlahan.

Sara mengerutkan dahinya memandang Daniyal dengan tertanya.

"Apa maksud Daniyal? Apa yang Daniyal sembunyikan?" soalnya.

Daniyal menghela nafasnya perlahan lalu menggenggam tangan Sara yang tidak terluka itu dengan lembut.

"Tak lama selepas Sara pergi 16 tahun lalu, Daniyal mengambil alih posisi papa sebagai King, ketua sebuah kumpulan mafia yang sudah menjadi turun temurun dalam keluarga kami. Sejujurnya dah lama papa suruh Daniyal menggantikannya, tapi sebelum tu Daniyal bangkang sebab Daniyal tak nak bahayakan keluarga kita. Tapi... "

Sara memandangnya dengan penuh perhatian menantikan Daniyal untuk menyambung ayatnya.

"Daniyal kembali bersetuju untuk menjadi King bila Sara pergi meninggalkan kami. Daniyal pernah menaruh perasaan benci dan berdendam terhadap Sara dan mungkin dengan cara ini Daniyal dapat membalasnya..."

Sara segera melepaskan tangannya apabila mendengar ucapan Daniyal itu. Dia faham kemarahan yang dirasai oleh Daniyal itu tetapi sejujurnya dia masih tidak dapat menerima kebencian yang diterimanya itu.

"Ma-maafkan Daniyal. Waktu tu Daniyal salah faham dan patutnya Daniyal tak berhenti mencari Sara dan berusaha untuk dapatkan penjelasan daripada Sara.." balasnya dengan mata yang bergenangan air mata yang turun perlahan.

Sudah lama baginya tidak menangis dan harini Sara kembali menjadi saksi melihat dirinya yang sedang menangis dengan penuh penyesalan itu.

Sara menggeleng kecil lalu mendekap tubuh Daniyal dengan lembut.

"Jangan salahkan Daniyal kerana Sara turut bersalah dalam perkara ini. Kalau Sara lebih kuat masa tu..."

"Patutnya Daniyal yang melindungi Sara bukan hanya Sara yang perlu berjuang sendirian." potongnya membuatkan Sara terdiam lalu menunduk memikirkan tentang semua yang terjadi.

"Ariq tahu tentang perkara ni?"

Daniyal mengangguk perlahan lalu tersenyum ke arah Sara.

"Jika Daniyal adalah King, maka dia dikenali sebagai Prince. Dan Sara... My Queen sebagai pendamping seorang King dalam kumpulan ni." ujarnya sambil mengusap rambut Sara dengan lembut.

Sara memandang Daniyal dengan senyuman kecil lalu mengangguk memahami.

" Walau apa pun yang terjadi dengan Daniyal... Dan keluarga kita... Sara tetap akan bersama Daniyal. Daniyal akan tetap percayakan Sara kan?" balasnya dengan berazam.

"Terima kasih sayang. Daniyal tak akan lepaskan Sara lagi lepas ni. Hanya Sara yang merupakan cinta hati bagi Daniyal." jujurnya lalu kembali memeluk isteri tercintanya itu dengan penuh bahagia.

Senyuman Sara memudar tanpa disedari oleh Daniyal serta menahan sebak dihatinya.

'Ada satu hukuman yang perlu Sara tunaikan. Maafkan Sara, Daniyal.' bisiknya di dalam hati lalu teringatkan perbualannya bersama Daniyal tempoh hari yang lalu.

"Apa saja yang terjadi dengan Sara sepanjang 16 tahun ni?"

Senyuman Sara memudar mendengar soalan yang dikeluarkan oleh Daniyal itu. Tangannya menggenggam sudu dan garfunya dengan kuat menahan getaran dalam dirinya.

"Ta—tak ada apa yang terjadi kepada Sara. Kenapa Daniyal tanya?" jelasnya namun masih tidak memuaskan hati Daniyal tapi dia tidak ingin memaksa diri Sara sehingga menyebabkan wanita itu bersedih.

Dia menggeleng kecil sambil tersenyum manis.

"Sara makin kuat dan Daniyal bangga akan diri Sara. Jangan biarkan orang luar hancurkan kita dikeranakan kita lemah." balasnya dengan lembut membuatkan Sara mengangguk faham.

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now