"Malam ni Bos Raiz nak jumpa kau. Dia kata dia nak buat perhitungan kecil dengan kau." ujar Harith kepada Daniyal yang sedang santai duduk di sofa ruang peribadinya itu.
"Perhitungan tentang apa?"
Harith mengeluarkan suatu fail lalu meletakkannya di hadapan Daniyal.
"Not really sure but aku harap kita berhati-hati sikit malam ni. Sebab Bos Raiz tu saudara Faiq." balasnya.
Daniyal mengangguk kecil lalu tersenyum kecil membaca info yang diberikan Harith itu.
"Dah lama kita tak jenguk sahabat kita tu."
TOK TOK
Sara memasuki ruang peribadi Daniyal sambil membawa sedulang air untuk mereka sambil tersenyum.
Harith membalas senyuman Sara lalu kelihatan Daniyal yang cuba menyembunyikan fail yang diberikan oleh Harith tadi.
"Sorry kacau hehehe. Sara sediakan air untuk Daniyal dan Harith."
Daniyal mengangguk kecil.
"Thank you sayang. Susahkan Sara je." ucap Daniyal sambil mengecup keningnya membuatkan Sara malu kerana masih ada Harith di hadapan mereka.
"Ehem... Maybe I should go first. Daniyal, jangan lupa malam ni." celah Harith sebelum beranjak meninggalkan dua sejoli itu.
"Daniyal ni ish. By the way, malam ni Daniyal ada hal ke?" soal Sara sambil membalas perlukan Daniyal itu.
"Hmm."
Sara mencebik.
"Daniyal ni asyik busy je. Daniyal kerja apa sampai malam pon busy ni." soal Sara curiga membuatkan Daniyal terkekeh kecil. Dia mencubit perlahan hidung Sara membuatkan isterinya itu kegeraman.
"Sorry sayang. Biasalah kadang kerja Daniyal tak menentu. Don't worry nanti Daniyal ambil cuti, then kita berdua pergi holiday nak?" pujuk Daniyal membuatkan Sara semakin berbinar apabila mendengar perkataan 'holiday' tersebut.
"Seriously?!" soalnya teruja.
Daniyal mengangguk teruja juga.
"Yes! Tapi Ariq kena la ikut juga! Kesian dia."
Daniyal mendengus kecil. Bukan dia tak ingin anaknya ikut sekali. Tetapi dia hanya berniat untuk meluangkan masa bersama mereka berdua saja.
"No lain kali kita ajak dia okay? Hanya kita berdua."
Sara mencebik lalu menundukkan kepala.
"Why sayang?"
"Hiks.. Tak nak pergilah macam tu. Sara nak bercuti bersama sebagai family." ujarnya bersama tangisan yang tiba-tiba turun membuatkan Daniyal terkedu.
"Sara tak pernah pergi bercuti dengan Daniyal dan Ariq. Lain kali? Lama lagi tu, Sara tahu. Bawa Ariq please?" pujuknya sekali lagi dah akhirnya terpaksa Daniyal akur.
"Okay fine. Ariq ikut." Daniyal menghela nafasnya perlahan.
...
"Ada apa kau ikut aku ni?" soal Ariq jengah apabila melihat Keysha yang mengikutinya sejak waktu rehat bermula tadi.
Keysha hanya tersengih kecil.
"Nak lindungi kau dari geng Syakir tu?" alasannya.
Ariq menggulingkan matanya bosan mendengar alasan Keysha tersebut. Dia tahu Keysha mempunyai maksud lain untuk mengikutinya.
"Err okay okay sebenarnya aku ada benda nak bagitau kau ni." Ujar Keysha apabila menyedari bahawa Ariq tidak percaya padanya.
"Apa dia?"
Keysha menunduk sambil memandang lantai kerana memikirkan ayat-ayat yang ingin diucapkan olehnya.
"Errr macam ni... Aku ada satu permintaan... Boleh?"
Ariq mengerutkan dahinya merasa pelik dengan keadaan gadis yang tidak jelas itu.
"Permintaan apa? Cepat bagitau, aku tak ada masa nak main-main ni."
"Aku... Nak join kumpulan kau." balasnya perlahan kerana risau Ariq tidak menyetujuinya.
"Kumpulan apa? Aku manada join mana-mana kelab."
Keysha menggeleng kecil.
"Bukan kelab dekat sekolah ni.
Maksud aku, Bloody?"
DEG
Terkejut Ariq mendengar nama kumpulannya disebut di sekolahnya buat pertama kalinya. Dia melihat ke sekitarnya untuk memastikan ketiadaan para pelajar kerana tidak ingin rahsianya bongkar. Dia memandang Keysha tajam lalu menggenggam tangannya kuat dan menariknya untuk beralih ke tempat lain yang lebih sembunyi.
"Mana kau tau pasal Bloody?" soalnya sebaik sahaja mereka tiba di rooftop. Hanya disitu saja la tempat yang jarang dikunjungi oleh para pelajar.
Keysha menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Err aku... Pernah dengar kau bercakap tentang ni bersama Rafiq?"
Ariq semakin memandang pelik terhadap Keysha.
"Mana kau kenal Rafiq?"
"Dia abang aku la."
Ariq memandang Keysha terkejut lalu cuba melihatnya dari atas ke bawah kerana ingin memastikan.
"Apa yang kau buat ni?" soal Keysha berhati-hati..
"Okay now. Walaupun kau ni adik Rafiq tak bermaksud aku akan terima kau. Kau ingat ni group main pasir ke?"
Keysha menggeleng kecil.
"Aku tak cakap aku nak main pasir pun."
"Okay bagitau aku kenapa kau nak join?"
...
"Lama tak berjumpa Daniyal." sapa Bos Raiz sebaik sahaja mereka berjumpa.
Daniyal hanya tersenyum datar lalu turut duduk di hadapan Bos Raiz.
"Perhitungan apa yang kau maksudkan?" soalnya straight to the point.
Bos Raiz terkekeh kecil melihat sifat Daniyal keras itu.
"Okay straight to the point. Serahkan Faiq kepada aku."
...
Vote comment💚
Thank you, 🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...