Daniyal mengurut perlahan kepalanya sebaik sahaja pulang dari pertemuannya bersama Bos Raiz dan memikirkan perhitungan yang diingini Bos Raiz tadi.
Sebenarnya Daniyal juga dapat mengagak dari awal tentang perhitungan yang akan dilakukan oleh Bos Raiz itu mengingatkan dia merupakan saudara Faiq. Cuma, dia tidak menyangka tentang balasan balik yang akan Bos Raiz berikan.
"Aku ada rahsia yang menarik untuk kau dengari mengenai isteri kau tu."
Dia cuma pelik dengan Bos Raiz yang tahu mengenai keberadaan Sara. Adakah mereka berdua pernah berjumpa sebelum ini?
"Ada sesuatu yang Sara sembunyikan daripada Daniyal ke?" soalnya sendiri.
CKLECK
"Daniyal?" kedengaran suara Sara yang memasuki ruangannya dengan berhati-hati.
"Sara, masuklah."
Sara tersenyum kecil sembari menghampiri Daniyal.
"Are you okay, Daniyal? Daniyal nampak kusut je sejak balik tadi?" soal Sara kerisauan melihat keadaan Daniyal itu.
Sara sedar akan perubahan kecil Daniyal itu sejak kejadiannya yang menghancurkan ruang kerjanya beberapa hari yang lalu. Jadi, sebagai seorang isteri yang prihatin apabila melihat Daniyal yang dalam kesusahan, membuatkan dia berasa khuatir akan keadaannya.
"Daniyal okay. Emm Sara?" panggilnya perlahan lalu memeluknya perlahan.
Sara memandang Daniyal dengan penuh tanda tanya.
"Ya? Kenapa Daniyal?"
"Sara ada sesuatu nak bagitau Daniyal ke?" soalnya membuat Sara berasa makin pelik.
"Sesuatu? Emm tak ada pun?" balasnya sambil memandang Daniyal dengan tertanya.
"Kenapa? Ada sesuatu yang menjanggal di kepala Daniyal ke?"
Daniyal menggeleng kecil lalu memandang wajah Sara dengan begitu dalam.
"Tak ada. Daniyal percayakan Sara."
Sara tersenyum kecil lalu mengangguk faham.
"Daniyal memang seharusnya percayakan Sara."
...
Kring kring
Daniyal yang sedang lena tidur itu terus terjaga apabila mendengar bunyi telefonnya berdering di meja sebelahnya. Dia mengambilnya segera kerana tidak ingin mengangggu tidur Sara disebelahnya juga.
" Hello? "
"Bos Raiz bunuh diri."
DEGG
Telefon yang dipegangnya tiba-tiba terlepas dikeranakan terlampau terkejut mendengar perkataan yang diungkapkan oleh anak buahnya itu.
Dalam diam dia memandang Sara curiga tetapi dia tidak menjumpai apa-apa petunjuk.
Dia menggeleng kecil.
'Tak mungkin. Daniyal percayakan Sara.'
Daniyal segera bangun lalu mengambil jubah tidurnya dan beranjak pergi ke ruangan peribadinya untuk berbincang lebih lanjut mengenainya bersama anak buahnya itu.
Sara membuka matanya sebaik sahaja Daniyal meninggalkannya sendirian di bilik. Dia meremas selimutnya dalam diam dengan kuat bersama tatapannya yang tajam.
"Dasar tidak sabar." ujarnya entah kepada siapa lalu merentap telefon disebelahnya untuk menghubungi seseorang.
"Hukuman no. 23. Jangan membantah. " ujarnya dengan penuh ketegasan lalu menutup segera telefonnya lalu kembali menyambung tidurnya dengan tenang seperti tidak berlaku apa-apa.
...
"Keysha, Ariq cakap kau nak sertai Bloody?" soal Rafiq ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.
Keysha mengangguk kecil..
"Kenapa?"
Keysha memandang Rafiq datar.
"Ini saja cara untuk balas dendam terhadap dia. Nak harapkan Rafiq, entah sampai bila." sindirnya membuatkan Rafiq terdiam.
"Ingat senang ke nak cari dia tu? Rafiq dah lama cari masih tak jumpa. Tak boleh nak sabar?" bengang Rafiq terhadap adiknya itu.
Keysha hanya mengabaikannya lalu melihat skrin telefonnya. Dia tersenyum kecil sambil melihat wajah seseorang yang terdapat di dalam telefon tersebut membuatkan Rafiq cuba curi-curi melihatnya.
" Sejak bila kau rapat dengan Ariq ni?" soalnya pelik.
Keysha menjeling Rafiq tajam.
"Jangan nak sibuk!" marahnya.
"Jangan cakap Ariq akan jadi adik ip—"
TING
Bunyi chat masuk dari telefon Keysha membuatkan Rafiq terdiam.
Rafiq perasan apabila melihat reaksi terkejut daripada Keysha sebaik sahaja dia melihat chat tersebut.
"Kenapa?".
Keysha tersentak lalu melihat Rafiq sambil meneguk liurnya kasar.
"Err tak... Tak ada apa. Masalah kawan Keysha je."
Dalam diam Keysha memaki kepada pengirim chat tersebut kerana membuatnya tergamam.
...
Vote comment💚
Thank you🌹
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...