Bab 5 : Rindu

805 50 0
                                    

"Berdasarkan pencarian kami, Tuan Faiq mempunyai beberapa kediaman di sini dan selama seminggu ni, kami cuba meneliti setiap penghuni yang tinggal di kediamannya." ujar Johnny serius menghadap ketuanya, Daniyal

Mark menaruh sekeping kertas analisis yang dibuatnya mengenai kediaman-kediaman yang dimiliki oleh Faiq.

"Buat masa ini, Faiq tinggal di kediaman yang berada di ibu kota. Dan 3 kediamannya yang berada di Perak, Terengganu dan Pahang  pula ditinggalnya dan tak jarang beberapa pelancong asing menetap disana untuk disewa.

Dan kediaman yang terakhir ini, kami percaya yang lokasi ini adalah milik Tuan Faiq sendiri. Kerana setiap hujung minggu, Tuan Faiq akan pulang ke kediaman itu dan antara semua kediaman yang dimilikinya, kediaman ini la yang paling dijaga ketat oleh para pengawal seolah-olah ada berlian yang menempatinya." jelas Mark panjang lebar.

" Kediaman yang dijaga ketat tu, bukan milik Faiq?" soal Daniyal pening.

Mark menggeleng kecil.

" Secara fizikalnya memang milik tuan Faiq tapi bila kami selidik hak pemilikan rumah itu memang jelas menunjukkan kediaman itu adalah atas nama Sara Arrisa."

" Jadi kemungkinan besar, Sara berada dalam kediaman itu." teka Harith sambil memandang Daniyal.

"Aku dapat rasakan Faiq sembunyikannya kat sana. Kita perlukan sebuah rancangan untuk masuk ke sana. Aku yakin mereka tak akan senang-senang menerima tetamu sesuka hati." cadang Daniyal membuatkan mereka bertiga faham dan mula mengatur strategi.

'Wait for me my queen.'

...

"Puan?"

Sara yang sedang melihat tanaman bunga di bahagian belakang rumah menolehkan kepalanya untuk melihat seseorang yang memanggilnya.

"Ya Amani?"

Amani tersenyum kecil lalu menghampiri wanita cantik itu.

Dia duduk di sebelah Sara lalu matanya meliar-liar kesekeliling seolah-olah ada rahsia terdalam yang tidak ingin diketahui oleh orang lain.

Tak lama kemudian, Amani mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan segera memasukkannya ke dalam genggaman Sara.

Sara mengerutkan dahinya melihat perlakuan pembantu tersebut.

"Apa ini?" soalnya lalu melihat sesuatu yang diberi Amani.

Seketika dirinya tergamam.

"A-amani..."

Amani tersenyum kecil.

"Tadi di pasar, saya tak jumpa sos kesukaan puan Sara jadi saya cakap dekat driver untuk mencari di bandar utama pula." ujarnya sambil mengedipkan sebelah matanya kepada Sara.

Mata Sara bergenang terharu melihat sekeping gambar yang diberi oleh Amani sebentar tadi.

"Ma-macam mana awak dapat gambar ni?"

Sara mengusap perlahan seseorang yang berada di dalam gambar tersebut dengan penuh kerinduan yang teramat sangat dirasainya.

Buah hatinya yang masih dia sendiri tak tahu namanya.

"Kebetulan sangat-sangat saya jumpa anak puan di sana. Tapi saya tak dapat nak tegur dia sebab ada beberapa pengawal yang bersama kami tadi. Maafkan saya puan." balas Amani dengan penuh penyesalan.

Sara menggeleng keras melihat Amani itu.

"Dapat lihat wajahnya dari gambar ni pun saya sangat-sangat bersyukur, Amani. Terima kasih kerana mempunyai keberanian untuk saya.."ujarnya ikhlas sambil menggengam tangan Amani.

Selama 16 tahun dia terperangkap di penjara mewah ini, hanya Amani sahaja yang di berani untuk meluahkan keluh kesahnya. Hanya Amani sahaja yang dia percayainya dan satu-satu temannya.

Amani tersenyum manis melihat wajah Sara.

"Saya tahu puan rindukan dia."

Sara mengangguk bersungguh-sungguh lalu memandang kembali seseorang yang berada di dalam gambar tersebut.

'Bila mommy boleh jumpa anak buah mommy lagi? I miss you, baby. And your daddy.' soalnya sendirian di dalam hati.

Dia sangat berharap bahawa Daniyal dapat membawanya keluar dari perangkap ini walaupun dia sedar bahawa itu semua sangat mustahil.

Dia yakin yang Daniyal akan terlalu membencikannya kerana telah meninggalkannya.

'Maafkan Sara, Daniyal. Sara tak pernah lupakan Daniyal. Daniyal hanya cinta pertama dan akan menjadi yang terakhir untuk Sara. Tak akan pernah siapa pun dapat gantikan Daniyal di hati Sara.'

...

Vote comment ya💚

Thank you🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now