"Selamat datang Tuan Daniyal. Saya harap sepanjang Tuan berada di sini, saya dapat menyediakan semua keperluan Tuan. Dan untuk ruang kerja di bawah, sudah saya bersihkan seperti yang Tuan arahkan. " ujar seorang ketua pembantu rumah di kediaman keluarga Daniyal di Itali.
Daniyal mengangguk kecil lalu melangkahkan kakinya menuju ke ruang kerja yang sudah lama tidak dijenguk olehnya.
Haruman bilik tersebut masih sama seperti beberapa tahun dahulu ketika dirinya masih bekerjasama bersama Dato' Danish. Suasana hangat di ruang kerja tersebut membuatkan Daniyal teringatkan tentang ayahnya.
Dia mendekati meja kerja tersebut dan duduk sebentar di atas kerusi. Dia membelek-belek sebentar segala benda yang ada di atas meja tersebut yang sudah terisi kertas-kertas kerjanya. Lalu tangannya membuka laci kecil yang berada di sisi meja itu.
Click click
Daniyal mengerutkan dahinya apabila menyedari bahawa laci tersebut terkunci. Sejujurnya dia terlupa akan keberadaan laci tersebut jadi, dia tertanya tentang perkara yang ada di dalam laci tersebut sehingga menyebabkan ia dikunci.
Dia memanggil pembantu yang mengemas ruang kerja tersebut untuk meminta kunci laci itu.
"Oh laci itu sudah lama terkunci oleh Dato' Danish dulu. Katanya segala perkara yang penting diletakkan di dalam laci tersebut. Sebentar ya Tuan, saya cari kunci laci itu sebentar."
Daniyal mengangguk perlahan lalu memerhati laci tersebut dengan penuh tertanya. Perkara penting apa yang disembunyikan oleh ayahnya sehingga sanggup mengunci rapat kunci laci tersebut tanpa diketahui oleh sesiapa.
Kecuali pembantu itu.
...
"Jadi selama 2 tahun dia terbebas, dia hidup di rumah kecil itu?" soal Sara kepada Amani sambil memerhati keberadaan sebuah rumah kecil yang telah usang itu.
Amani mengangguk kecil.
"Sebenarnya sebelum ini dia tinggal bersama Farisya juga. Tapi lepas kejadian penembakan Dato' Danish, dia mula menyembunyikan dirinya di rumah itu."
Sara menggengam tangannya dengan kuat memikirkan nasib ayah mertuanya yang malang itu demi menyelamatkan dirinya.
"Hukuman 55 sesuai untuknya." ujarnya perlahan membuatkan Amani memandangnya aneh.
"Pu-puan.. Bukankah itu keterlaluan?" soal Amani tidak sangka dengan cadangan Sarah.
Sarah menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil memandang Amani.
"Itu yang seharusnya dilakukan seperti dia yang pernah melakukannya." balasnya membuatkan Amani tidak dapat membantah lagi.
KRING KRING
Perbualan mereka terhenti apabila telefon milik Sarah berdering menandakan seseorang menghubunginya.
Sarah mengerutkan dahinya aneh melihat nombor yang tidak dikenalinya yang menghubunginya itu.
"Hello?"
"Hai Sarah."
Sarah tersenyum kecil selepas mengetahui orang yang telah menghubunginya itu.
"Madam Misha... Lama tidak berjumpa." ujarnya perlahan.
"Mungkin, kita boleh bertemu buat seketika? Bakal penganti Leader Red Beast?" soal Madam Misha membuatkan Sarah terkekeh kecil.
"Bakal? Hmm okay."
Sarah menutup panggilan sepihak olehnya lalu melihat Amani yang memandangnya dengan penuh tertanya.
"Dia dah mula nak beraksi."
...
Daniyal membuka laci kecil itu dengan perlahan sebaik sahaja pembantu tadi memberinya kunci laci tersebut.
Terdapat beberapa kertas dokumen yang baginya tidak terlalu penting tersimpan di dalam laci itu. Dia membawa semua kertas tersebut keluar sampailah pergerakannya terhenti apabila melihat sebuah buku tebal seperti diari yang agak menarik baginya. Dia mengambil buku tersebut dan membelek perlahan.
"Ameer Danish & Arina Daniya?" Daniyal membaca nama yang tertulis di atas kulit buku tersebut dengan penuh persoalan.
Ameer Danish merupakan nama ayahnya tetapi siapa Arina Daniya?
Dengan penuh tertanya, Daniyal membuka buku tersebut dan membacanya untuk mengetahui tentang nama-nama yang tertera itu.
KRING KRING
Tidak sempat Daniyal ingin menyambung ke muka surat seterusnya, tiba-tiba telefonnya berdering.
"Ya?"
"......"
Daniyal terdiam kecil sebelum membalas,
"Okay, aku datang sekarang. Tunggu di sana." ujarnya lalu menutup panggilan tersebut.
Dia bangun dari kerusi kerjanya lalu beredar dari ruangan kerja tersebut dan tak dilupakan bersama buku tebal milik ayahnya itu dibawa olehnya. Mungkin dia akan sambung membacanya di kemudian hari.
...
"Aku jumpa something menarik." ujar Harith lalu menunjukkan satu dokumen kepada Daniyal.
Daniyal mengerutkan dahinya lalu membuka dokumen tersebut dengan penuh tertanya. Kelihatan gambar beberapa orang yang amat dikenalinya di dalam dokumen termasuk orang yang terdekatnya.
"Ni bukan Madam Misha, isteri Mr Rayyan tu ke?" soalnya pelik.
Harith mengangguk kecil lalu jarinya tertuju ke arah seseorang yang berada di hadapan Madam Misha yang terdapat di dalam gambar itu.
"Madam Misha pernah berjumpa dengan Sara sebelum ini. Kau tak pelik?" soalnya menimbulkan persoalan bagi Daniyal.
Tak sangka bahawa dua wanita itu saling mengenali padahal sewaktu majlis peringatan mendiang Madam Arine haritu, mereka berdua saling berkenalan seolah-olah tidak mengenali satu sama lain.
"Mana kau dapat semua ni?"
"Aku tak pasti tapi semenjak Dato' Danish pergi, ada seseorang yang menghantar semua ni kepada aku dan suruh aku tunjuk kepada kau. Aku cuba cari siapa di sebalik ini semua, tapi aku tak jumpa." balas Harith kebingungan.
"Kau rasa ada apa antara mereka berdua ni sebenarnya?" soal Daniyal tertanya lalu mengambil buku tebal yang dibawanya dari kediamannya tadi lalu mengusap perlahan muka hadapan buku tersebut.
"Buku apa tu?" soal Harith aneh.
Daniyal menggeleng perlahan.
"Aku terjumpa buku ni dekat ruang kerja dekat rumah tadi. Milik daddy mungkin." ujarnya lalu membuka helaian muka surat buku tersebut dan membaca perlahan.
Seketika dahinya mengerut kecil apabila terjumpa beberapa perkataan yang membuatnya tertanya.
"Red Beast?" soalnya sendirian.
Red Beast yang merupakan suatu organisasi gelap yang dianggotai oleh beberapa ahli yang berasal di setiap pelosok dunia dengan hasrat yang memuncak.
Kegelapan.
Ketakutan.
Keberanian.
Dendam.
Kekuatan.
Kumpulan Red Beast wujud oleh seorang wanita mulia yang mempunyai hati yang murni namun disiksa jiwanya.
Dia mewujudkan hasratnya untuk menyenangkan hatinya namun malah merugikan jiwa yang lain.
Maaf.
Daniyal semakin berasa aneh membaca beberapa ayat yang ditulis di dalam buku tersebut dengan penuh tertanya.
....
Vote comment tq💚
YOU ARE READING
MY QUEEN ✔
RomanceKehilangan Queen secara tiba-tiba cukup memberikan impak yang besar kepada kehidupan Daniyal. Tak dilupakan Prince Ariq yang sentiasa bertanya tentang keberadaan queen yang tidak pernah dilihatnya sejak kecil. "Mommy tinggalkan kita dad?" Namun akh...