Bab 12 : New Life

595 34 0
                                    

"Kenapa harini hari isnin?" rungut Daniyal dengan muka tak puas hatinya.

Tiba waktunya bekerja. Baru sahaja dia ingin melapangkan waktunya bersama Sara jika tidak mengingatkan tanggungjawabnya yang besar itu sebagai CEO DSA Company.

Sara tersenyum kecil seraya menghampiri Daniyal lalu memberikannya pelukan sebagai tanda semangat untuk suaminya.

"Sara akan rindukan Daniyal."

Daniyal membalas pelukan Sara dengan erat.

"Dad! I'm late now!" jerit Ariq dari luar membuatkan pelukan mereka terlepas.

"Haish. Selalunya pandai pulak pergi sekolah sendiri." geram Daniyal membuatkan Sara ketawa melihatnya.

"Sara dah sediakan bekal makanan untuk Daniyal. Jangan lupa makan! Nanti Sara merajuk baru tau!" pesannya yang lebih kepada ugut membuatkan Daniyal yang merupakan seorang ketua mafia yang terkenal kuat dan tidak gentar akan musuh dan seorang CEO yang terkenal tegas itu berasa gentar akan ugutan tersebut.

" Ba-baik puan. " balasnya lalu mencium pipinya laju sebelum meninggalkan Sara yang sedang merona kemerahan menahan malu akibat perbuatan Daniyal tersebut.

"Eaaa dia ni!"

Tak lama Daniyal dan Ariq meninggalkan kediaman tersebut, Sara melanjutkan kegiatannya barunya itu yang sempat terhenti untuk mengurus keperluan kedua bayinya itu tadi iaitu membaca buku resepi.

Nampak membosankan sungguh tapi itulah yang Sara inginkan dari dulu. Belajar memasak sesuatu untuk kedua orang yang disayanginya itu ketika pulang dari kerja dan sekolah, makan malam, sarapan, dan bila-bila yang dingininya.

Selama dia tinggal di kediaman Faiq sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia berpeluang untuk beranjak ke dapur untuk memasak. Sama ada kerana dirinya yang tidak ingin memasak disebabkan ingin menunjukkan protes terhadap Faiq ataupun kerana Faiq yang sangat menghalang dirinya untuk memasak kerana dianggap akan melelahkan wanita tersebut.

"Ehem..."

Sedang khusyuk dirinya yang sedang membelek-belek majalah resepi masakan tersebut, tiba-tiba kedengaran seseorang berdehem kecil membuatkan kegiatannya terhenti. Sara menolehkan kepalanya melihat sumber suara itu datang.

Dia melihat seorang pembantu wanita yang memandangnnya dengan penuh tanda tanya.

"Ya?" soalnya dengan wajahnya yang ramah.

"Buat apa tu?" soal pembantu tersebut dengan santai.

Sara mengerutkan dahinya pelik melihat gaya perbualan pembantu itu yang begitu santai tersebut.

Sara bukanlah seorang yang gila kehormatan tapi, nampak aneh bukan jika seorang pembantu yang tidak kau kenali tiba-tiba bercakap dengan santai terhadap tuan rumah?

"Emm membaca?" soal dibalas soalan lalu menunjukkan majalah resepinya itu.

Pembantu tersebut mengerling malas lalu memberikan sebatang penyapu kepada Sara dengan kasar lalu mencekak pinggangnya.

"Amboi dasar pemalas. Baik kau sapu sampah kat ruang belakang daripada kau buat kerja tak faedah ni." makinya membuatkan Sara semakin pelik.

Amani yang tiba-tiba melihat kejadian tersebut ingin menghampiri mereka untuk menghentikan perbuatan pembantu tersebut tetapi sempat dihalang oleh Sara.

Sara mengambil penyapu tersebut lalu tersenyum manis memandang pembantu itu.

"Betul juga. Saya tak boleh jadi pemalas kat rumah ni." balasnya lalu beredar pergi ke ruang belakang untuk mengerjakan tugasnya.

Pembantu itu tersenyum puas lalu menyambung kerjanya mengemas.

Amani menghampiri Sara lalu menahan perbuatan Sara yang ingin menyapu lantai itu.

"Apa yang puan buat ni?" soalnya pelik memandang Sara yang hanya mengikuti ucapan pembantu perempuan tadi.

"Menyapu?"

Amani mengerutkan dahinya pelik.

"Ya saya tahu tapi ni bukan kerja puan la. Dah biar saya je yang sapu ni. Meh sini penyapu tu." Amani cuba mengambil penyapu tersebut dari Sara tapi sempat dihalang olehnya.

"Jangan risau. Saya boleh buat kerja rumah la!" Sara mencebik lalu mulakan kerja rumahnya itu.

Amani melihat Sara dengan tidak sanggup. Bukan kerana kegiatannya yang dianggap salah tapi memang ini semua tidak benar dek akal! Dah kenapa Sara nak ikut perintah pembantu yang tidak mempunyai apa-apa kekuasaan tinggi di dalam rumah ini pula?

"Tapi puan..."

Sara memandang Amani tajam membuatkan Amani terdiam.

"Jangan risau. Awak sambung je kerja awak okay?"

Dengan hati yang tidak rela, Amani meninggalkan Sara untuk menyambung kerjanya.

Amani sempat melihat keadaan Sara yang sedang menyapu di ruang belakang rumah yang sangat besar untuk diuruskan oleh seorang itu dengan tidak sampai hati.

"Kenapa dengan puan Sara ni?" soalnya sendirian sebelum meninggalkan Sara.

Sara yang melihat Amani telah beredar itu terus menghentikan kegiatan menyapunya itu.

Dia mengeluh kecil sebelum cuba menceriakan hatinya dengan senyuman kecil.

"Menyapu je kan?" soalnya sendirian lalu memandang ruang besar tersebut dengan penuh harapan.

"Fighting, Sara!" semangatnya untuk diri sendiri sebelum menyambung kerjanya semula.

...

"Mommy! Ariq dah pulang!" pekik Ariq yang baru balik dari sekolah dengan teruja.

Buat kali pertamanya dia balik sekolah akan melihat wajah mommynya. Bukankah itu merupakan gambaran yang sangat indah dalam hidup Ariq yang berusia 16 tahun itu?

"Mommy?" kerutan di dahinya budak lelaki itu mulai terpancar dengan jelas apabila tidak mendapati kehadiran Sara.

"Kak Amani!" Panggilnya terhadap Amani apabila melihat gadis itu lalu berhampiran dirinya.

Ariq menghampiri Amani dengan tergesa-gesa.

"Emm ya tuan Ariq?" soalnya dengan kerisauan.

Dia dapat mengagak soalan yang akan dikeluarkan oleh Ariq itu.

"Mana mommy? Kak Amani ada nampak tak?" soalnya pelik.

Amani mengetap giginya kerana gusar tidak tahu ingin membalas apa terhadap tuan muda di hadapannya itu.

"Emm itu..."

"Ya kenapa kak Amani?"

"Emm Puan Sara kat bilik. Katanya Puan Sara mengadu sakit kaki tadi." balasnya dengan penuh berhati-hati.

Wajah Ariq mula pucat apabila mendengar keadaan mommynya yang tidak baik itu.

Belum sempat Amani ingin menjelaskan lagi, Ariq mula meninggalkan Amani sendirian akibat terlampau risau akan keadaan Sara.

Amani menghela nafas kecil.

"Nasib kau la Lin." ucapnya dalam suara yang perlahan bersama senyuman puas.

...

Vote comment💚

Thank you 🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now