Bab 11 : My Home

654 38 0
                                    

"Welcome to our home!" sambut Daniyal sebaik sahaja mereka sekeluarga tiba di mansion milik Daniyal.

Sara tersenyum kecil melihat suasana kediaman yang dijejakinya itu tampak begitu familiar baginya.

"Tak banyak berubah..." lirihnya sambil memandang Daniyal.

Daniyal mengangguk kecil lalu tersenyum memandang Sara.

"Sejujurnya, Daniyal tak nak lupakan kenangan lama kita. I miss you everytime." Daniyal mengusap pipi lembut Sara.

Sara membalas senyumannya dengan penuh bahagia.

"Ehem, Ariq still here, guys." celah Ariq lalu sengaja memposisikan dirinya di tengah antara Sara dan Daniyal.

Mereka berdua ketawa girang melihat gelagat Ariq.

"Puan Sara..." Panggil seseorang membuatkan Sara menolehkan kepalanya kepadanya.

Sara melihatnya dengan tak sangka.

"Amani?!" dengan segera Sara menghampirinya lalu memeluk pembantu tersebut.

"Amani.... Saya tak sangka awak ada disini." ujarnya dengan penuh kelegaan.

Amani menganggukkan kepalanya lalu memandang Daniyal sebentar.

"Terima kasih juga dekat tuan Daniyal kerana sudi terima saya jadi pembantu puan dekat sini."

Sara mengerutkan dahinya pelik.

"Daniyal kenal Amani?" Sara melihat Daniyal dengan penuh tanda tanya.

"Amani yang bagitau lokasi sebenar Sara pada kejadian haritu." jelasnya membuatkan Sara berasa sungguh berterima kasih terhadap Amani.

Bila difikirnya semula, tanpa jasa Amani, mungkin Sara tak akan dapat bertemu semula dengan keluarganya lagi.

"Terima kasih, Amani. Saya berhutang jasa terhadap awak." ucap Sara ikhlas sambil mengenggam tangan Amani dengan erat.

Mata Amani bergenang akan air mata melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Sara yang jarang dilihatnya sepanjang beberapa tahun dia bersama Sara. Dia bersyukur melihat keadaan kehidupan Sara yang kembali bersatu bersama Daniyal dan buah hati mereka.

"Mommy, Ariq lapar." ngadu Ariq tiba-tiba membuatkan drama mereka terhenti.

Sara yang mengalirkan air matanya tiba-tiba ketawa.

"Ariq ni spoil la hahaha. Okay jom! Mommy masakkan makanan favourite Ariq dan daddy." balas Sara lalu menarik tangan Ariq dan Daniyal menuju ke arah dapur untuk memasakkan sesuatu untuk kedua kesayangannya itu.

'Akhirnya, mommy dapat merasa memasakkan makanan kesukaan korang!'

...

KLETANG KLETANG

Kedengaran bunyi besi yang bergeser dengan lantai simen dengan jelas di ruangan sempit itu bersama sumber pencahayaan yang agak terhad. Jika kita lihat dengan teliti, dapat kita saksikan seorang lelaki yang dalam keadaan lebam di sana sini dan 'tak baik' itu sedang terperangkap di dalam ruangan tersebut bersama rantai besi yang terdapat di kedua tangannya.

"Ergh.... Le-lepaskan aku..." rintihnya dengan suara yang tak bermaya seraya mencuba menarik-narik rantai besi tersebut dengan hadapan rantai tersebut akan tercabut.

"Da-daniyal tak guna...."

"Kau akan dapat pe-pembalasan daripada aku...."

Makinya sambil menggengam tangannya dengan kuat bersama matanya yang membara akan api kemarahan tersebut.

...

"Rumah ni memang tak banyak berubah." ucap Sara sekali lagi sambil melihat permandangan indah dari balkoni bilik mereka.

Daniyal memeluk Sara dari belakang dengan penuh erat sambil tersenyum kebahagiaan.

"Sama seperti hati Daniyal terhadap Sara yang tak akan pernah berubah." balasnya dengan jujur.

Sarah membalas pelukannya.

"Yeke tak ada? Selama 16 tahun ni?" usiknya dengan sengaja menjeling Daniyal.

Daniyal terkekeh mendengar gurauan dari Sara.

Penganti? Tidak pernah terdetik langsung pun dia ingin mencari yang lain selain Sara. Walaupun dulu dia pernah menaruh benci terhadap Sara, tapi itu tak bermakna dia perlu mencari penganti wanita itu.

Walaupun wajahnya telah dimamah usia tapi itu tidak menghilangkan sedikit pun ketampanan di wajah Daniyal. Begitu juga dengan Sara. Jadi tidak diragui apabila wajah Daniyal yang sering terpapar di majalah kerana sering dikait mempunyai hubungan mesra dengan beberapa model terkenal.

Tapi, seperti yang dinyatakannya sebentar tadi, tidak terdetik dihatinya ingin mengantikan Sara, wanita yang dicintainya tersebut.

"Daniyal hanya milik Sara saja. Forever."

...

Vote comment ya💚

Thank you🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now