Bab 15 : Fikiran

553 33 2
                                    

Andai aku bisa menunjukkan rupa asalku di wajahmu.

Apakah engkau masih dapat menerimaku kembali?

CLECK

"Sara!"

Sara menoleh ke belakang melihat Daniyal yang menghampiri ke arahnya dengan wajah yang kerisauan.

"Sara okay?" soalnya.

Sara mengangguk sambil tersenyum tenang.

"Sara lapar hehehe." balasnya sambil tersengih.

Daniyal mengusap kepala Sara perlahan lalu membawanya menuju ke ruang tamu semula. Sepanjang dalam perjalanan, Sara hanya mendiamkan diri sambil menunduk ke bawah membuatkan Daniyal berasa aneh.

"Lin ada cakap apa-apa kepada Sara?" soal Daniyal khuatir dengan sikap Sara yang membisu itu.

"Daniyal akan kawin dengan Lin ke?" Soal Sara memandang Daniyal bersama matanya yang berair.

Daniyal berasa terkejut akan persoalan yang dikeluarkan oleh Sara itu kerana berasa tidak masuk akal baginya. Dia menggenggam tangan Sara dengan erat sambil mengusap pipi Sara perlahan.

" Okay Sara... Daniyal tak pernah berfikir untuk berkawin lain ataupun mencari penganti Sara tau. Sedetik pun tak terniat di dalam hati Daniyal. Okay?" jelasnya terhadap Sara.

Sara mengangguk lalu tersenyum kecil.

"Lin cakap dia nak kawin dengan Daniyal. Sarah ingatkan betul-betul tadi." ngadunya sambil mencebik.

Daniyal tersenyum terhadap Sara seraya menyembunyikan perasaan marahnya terhadap pembantu tak sedar diri itu. Dia tidak ingin melihat Sara melihat dirinya dalam keadaan marah, jadi dikeranakan itulah dia terpaksa menahannya dulu.

"Jangan risau. Nanti Daniyal uruskan tentang Lin tu. Sara hanya perlu percayakan Daniyal saja okay?"

Sara mengangguk faham. Dia memandang wajah Daniyal itu di dalam diam. Banyak yang difikirkan olehnya tetapi tidak dapat terungkap dihadapannya.

...

"Wow. Target baru?" soal Sya sebaik sahaja tiba di ruang bawah tanah bersama Ariq.

Sya mula berasa teruja melihat seorang perempuan yang dikenali sebagai Lin yang sedang diikat bersama rantai besi dalam keadaan yang menggenaskan. Bangga terhadap pencapaian Ariq kali ini.

"Le-lepaskan saya..." rayu Lin apabila melihat Sya yang setahunya seorang yang lemah lembut tapi mungkin dia terlupa bahawa Sya hanya bersikap baik kepada orang yang melayannya dengan baik juga.

Sya tersenyum sinis lalu memandang Ariq.

"Nak buat apa dengan dia?"

Ariq mengangkat bahunyu tanda tidak tahu.

"Tunggu arahan daddy dulu." balasnya ringkas.

Sya mengangguk kecil lalu kembali melihat Lin dengan penuh rancangan buruk di dalam fikirannya.

"But your daddy tak cakap tak boleh main-main dulu kan?" Sya smirk.

"Ya... It's your, maa."

Lin membulatkan matanya mendengar perbualan antara Ariq dan Sya itu lalu melihat mereka dengan kepala yang menggeleng kecil. Tidak dilupakan bersama riak wajah yang ketakutan.

"To-tolong... Maafkan saya! Tua—

ARGHHH SAK—“

PLAK

Sya menampar pipi Lin dengan kuat sehingga menimbulkan bekas kemerahan di wajahnya.

"Pesalah tak layak untuk menidakkan perbuatan aku!" tegas Sya dengan puas lalu meneruskan perbuatannya semula.

Lin menggigit bibirnya kuat menahan jeritan yang ingin dilepaskan apabila bilah pisau yang digunakan Sya itu menyayat perlahan kulit wajahnya. Nafasnya menjadi semakin laju menahan kesakitan yang teramat itu.

Ariq berdecih.

"Lemah."


...



"Tik... tok... tik... tok... tik...tok..."

Lin yang sedang terlelap sambil menahan kesakitan itu terbangun apabila mendengar sebuah suara yang seakan-akan berdesir di telinganya.

Dia mengeryit melihat seseorang di hadapannya sedang berdiri santai sambil tersenyum kecil di bawah lampu malap itu.

Matanya membulat besar apabila menyedari gerangan sebenar yang mengunjunginya pada waktu tengah malam itu.

"Ka-kau...." Lin tergamam.

Senyuman di wajah seseorang itu semakin mengembang melihat riak wajah Lin yang agak ketakutan itu lalu mendekatinya perlahan.

"Masa untuk hukuman...."




Jika engkau mampu menjadi seorang yang lebih hebat, maka biarlah aku berubah menjadi seorang raksasa.

....

Vote comment💚

Thank you🌹

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now