Bab 25 : Kejujuran

449 30 1
                                    

Sara berjalan-jalan di sekeliling rumah besar Daniyal tersebut sambil bergumam kecil melihat beberapa ruangan yang dilaluinya itu.

Sara membalas senyum kecil apabila beberapa pembantu yang melalui dihadapannya itu.

Tiba-tiba langkahnya terhenti di hadapan sebuah ruangan yang tertutup dengan penuh misteri. Semangat ingin tahu yang sentiasa berada di dalam Sara membuatkan Sara tersengih nakal.

"Daniyal tak cakap pun yang Sara tak boleh masuk dalam ni kan?" soalnya menanya terhadap dirinya lalu cuba untuk memasuki ruangan tersebut.

CLECKKK

Sara berasa beruntung kerana bilik tersebut tidak berkunci walaupun telah ditutup dengan kemas sekali.

Sara masuk ke dalam ruang tersebut dan melihat-lihat ruangan tersebut dengan penuh teruja.

"Wahhh! Kenapa Daniyal tak pernah bagitau ada bilik yang menarik macam ni?" soalnya tak sangka apabila melihat kepelbagaian senjata yang tergantung.

Senjata yang tergantung daripada semua jenis senjata api sehinggalah pelbagai jenis senjata tajam yang membuatkan Sara semakin terpegun.

Dia mendekati ke arah ruangan yang terdapat banyak belati yang menarik hatinya.

Dia memegang perlahan bilah pisau belati tersebut dengan tertarik akibat penampilannya yang sangat cantik baginya.

"Argh!" Sara mengaduh kecil apabila dia menyedari bahawa dia terpegang belati tersebut dengan cara yang salah membuatkan tangannya mengalir berdarah.

Sara menjadi panik akan darahnya yang tidak berhenti mengalir lalu segera meletakkan belati tersebut dengan segera. Dia menahan tangannya lalu segera keluar dari ruangan tersebut bersama tangannya yang kesakitan. Dia sedaya upaya menyembunyikan keadaan tangannya daripada kelihatan oleh para pembantu kerana takut jika Daniyal mengetahuinya.

"Aduh tajam juga." desisnya lalu membersihkan lukanya di dalam biliknya.

Dia ketawa kecil melihat rasa yang dihadapinya itu.

"Dulu semua ni tak sakit. Sekarang aku dah dapat rasanya. Sakitnya." ngadunya sambil mengubati tangannya yang berdarah itu.

CKLECK

"MOMMY!" Jerit Ariq membuatkan Sara segera menyembunyikan tangannya di belakangnya.

Sara membalas pelukan yang diberi Ariq itu lalu menepuk bahunya kegeraman.

"Ariq! Terkejut mommy dibuatnya." rajuknya sambil mencebil.

Ariq terkekeh kecil melihat sifat mommynya yang lucu baginya itu.

"Sorry mommy. Ariq rindukan mommy je."

Sara mengerutkan dahinya pelik apabila mendengar jawapan anaknya itu.

"Kita baru seharian tak berjumpa. Macam mana? Best tak menginap di rumah Rafiq sampai lupa mommy ni?" sindirnya.

Ariq ketawa mendengar sindiran Sara lalu matanya mengerling ke arah tangan kanan yang disembunyikan oleh Sara.

"Mommy, kenapa dengan tangan mommy?" soalnya curiga lalu mendekati Sara.

Sara menggeleng kecil lalu menahan langkah Ariq.

"Mommy okay je. Hehehe tak ada apa yang mommy sembunyikan pun."

"Betul ke?" Soalnya ragu-ragu.

Sara mengangguk bersungguh-sungguh.

"Kalau betul, cepat tunjuk tangan mommy tu. Kalau tak... Ariq bagitau daddy!" ancamnya membuatkan Sara terpaksa pasrah.

Sara menghulurkan tangannya membuatkan Ariq terkejut melihat tangan mommynya yang terluka itu.

MY QUEEN ✔ Where stories live. Discover now